Saturday, December 13, 2014

Family Day Hussin Sanah 2014

this is our first family day event. orang lain dah banyak kali dah buat family day.. 

perancangan asl memang nak buat 3 hari 2 malam. tapi it's change to 2 hari 1 malam je sebagai permulaan. quite challenging task untuk us, some of the cousins as the AJK and event manager lah kiranya. hahah.. untuk gather 84 orang dalam masa 2 bulan bukanlah senang.. and it is a short decision. the idea came during Hari Raya Haji. and terus brainstorm... 

since ni family day pertama, so we decide buat dekat2 je which is kampung halaman kitorang.. kat Muar. So atok boleh la datang n come join with us..

Bila masa dah suntuk camni, all venue chalet2 murah n best sekitar PD and melaka fully booked. and umat kitorag ni ramai, so kena cari la chalet yang ada banyak bilik untuk suit 84 orang. Dan kena ikut bajet jugak.. 

so, my father came out with this venue, Tawar Farm & Plantations, Parit Bunga.. located 10 minutes away from our home je.. hehhehe


Banner design by our cousin, Faizal
our tshirt and woven bag was design by kawan saya.. siapa nak order bleh contact dia kat link bawah ni ok.. harga reasonable and kualiti tshirt yang baik. we really love it
http://instagram.com/as7_marketplace
atau fb mereka iaitu ini dan ini


Hussin Sanah Clan

the session start with Welcoming Speech and photo group session. hurm, yang dapat join all of them around 60 pax je


my families and pak andak's

since masa tu cuaca elok n tiba2 gelap, so kitorang cuak gak la.. terus photo session jadi kelam kabut sebab nak kejar telematch sebab takut hujan. so combine je dengan family lain bila bergambo

jangan disangka wanita yang menghayun buaian tak boleh hayun tangan untuk boling kelapa tauuu

this is one of the game, Fish Me Right

Acara budak2 macam biasa, isi botol dengan air guna span and we called it Spongebob

typical games, The Mummy Return

ni memang saja nak perabih tepung masa diorang kutip gula2 dalam tepung

the next day started with Mini Treasure Hunt

macam tazkirah je.. sebenarnya ni one of the challenge at different checkpoint, Pictionary

lepas tu kami dera main futsal dengan kain pelikat

n wanita pulak netball with abaya

tuuu diaaa semangat nohhh

comel je ragam masa ni


dan juara bola kampung kita telah menerima hamper RM60


alhamdulillah the event run smoothly dengan cuaca yang sangat cantik.. banyak lagi gambar ada dekat page Tawar Farm dekat sini. Siapa yang berminat nak buat apa2 acara boleh lawat blog mereka http://tawarfarm.blogspot.com/.

okay sekian saja kenangan untuk kali ni... banyak je acara lain masa ni tapi malas nak type

Friday, December 12, 2014

New Kenwood Kitchen Machine Chef Classic KM336 for sale

Salam n hi all,

Alhamdulillah i was one of the weekly winner in f&n nutrisoy contest and entitled to bring this new baby at thome on last wednesday.

But a sad story that i have to sell this gadget because i already have my bosch kitchen machine. Also won from contest last september. Thanks to Allah.

So, here are some snippets of the kitchen machine. If you are looking one, go grab this. 

Kenwood Kitchen Machine Chef Classic KM336

Items include:
1 plastic blender
1 stainless steel bowl
1 dough hook
1 K-beater
1 whisk
1 recipe suggestion
1 spatula
1 splashguard

Wattage: 800W
Warranty Period: 1 Year
Warranty Type: Local Manufacturer Warranty

Preference: Cash on Delivery (Klang Valley area)

Price: RM 1 200

This is new item. I only open this box to check all of the particular items. If you are rally interested, kindly whatsapp me at 0196695062
















Friday, October 31, 2014

Bad Review Cat Boarding in Petsmore


Tadi baru lepas cerita keseronokan boarding di Kitten Cottage. Ada kisah kenapa saya boarding situ. Alkisahnya first time saya nak boarding cat ni.. Kebetulan masa tu masuk Petsmore di Festival City Mall. Rupanya member cardholders dapat free boarding 2 night every year. Apa lagi, kebetulan nak ke JB masa tu, saya pun try la kat sini.. Kalau ikutkan harga boarding di sini ialah rm36.10.. ada seposen ye. tak faham aku..

Tempat boarding ada 2 je. Satu di Wangsa Melawati and lagi satu saya tak ingat.. hehehe

Maka tiba la hari boarding.. Mujur saya standby bawak toys Mimi takut dia boring. Dekat Kitten Cottage saya tak bawak pape sebab sana dah sedia selimut, toys, scratcher n play time. Hurm, masa survey aritu tak banyak anjing. Masa check in banyak pulak anjing. semuanya bising2. Saya risau la Mimi stress

kain tu mujur la ada dalam carrier Mimi. Kalau tak dia provide jamban je okay!!

bila nak pick up Mimi tu saya syukur Mimi still ada. Yang paling saya marah, masa nak pick up dia boleh tanya saya mana satu Mimi.. rasa nak tampo je kat situ.. hoiii kalau macam tu siap2 boleh mengaku kucing dia tau tak.. dah la dengan takde label nama Mimi.. Time ni saya bawa wet food sebab Mimi memilih makanan lagi. Say atanya dia makanan Mimi habis everyday atau tak pun dia tak reti jawab. Nampak sangat tak observe pet kat situ. Geram betul saya

Insiden kedua bila kami nak balik raya Haji. Kali ni suami pulak jadi member. heehhe.. walaupun menyampah dah, saya tetap hantar. Pasrah... Kali ni pulak, saya tak dapat ambil Mimi on time. Pagi tu saya call, kalau nak extend satu malam lagi boleh tak. dia kata fully booked dah.. so saya terpaksa la balik jugak before kedai tutup

Malang nasib saya bila jam teruk gila raya Haji aritu. Memang tak sempat sampai KL la before 10pm. Terpaksa call semula lagi, and kali ni dia kata boleh je extend. Hampeh betulll. Menyirap je rasa tau. Maka kena la tambah rm36.10 tu...

Bila esoknya husband saya pick up, dia boleh tanya lagi Mimi yang mana walhal kat situ semua anjing. Bengong betul..

Dah la servis check in lembab gila.. Sangat lembab walau banyak staf. Lepastu tak cek pun kucing kau dah vaksin ke belum. Tak hadap pun buku Medical Mimi tu..

haihhh kesimpulan di sini hantar meow kat sini bila free je.. hahhaha.


Review Boarding di Kitten Cottage

Hurm, 5 hari nak meninggalkan adik kesayangan saya si Mimi yang sangat comel. Kali ni saya hantar boarding di Kitten Cottage di TTDI. Reason saya letak sini adalah tempat yang lebih selesa, ada playtime, ada scratching post dan lebih berbaloi and yang penting hanya untuk si manja meow sahaja. Kerana semua ciri-ciri yang disbut tadi takde di tempat boarding yang lama iaitu Petsmore.

Dari rumah nak ke TTDI takde la jauh sangat. Harga boarding di sini rm35 per night. Okay la tu. Janji Mimi gembo tak tension

Kedatangan disambut oleh tuan tanah kedaung bernama Alvin

Saya dah booking tempat ni sebulan sebelum tu takut penuh. Bagusnya kat sini dia cek medical book Mimi. Bila latest vaccine. Bila latest deflea. Bagus la...


Ni kawasan kedai. Best n cosy kan.. Terasa nak jadi kucing

Banyak jugak barang yang dijual





Kedai ni buka dari 11 pagi dan tutup pada 7 petang. Maka saya kena extend mimi berholiday di sini lebih satu malam sebab flight saya sampai KL pukul 7.45 malam. Hamboii seronok mimi. Rasanya lebih 7 hari boarding baru ada diskaun 5% kot



Ni pintu nak menghala ke pet hotel. Ada 2 layer pintu. Bagusla.. selamat sikit. At least bila ada meow terlepas masuk pintu lagi satu, pintu lagi satu still tertutup.



Untuk mimi kakak sewakan condo. Condo je la. Mimi sekor je pun. Selesa kan?

Ini Mimi gembo mengenang nasib bila kena holiday kat hotel

Ini pulak 2 ekor penjaga kawasan. Hehe. X la, meow tu owner dia request main kat luar



Banyak la kawan Mimi kat sini

Mimi mula hissing bila nampak meow lain kat luar. Dia kan indoor cat, main dengan kitorang je la

Tempat baru kena sniff dulu.. Ada bau meow lain..

Sini disediakan scratching post. Takde la meow stress

Jiran sebelah Mimi

Kitten Cottage guna Crystal Sand untu cat litter mereka. Plus diasingkan tempat tido dan tempat yak yak




time to say bye bye with Mimi. Kakak nampak confident sikit.

Bila pick up Mimi aritu, respond guardian kat situ cakap Mimi lincah. Tak gaduh dengan meow lain. Tapi hissing. Hissing tu biasa la.. Yang penting Mimi mengada. Pagi2 dah menempel kat pintu condo merayu bawak keluar

Mana tak nye, kat rumah dia x duduk dalam cage and freedom. Pagi2 pun kejut kitorang meow meow luar bilik

Saya recommend sangat boarding dekat sini. Masa kakak pick up mimi, Mimi tido dalam cat litter box. Bertuah adik kakak!! Guardian terus spray badan Mimi bagi wangi and tak payah mandi bila balik rumah.. yeayyy

untuk details kitten cottage boleh pergi facebook dia ok atau blog mereka


okay, bye kakak kakak, Mimi pergi dulu.. xoxox




Monday, October 27, 2014

One Night in Halong Bay, Vietnam

Okay sambung cerita Halong bay sebab ada banyakkk gambar nak tepek. hehhe

perjalanan dari Hanoi ke Halong Bay ialah 4 jam! Ya 4 jam sebab mereka drive 80km/j je. Saya rasa slow lagi kot. Sebenarnya takde la jauh mana.

Melalui highway yang saya tak rasa macam highway kat Malaysia pun. hihi.. Banyak sawah padi sebab Vietnam ialah pengeluar padi kedua terbesar di dunia.

On the way to Halong Bay kami singgah di galeri iaitu Hong Ngoc. Dalam ni boleh shopping juga.

Saya tertarik di bahagian kanan pintu masuk terdapat sekumpulan locals sedang buat sulaman guna benang sutera. MashaAllah cantik dan halus sangat.











Yeayyy dah sampai Harbour. Kita perlu menaiki boat untuk ke Halong Bay





Kami berhenti di tengah2 dan naik cruise. Oh ya, kami bermalam satu malam di cruise. Cruise yang kami naik ialah V'Spirit Classic. Kami naik cruise, and ke dining room untuk check in. Tapi kami lunch dulu. Bestnya makan dengan angin Halong Bay.


sebenarnya banyak lagi menu. Makanan dia sedap2. 

ini cabin kitorang. Selesa




Lepas makan, kita rehat sekejap dan petang tu dalam 4pm kita ada aktiviti cave walking. Sebelum tu lepak2 atas deck sementara tunggu orang lain. Oh ya pergi gua kena naik small boat semula



 

itu dia Sung Sot Cave untuk kita daki. wachaaa 


dalam cave ni dah ada trail. so takde la mencabar sangat macam buat cave walking di Jerantut dulu. Itu memang thrill and seronok gila

ada cerita di sebalik tiang gua ni. saya pun tak ingat apa.. Naga datang kot

siling gua macam desert kan??



dah habis gua kita lalu tunnel cave pula.. ada 2 option sama ada nak kayak sendiri atau sitting on the rowing boat sahaja. tapi i chose to kayaking. Mula-mula nak kayak dengan kakak ipar, tapi tak ada yang guide, takut la.. Mak mertua pun macam tak bagi je.. Lepastu saya tengok kak ida cari gang nak kayak. Saya pun apa lagi.. jpin la.. Confident sikit sebab dia pernah kayak. Jauh juga kami kayak. penat wooo

berkayak sekitar Tunnel Cave dan Luon Cave. Kami cross lalu terowong tu sebab dekat sana ada gua yang berpenghunikan monyet monyet liar

Selesai kayak kami naik bot semula and ke cruise untuk hi-tea.






pemandangan dari atas deck masa cruise bawak jalan2 around the halong bay



Bangun pagi dengan laut terbentang





Pagi tu around 6am takde air pulak.. so datangla boat dengan tangki air.. hihi

aktiviti pagi with tai-chi. Saya tengok cruise lain pun ada aktiviti ni jugak


ini lah cafe
 Pagi tu kami ke Titop Island. Kami diberi 45 minit untuk mandi. Tapi saya tak bawak swimming suit, kecewa and frust jugak. Rasa nak datang lagi sini semata-mata untuk mandi. haihh.. Mandi sini best sebab air tenang xda ombak kan.. Macam mandi dekat pool gittewww





Pukul 9.30 am kami check out. Check out di cruise memang awal sebab orang yang sama masak and kemas bilik. So diorang perlukan masa untuk masak lunch lagi.. Penat kan?

Lepas check out kami ada cooking demonstration.. Aala.. tak da la cooking sangat pun.. Haha

Kami buat vietnamese spring roll, lepas tu makan sendiri :P


Oh ini batu berbentuk 2 ayam sedang bergaduh. 







Vietnamese Spring Roll

Lepas tu kitorang lepak2 dekat cafe semenatar tunggu lunch sampai.. Lunch dalam cruise sambil bergerak ke harbour semula..

rindu sangat Halong Bay. InshaAllah akan datang lagi


xoxox