kita nak share resepi kek oren yang sedap bagi saya. actually saya bukanlah peminat kek oren pun. tapi mak request buat sebab atok saya suka kek oren. Dulu saya ada pernah try jugak tapi hasilnya tak berapa digemari sebab tekstur peroi. mungkin sebab guna minyak jagung.
yang versi ni moist moist aje.. tak terabur bila makan :P
Resepi Cupcake / Kek Oren
250g butter ----- (saya ganti marjerin)
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum ----- boleh ganti dengan self raising flour tapi tak perlu tambah baking powder
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren sunquick
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)
sedikit pewarna kuning
Cara-cara membuatnya:
pukul butter dan gula menggunakan mixer.
masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
masukkan susu segar dan kaup lagi. masukkan pewarna dan gaul
setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam cup atau loyang
bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.
masa membakar memang sangat lama. saya guna oven kecik mak saya, memang saya set 180C. alhamdulillah menjadi. masa masak dia naik tinggi betul. lepas dah masak dia turun semula. so saya suggest awak letak 3/4 of the cup.
tekstur kek yang moist dengan taburan snowy dari gula aising
tapi kali ni saya rajin sikit nak buat buttercream frosting. dulu saya pernah buat tapi ada guna telur. tapi yang ni saya cari resepi yang simple nak buat icing. tak perlu bahan yang mahal.
Beat the butter in a large bowl until soft. Add half of the icing sugar and beat until smooth.
Add the remaining icing sugar and one tablespoon of the milk and beat the mixture until creamy and smooth. Beat in the milk, if necessary, to loosen the mixture.
Stir in the food colouring until well combined.
alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. untuk cupcake saya dapat buat sehingga 18 cups. selamat mencuba okay!!
actually must-have ingredient ialah menggunakan mixed vege. selalnya kalau kat kedai tak de pun letak mixedvege ni. so saya olah je sikit. boleh jugak nak guna fresh vege mcm broccoli or cauliflower. tapi ni versi frozen mixed vege eh.
bahan wajib iaa thai basil leaes. kalau xda, tak jadik lah nama thai basil chicken kan.. jangan pulak guna sweet basil. lain nanti rsa dia tau
One of my favorite dishes is steamed jasmine rice coupled with chicken infused with aromatic basil leaves together with fried eggs. It was delicious, with fine balance of fiery hot and savory. Thai basil chicken is the most popular and most beloved street food dish in all of Thai cuisine.
THAI BASIL CHICKEN
1 chicken breast (or any other cut of boneless chicken, about 200 grams) 5 cloves of garlic 4 bird eye chilies ½ cup Amy mixed vegetables 1 tablespoon oil for frying 1 teaspoon of oyster sauce ½ teaspoon light soy sauce ½ teaspoon sugar 1 splash of dark soy sauce 1 handful of Thai basil leaves
Cut the chicken into small bite sized pieces.
Rinse and peel the garlic and chilies, and pound them in a mortar and pestle (alternatively you can just mince them with a knife). They don't need to be super fine, you just want to bring out the oils and flavors from the garlic and chilies.
Pluck a good sized handful of holy basil leaves off the stems.
Heat your wok on high heat, and add about 1 tablespoon of oil to the pan.
When the oil is hot, add the chilies and garlic. Stir fry them for about 20 seconds or so until they get really fragrant, but don't let them burn or get too dry.
Toss in your chicken. Keep stir frying continuously. At this stage you want to continue to stir and cook your chicken until it's just about fully cooked all the way through (depending on the size pieces of chicken and how hot your fire is, it should take about 2-3 minutes). If it starts to get dry, add just a tiny splash of water.
Add 1 teaspoon of oyster sauce, ½ teaspoon light soy sauce, ½ teaspoon sugar, Amy mixed vegetables and finally a splash of dark soy sauce. Keep stir frying for about another 30 seconds.
Grab a handful of basil, toss it into the pan, fold it into the chicken, and then immediately turn off the heat. The basil really only needs to cook for about 5 seconds, and it will continue to wilt and cook from the existing heat of the chicken. This step is important because if you cook the basil for too long, it loses some of its glorious flavor and gets slightly chewy.
recipe ni memang quick and easy. boleh makan dengan lettuce wrap, atau tortilla wrap, atau tekak melayu mestilah nasi putih dengan telur mata kerbau. yummy yummayhhh
Kita tak penah mkn pulut mangga ni.. Rasanya makan mangga gitu je lagi sedap. Tapi, aritu office nak buat potluck, lepastu colleague ni ckp, "kalau buat pulut mangga sedap ni...". Masalahnya dia suruh kita buat pulut dia bawak mangga. Ewahhh...
Masa rehat tu gi pasar tani beli mangga nak buat jus. Sekarang kan musim mangga. Rm4 je sekilo. Aritu beli kat tesco online, rm2.99 je sekilo. So boleh la makan mangga hari2 time murah camni. Lepastu saje2 la google resipi pulut mangga.. Lorr senang sangat rupanya.. So, kita pun volunteer nak bawak pulut mangga untuk potluck. Risau jugak kalau tak jadi sebab first time masak pukut ni wehhh..
Time ni santan terpekat pulak.. Ye la x penah mkn, so kawan kita recommend suruh cairkan sikit
Nah ni resipi pulut mangga @ sticky rice with mango @ Khao Niaow Ma Muang saya dapat dari sini. Saya guna sukatan yg sama PULUT MANGGA THAI
Caranya : Mengukus pulut
Terlebih dahulu panaskan kukusan.
Pulut tidak perlu direndam. Hanya basuh dan toskan sahaja. Isikan beras pulut ke dalam loyang yang sesuai bersama air hanya separas pulut. Letakkan sekali daun pandan atas pulut. Air tidak boleh terlalu banyak bagi mengelakkan pulut menjadi terlalu lembik. Kukus sehingga masak dengan api sederhana. Sesekali periksa untuk lihat samada pulut telah masak sempurna atau belum.
Menyediakan santan untuk digaul bersama pulut
Panaskan santan dalam periuk dengan api kecil. Santan ini hendaklah dikacau selalu sehingga nampak minyak terbit di permukaan. Proses ini memakan masa anggaran 5-10 minit. Masukkan gula dan biarkan gula larut.
Asingkan 450gm, tambahkan dengan 3 tsp gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Setelah pulut masak, cepat-cepat masukkan ke dalam satu bekas besar. Ambil santan 450gm tadi, tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam pulut sambil digaul supaya pulut serata bergaul dengan santan. Proses ini perlu dilakukan ketika pulut masih panas-panas. Teruskan menggaul sehingga pulut benar-benar menyerap semua santan. Anda akan lihat pulut menjadi berkilat. Ketepikan.
** Masa masukkan santan ni agak-agak ya, lihat pada tekstur pulut itu. Jika pulut dah cukup dan cantik lembutnya.....stop, jangan tambah lagi santan tapi jika belum boleh habiskan. ( saya tak habiskan semua santan tak nak nanti pulut terlalu lembik.....yang selebihnya tu saya masukkan semula ke dalam lebihan santan dalam periuk ).**
Menyediakan sos santan
Panaskan semula baki santan dalam periuk dengan api perlahan. Tambahkan tepung jagung dan tepung beras untuk memekatkan sos. Masukkan garam secukup rasa dengan 2 tsp lagi gula. Tambahan gula ini optional, jika rasa tak perlu abaikan.
Cara Menghidang
Kupas kulit mangga dan potong ikut suka.
Isikan pulut dalam piring atau mangkuk, siramkan dengan sos santan di atasnya. Sertakan juga dengan potongan mangga.
Sedap jugak pulut mangga ni. Semua orang cakap sedap. Sampai ingat kita orang kelantan. Haha.. Lepas ni boleh la kita try lagi
Semalam mak buat donut. Hoyeahhh . Mak dapat resepi dari adik ipar mak, mak roha.. Hurm.. Gebu tau donut ni. Resepi pun senang..
Tapi semalam tak sempat tengok mak buat from scratch. Kita sempat gentel2 je bila doh dah naik.. Semenntara otak ni masih berfungsi, kita jot down resepi kat sini
Resepi ni boleh dpt around 60 biji donut okayyy. Almaklumlahh rumah ni ramai tentera.. Kalau kamu semua buat lebih, boleh la bagi jitan tetangga, mak mertua atau kawan2
Resipi donut sedap
1/2kg tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 biji telur ayam
1/2 peket yis direndam dengan sedikit air suam
Uli doh hingga lembut dan tidak melekat. Biarkan doh naik selama sejam
Bila doh dah naik, uli doh kecil2. Bentukkan donat.kitorang takde donut cutter. So, kalau takde donut cutter, cara dia bukan gentel panjang2 lepastu sambungkan jadi cincin ye. Sebab nanti kalau goreng takut ikatan dia terbuka.
Cara bentukkan donut, gentel doh jadi bola, lepas tu, letak tepung pada jari dan cucuk jari pada bahagian tengah doh untuk buat lubang. Lubang tu kasi besar sikit sebab nanti doh dah naik, dia tertutup pulak
Jangan buat besar2 ye sebab lepas bentukkan, biar lagi doh selama 1 jam bagi doh naik lagi dgn lebih gebu. Oh ya, masa gentel letak tepung pada tangan supaya doh tak melekat
Bila doh dah naik, boleh la goreng dengan api yang kecil. Jangan guna api besar.
Donut sedia diangkat dan dihias ikut citarasa anda!!
hurmm betapa kemaruknya nak post entri arini.. sebab lama sangat tak blogging.. lepas masuk contest dengan blogger ni, makin semnagat lak nak blogging semula.. tak kisahla takde sape baca.. at least nanti kalau saya nak cari apa2, boleh la cari dalam blog kan...
okay, tolong jangan cakap saya kemaruk baby baru ni jugak... heheh... arini saya buat dalca untuk berbuka.. husband suka sangat dalca.. kalau dia makan roti canai, mesti cicah dalca.. dia tak cicah kari.. saya pulak tak berapa suka.. teringat first time buat dalca masa raya haji tahun lepas.. itupun sebab parents gi haji, so saya kena la bua menu raya.. kalau ada mak time tu, ofkos lah ketupat, kari ayam, kuah lodeh... tapi tak kuasa la nak buat camtu sorang2.. so masa raya haji tu buat nasi beriyani, ayam masak merah dengan dalca.. ermm tapi semua tak sedap T___T tapi bawak gak rumah atok.. lantak lah.. paksa diorang makan.. hehehe
tapi susahnyaa masak dalca aritu guna periuk biasa. lambat gila nak empuk kacang dal tu.. buat dengan pressure cooker, nah!! 30 minit dah siap..
hihi sorry gambar tak senonoh sebab amik gambar lepas berbuka.. tak dan nak snap before makan...
it turns out well n hisham said "marvelous". agak rare la hisham puji melambung sampai bumbung macam tu...
okay, nah resepi. kita amik dari chef marina. chef yang jadi judges masa Philips Ultimate Cook-Off aritu
Ingredients to blend:~
· 1 large onion · 2 cloves of garlic · 1 inch of ginger · 3 tbsp curry powder
Other ingredients:~
· ½ cup of dhal · ½ cup of split chick peas · 1 cinnamon stick · 1 star anise · 4 cardamom · 4 cloves · 1 carrot, cubed · 2 potatoes, peeled & cubed · 1 tamarind skin · ½ cup of coconut milk · 1 ½ tsp of salt · 1 long beans, cut into 1 inch length · 1 long brinjal, cubed
Method:~
1. Place all the ingredients except the long beans & brinjal, into the PHILIPS Electric Pressure Cooker. 2. Press BEANS and then START. Make sure the vent is closed and pointing towards the pressure cooking. 3. When the Dalcha is ready after 30 minutes, release the pressure by turning the vent to the right most button. 4. Open the PHILIPS Pressure Cooker lid and put in the long beans and brinjal. 5. Close back the lid and allow the vegetables to cook for 5 minutes. 6. Serve with rice or bread.
oh ya, saya tambah 1 1/2 cawan air tadi.. sebab tengok macam sikit je santannya.. saya tambah ayam jugak... dan makan dengan roti telur! siappp
hurm, saya sayanggggg sangat pressure cooker ni.. perasmian telah dilakukan dengan membuat bubur asyura sempena menu iftar ramadhan ketiga. saya recommend sangat lah periuk ni. marvellous. tip top.. tak payah guna minyak nak tumis menumis.. campak semua bahan, tutup, dan tunggu 30 minit, dan siapppp!!!
sesuai sangat untuk wanita berkerjaya yang nak masak untuk iftar for family. cepat, pantas dan tuntas.. ecehhh
untuk resepi boleh refer gambar bawah
srry la saya malas nak type semula resepi ni sebab pressure cooker ni comes with buku resepi juga.. ada lah dalam 8 menu cam tu kot.. jadi la.. at least tau nak masak ape...
sorry la buttercream frosting agak sangat hodoh.. first timer.. so maafkan lah ye.. tapi resepi buttercream ni ambil dari kak ita masam manis.. saya tak ingat link dia apa.. tapi resepinya mudah dan sedap. tak manis, light2 gitu.. boleh buat sapu roti jugak..
resepi saya paste je dari link saya bagi tu eh..
2 cawan tepung superfine* - guna tepung gandum cap Sauh 2 camca teh baking powder* 1 1/2 camca teh soda bicarbonate* 1 camca teh garam halus* 2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) 4 biji telur gred "A" 1 1/2 cawan minyak jagung 1 cawan gula halus - resepi asal 2 cawan (manis sgt bg akak) 2 1/2 cawan parutan lobak merah, - letak 3 cawan 1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar 1/2 cawan kelapa kering - letak 1/4 cawan aje 1 cawan kacang walnut, cincang - dibakar sekejap dlm oven Cara membuat :
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran
9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan
kertas minyak.
Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.
Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.
Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.
Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.
nah!! lepas ni takyah nak garret garret sangat... rumah mariii lagi sodap.. jimat pun jimatttt..
kalau nak resepi, kena layan video ni.. pasalyaa resepi dalam video ni lah... sumpah sedap.. kalau tgv ke ape ke.. memang sodap terbuekk lah.. kalau tak sedap, sila salahkan tangan sendiri.. hikhok...
pheww dah lama gila tak update blog sebab mostly update dekat facebook dengan instagram je.. tapi harini macam semangat sikit lak nak share new experience *okay jakunnn*
Haritu page Philips Home Living Malaysia ada buat contest suruh submit resepi tanpa gunakan minyak. so kita pun saje2 la up 4 resepi (max up to 4 recipes je) yang kita pernah masak.. So takde la mengharap sangat nak menang pun.. By the way, mission tahun ni memang nak join contest sebba teruja tengok 2 orang facebook friends ni selaluuuuu je update dia menang itu ini tau. So, joining contest can be a passive income jugak kan?
Seingat kita la kan, pernah menang 3 contest je sebeum ni. SUbmit artikel untuk editor dekat majalah Eh! dapat set barang ZA. Lepastu dapat hamper Johnson's and paling besar sekali time tu ialah Nike Cronorgraph Watch sebab call hitz.fm nak teka lagu. Masa sekolah dulu memang rajin sangat dengar radio. *okay takde sape nak dengar cerita kau arina*
Haritu dapat call dari Philips n i am one of the 10 who is shortlisted untuk Philips Ultimate Cook-Off Competition. Hoi mesti la teruja gila kannn tapi cuak la jugak takut kena masak resepi yang submit aritu. Oh, kalau nak tau resepi yag buat kita masuk final ialah Roti Berlapis Daging Keju. Tu first time buat sendiri. Pernah rasa sekali je masa cousin buat. Alhamdulillah.
Dengan excitednya packing barang itu ini, so competition berlangsung pada 28th June 2014 (Saturday) di AEON BIG Subang Jaya. Quite nervous jugak sebab tak pernah masak depan orang ramai apatah lagi masuk pertandingan memasak!!! Each of us will pair with a blogger!! Dan saya telah dapat blogger melastik bintang as partner. Cuak gak kena masak dengan strangers, kot dia tak suka aku ke kang.. kena ada chemistry yang penting
Main ingredient kitorang hendaklah berasaskan ikan. Dan dapat sesi pagi. yeayyy. sesi pagi ada aura lagi. ecehhh
Kitorang diberi bauce rm50 dari AEON Big untuk beli groceries. Hurm, mula2 nak masak dorry fish. Tapi dorry fish frozen, Mana sempat nak defrost oiii. Nak beli salmon takut x cukup duit lak. So aku suggest masak pais ikan pari. Ikan pari tak payah nak siang2 dah.. sonang.. N rasa nak buat kerabu epal as hiasan. Sebab letak english salad macam tak sesuai kan..
Kitorang diberi masa 20 minit unruk shopping n 45 minit untuk masak.. huuhhu. sudah tentu la gabra time tu takut tak cukup masa. Before tu staff philips bagi chance usha2 rack groceries, apa barang nak beli..
memandangkan kita tak tau rasa pais camne, so kita laysafe namakan dia pari bakar je
inilah sous chef yang berdedikasi, chef MB. sangat banyak membantu ringankan kerja. hoi kalau buat sorang2 mesti tak siap aku masak
menu kita memang paling lame lah.. lauk kampung je weh. segan okay.. menu orang lauk semua vogue de vasss giteww. memandangkan menu yang tak berapa kreatif, maka dapat lah Philips Pressure Cooker. Thank you Philips. Bagus jugak sebab rumah takde pressure cooker lagi
Oh, sebelum contest dah usha2 dah kat internet resepi guna airfryer. sebab dah agak dah airfryer mesti ada sebab hadiah pertama sampai ketiga semua ada airfryer. Recommended sangat la airfryer ni. Senang keje. Tak messy. Jimat masa. Cepat masak dannn jimat duit tak payah beli minyak masak!! Maka dengan itu aku kena beli sendiri sebab tak menang. sobsss sobsss
Ni salah satu aksi kitorang. Nak tengok banyak lagi, hang pi usha kat page Philips Home Living Malaysia okay. tak pun pi instagram dan search #PhilipsMYAirFryer
nah video yang dirakam penuh kasih sayang oleh sang suami
kalau nak dengar ape komen juri, sila lah play okay
sesi pengadilan adalah sesi paling endebarkan sebabnya kita tak rasa langsung pun yang kita masak...
dan last sekali gambar suami tercinta, my big supporter yang of course la excited jugak... hahhah
alhamdulillah, seronok sangat dapat join contest ni sebab dapat ramai kawan and diorang semua memang happening. excited lah. pengalaman sangat. lepas ni takkan jemu nak masuk contest. inshaAllah ada rezeki kita menang.. kan??
okay ni resepi pari bakar saya nak share
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 -6 kepingan ikan pari, cuci bersih dan ketepikan
1 genggam daun selasih (optional)
5-6 helai daun kunyit (untuk alas)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar santan pekat
2 camca besar penuh cili kisar
Daun pisang secukupnya - sy guna aluminium foil
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan2 tumbuk halus dengan santan, cili kisar, jus limau kasturi dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata. Masukkan ikan pari tadi dan gaul rata2. Perap sekejap dalam 15 minit.
Sementara itu sediakan aluminium foil. Alas dengan sehelai daun kunyit. Kemudian letak kepingan ikan pari yang diperap tadi, letak juga rempah2nya. Tabur sedikit daun selasih, kemudian bungkus elok2 dan semat dengan pencungkil gigi. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
Kemudian panggang hingga masak, kurang lebih 25 minit. Hidangkan panas bersama nasi atau boleh makan macam tu sahaja. Kalau tak cukup masam, perah lagi jus limau kasturi.
chef marina advise, kalau tutup rapat aluminum foil dia jadi kukus. so bukak sikit. bila dah half way cook, tanggalkan aluminium foil n bakar lagi.
ni pulak resepi kerabu epal
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 biji lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
yeay arini kita grill peri peri chicken. start marinate ahad malam aritu. sebab dinner makan soup je, so kena la serve ayam ni masa breakfast n bekal lunch. mihihihh
oh, resipi kita dapat dari sini.. tapi kita ada tukar bahan sikit
oh, mungkin kena cuba lagi sebab ayam kita tak orange. dia merah macam tandoori pulak. rasa pun kurang pedas n takde ke'nandos'an nye. ciss!!!
maka mungkin kalau malas kita nak beli ready made peri peri sauce je lah. merajuk T___T. dah la sos tu mahalll kat sini. kat UK 1 pound je. uhuhuhuh
First, prepare the sauce:
Peri Peri Sauce
This sauce is used for marinating the chicken and any leftover is normally cooked down and served as a dip. I prefer making the sauce up to a day ahead of using as the flavors tend to develop with a bit of time. So you can go ahead and prepare the sauce up to a day before you need to use it.
Ingredients
2-6 birds-eye red chillis (adjust spice level to your taste....2 will be mildly spicy whilst 6 will be very spicy)
1 big red capsicum/bell-pepper
1 lemon's juice i replaced with jus limau kasturi je
2 tbsp. paprika powder
2 tsp. salt
1 tbsp. oregano
½ tsp. red chilli powder i replaced using cili kering dah rebus dan di blender
½ cup oil (veg or olive)
5 cloves of garlic
4 tbsp. dark vinegar i used white vinegar cap tamin je
1 tsp. black pepper
¼ tsp. red or orange food coloring
Instructions
Blend all the ingredients of the sauce until smooth, then pour into a container and refrigerate until needed. You can make the sauce in bulk and refrigerate for up to 2 weeks and use as and when required.
Next, prepare the chicken:
Ingredients
1 chicken, (approx 1kg-1.5kg) skin removed and cut into quarters then make 2-3 slits on each piece
Tip: To get the maximum moistness and succulence in your chicken and to infuse flavor into the meat, take a container big enough to hold the chicken quarters.
Add 2 tsp salt, 1 tsp sugar, half cup white vinegar, juice of 1 lemon, throw in some roughly chopped fresh herbs like coriander or parsley. Then add COLD water and swirl/mix everything together.
Now add in your cleaned chicken pieces, they should be completely immersed in the water.
Cover the container and refrigerate it for 1-4 hours.
Then drain out the liquid, rinse out the chicken quarters properly to get rid of any excess salt and proceed with the marination.
Instructions
Pour the prepared sauce over the chicken pieces, making sure it goes into the slits. Cover and refrigerate. Allow to marinate at least overnight or for up to 2 days.
Then place the chicken quarters on a greased tray, brush some sauce over them and pop it in a pre-heated oven at 170 C and bake for about 20 minutes (turn them over midway through the baking).
Next, reduce the temperature to 120 C and bake for another 15-20 minutes. Make sure to brush the chicken with some of the peri peri sauce once more during the baking so they stay moist.
Once done, remove and keep the chicken covered to retain moisture.
i put the sauce to much so the chicken is really moist. so after this, i will put a little only
okay arini post resipi yang pernah dieksperimennn sahaja.. hahha... ni last entry untuk harini
haritu teringin nak try buat grilled herb dory fish untuk dinner. sebab senang bangetttt... bila gi giant, wahhh murah rupanya dory fish ni.. ada 3 fillet yang besar, rm9 sahaja!!! kalau makan dekat manhattan fish market, harga untuk satu main dish pon tak lepas makkkk
lepas ni boleh la rajin try buat fish n chip pulak. the other half cakap, lepas ni beli dory fish je sebab murah. haihh dah la ikan ni fragile. lemah lembutttt je bila nak dikerjakan.
so ini lah dia menu dinner yang lalu. pon sonang... chips tu kita bakar dulu sementara tunggu ikan marinate. brocolli dgn carrot rebus je kejap. malas nak stim
bahan untuk marinate ikan:
garlic -minced. lagi banyak lagi sodappp
mixed herb powder
ground parsley
black pepper
garam sikit
mayonis
cara-cara:
lumur semua dekat ikan dan marinate kejap..
lepas tu boleh la bakar for about 20 mins in 180C oven.
tadaaa dah siap. lepas ni tak payah pegi manhattan fish market. chetttt
kalau ikut selera, malam tadi plan nak masak spaghetti black pepper chicken untuk breakfast+lunch. oh saya hari2 masak breakfast untuk 4 kali makan sebab untuk tapau bekal ke ofis sekali
memandangkan takde stok capsicum n mushroom, so potpone je lah nak buat spaghetti black pepper chicken. petang tu the other half dah request nak bubur untuk esok pagi.. last2 bubur jugak kita
sebelum tidur google resipi nak buat bubur lambuk sebab teringin. lalu jumpa kat blog cik mat gebu gebas. resipi dia jadik pilihan sebab paling mudah. dan kebetulan semua bahan dah sedia ada di dapur. tak sia2 gi kedai petang semalam beli daun sup, daun bawang dan serai.
kita buat 2 pot nasi. so kita gandakan dua untuk resipi nih. tapi untuk sukatan air tu, main hentam je sebab periuk tak beso mana. tinggalkan space untuk letak santan n tambah air je
sebab tak muat, maka lepas letak santan, tambah sikit air je.. so my bubur lambuk a little bit thicky. hihihi..
alhamdulillah it turns out well. as what i expect. yeayy lulus!! cuma kena cair sikit. ingatkan nak guna rice cooker tefal, tapi takut bila buat porridge dalam tu, jadi lambat pulak. ni pun sejam dah siap!! senang an relaksss je buat dia..
BAHAN-BAHANNYA :-
2 cawan beras siam, cuci dan toskan
air
dada ayam
minced beef
1 kotak kecil santan
1 helai daun pandan, simpul
2 batang serai, diketuk
2 sudu besar penuh rempah kurma (Adabi)
1 kiub ayam
1 sup bunjut Adabi
carrot -diced
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*kisar halus)
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sedikit serbuk lada hitam...
CARA MEMBUATNYA :-
Satukan bahan kisar halus dengan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, minced beef dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur. Tambah carrot, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..
Oh, mak tadi cakap letak rempah kari. okay lepas ni try guna rempah kari
sekarang dah jadi isteri kena masak je.. dulu pun masak, tapi ikut mood. so sekarang u have no choice, kena masak. bukan rasa terpaksa, sebab biarla the other half makan dari air tangan wife dia sendiri. walaupun taklah sesedap mana...
the other half dah pesan awal2, duduk rumah sendiri, masak dinner simple2 aje.. so harini nak try buat mushroom soup and garlic bread. sebab dah boring tak tau nak masak ape. actually berduyun resipi menunggu untuk dieksperimen. mihmihmihhh
okay buat garlic bread guna roti gardenia aje.. sebab mala nak cari french loaf atau whatsoever loaf atau bread
kita sapu butter, tabur minced garlic, letak black pepper sikit and tabur parsley. tabur parsley tu saje nak bagi cantik je.. hahah
lepastu kita toast roti kejap dalam oven
okayh resipi mushroom soup nih kita dapat dari sini
semua resipi diambil secara bulat2 bersegi2 berbucu2. mihmihmih *okay, tak kelako*
Bahan2:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) ~ saya guna cendawan shitakae kering. banyak ikut suka
garam
1 cawan tepung gandum
Cara2:
Potong ayam kecil2, masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa dan garam.
Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.
oh resipi ni boleh sampai 6 orang makan ye. so lepas ni saya kena guna half je dari resipi. kan dah 2 hari kena makan benda nih. huuuhuhuh
rasa dia best. sama macam mushroom sup pizza hut tu. dulu masak duduk kolej, satu sem, setiap malam makan campbell mushroom soup dengan freanch loaf. lepas duduk rumah sewa, dah tak leh telan dah campbell mushroom soup tu.. uhuhuh
oh, semalamnya buat Pau Kaya, hari ni try buat roti pulak. semangat ada yis banyak kat rumah ni.. nak buat pizza, belum sampai seru lagi.. siap prepare asam pedas ikan tenggiri untuk lunch je, terus uli doh. perghh... doh kali ni agak degil kalau nak compare dengan doh pau semalam. mungkin sebab derhaka kat resipi tak guna tepung roti. malas lah nak drive kereta beli tepung roti semata2. tapi roti ni tetap gebu jugak..
oh, masa nak uli tu, asyik melekat je kat tangan. ada lah dalam 30 minit dah dok uli.. last2 pasrah je la biarkan doh tu dalam keadaan buruk. lepas dah siap perap selama sejam, i bahagikan doh.. still melekat kat tangan.. ""aish.. macam mana nak letak inti ni... nak gentel jadik bulat pun tak boleh.. confirm tak jadi ni.."
tapi sebab degil, still keluarkan bijan dan kaya dari dalam fridge. hasil dari pengalaman buat pau semalam, saya betul2 keluarkan kaya bila nak gentel, supaya kay atak cair.. sekali tengok, eh, boleh gentel lah pulak doh ni.. cantik je kena uli. terus semangat letak inti semua.. tercapai jugak hasrat nak buat bun ada inti..
sekali bila nak bakar, inti meleleh jugak.. :(( padahal dah uli elok je doh.. doh roti kali ni ;agi cantik dari doh pau semalam. tak tau macam mana boleh bocor. alih2 je ada lubang dekat doh, kaya mengalir macam air terjun ..
Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
140 ml air suam/ atau susu segar
1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner (ita letak bread improver)
sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
(kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
Akhir sekali, sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.
oh, resipi water roux boleh tengok kat sini. tapi dalam resipi tu dapat 4 sudu besar, since nak buat bun guna 2 tbsp je, so, bahagikan 2 lah resipi tu eh..
okay, tiba2 rajin pulak nak buat pau kan.. kalau balik rumah semangat memasak dia lain sikit... hurm, dekat kedai je tadi asyik tersasul je.. saya tanya nyonya tu, "pau yeo's mana?", sebenarnya nak cakap "kaya yeo's mana". .patut la nyonya tu mcm blur.. mak pun blur..
lepastu, nyonya tanya "yang ni je ke..." saya cakap, "eh tak.. mak ada ambik yis tadi.. ha tu.. (tunjuk kat minyak sapi)". sengal gila, nak cakap minyak sapi, pegi sebut yis. mak kata dah mengigau nak buat pau punya pasal.. buat malu je.. T__T
okay, nah amik resipi ni...
lepas ni kena belajar nak bagi letak inti betul2 dekat tengah dan nak simpul bahagian atas supaya pau cantik :)
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam
1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.
variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat
( bahan yang digunakan semua yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
saya bahagikan setiap doh dalam 40g, dapat lah 20 biji pau yang gebu gebas :))
kejap je, 8 minit dah masak dah pau...
abaikan lah kaya yang bersememeh tu.. saya guna kaya yeo's je.. sebab kaya tu rasa dia lemak berkrim.. susah pulak nak bentukkan pau ni rupanya sebab inti dia cair.. lepas ni kena lah belajar lagi. nak try dengan inti kelapa dengan chicken curry lah..
Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus
1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)
2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)
3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain) dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).
pau ni tetap gebu sampai ke malam. walaupun bila dah malam, kulit luar dia dah jadi keras sikit, tapi dalam dia still lembut. macam mana eh nak dapat kulit pau yang lembut macam tisu macam jual kat kedai tu? selamat mencuba!
oh oh semangat. this is my first time experiment on caramel. cheh! loser gileeee... and i really love it sebab caramel dia tak banyak, so takda la muak sangat. and.. i love the combination colour too. this recipe taken from here. buat satu casserole, tapi tak puas makan sebab saya bawak balik satu polistren, anip bawak satu, hazim bawak satu, n tinggal satu bahagian untuk mak abah hadi kat rumah. lepas ni kena buat lagi sebab nak bagi dear boyfie..
casserole saiz 22cm x 22cm. Guna loyang pun boleh...
Bahan utk puding karamel:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco (saya tak guna pun)
Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas
Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
chocolate rice secukupnya
Utk membuat gula hangus:
Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.
Utk membuat puding karamel:
Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
Bahagi dua adunan.
Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis.
Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.
Utk membuat puding buih:
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam.
Bila adunan agar2 dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti)
everybody knew how to prepare lasagna, Garfield's favourite food. it is simple as ABC or 123. heheh. the red sauce can be prepared as what you do for bolognese spaghetti. Atas sifat tamak, saya buat 6 layers of lasagna... wahahahah.. sangat lah mendemokkan..
Lasagna
red sauce
minced beef
tomatoes (diced)
puree tomato
carrot, mix vege, capsicum
holland onion
saute onion till golden and add in minced beef
stir till fry, put in puree tomato and other stuff.
white sauce
butter
fresh milk
all-purpose flour
heat the butter, put flour and stir
add some milk till the sauce is thicken.
method:
grease your pan, or casserole depends on things that you used :)
put lasagna sheet at bottom layer.
and layer it with red sauce, white sauce and grated cheese.
at the top layer, put the red sauce and cover it with cheese
make sure you boil the lasagna sheet first. oh, it is cheesy yet yummy.... slurrrrpppp
i am in mood of cooking and baking when i go back to my hometown. too much things to be experimented in the kitchen. (just to impress my mom!) tehehhe....
actually, i really wanna try bake cottage pie and prepare lasagna just after finished the 80 pcs apam mekar. but my mom said, "tooo much food in the house" hence wee have raya feast just around the corner. then, i wait patiently to try my first attempt cottage pie.
just right after Subh prayer, i jumped from bed and do some preparation.. by the way, i don't have proper measurement when come into cooking
Shepherd's Pie a.k.a Cottage Pie
400g minced beef
holland onion (diced)
1 tbsp all-purpose flour
salt and pepper and paprika (optional, depends on your taste)
butter or oil for fried
mix vege, capsicum, celery, carrot (optional)
saute onion, put in minced beef
when beef start cooked, put flour and stir (to make it as gravy, not really dry)
pour your favourite vege, salt, and pepper
mashed potato
7 pcs potatoes (boiled till soft)
butter
fresh milk
salt and pepper
mashed the potatoes
pour in butter and some milk
add in salt and pepper
method:
pour in the beef filling at the bottom of container
sprinkle grated cheese (optional)
cover the top with mashed potato. you can use icing beg to pipe in the potatoes or make some pattern using fork
sprinkle again with grated cheese to get golden pie
bake at 180C for 40 minutes (depends on oven you use)
okay, sekarang sibuk je buat apam mekar. bukan sebab suka makan, sebab mak yang selalu request. hence buat dia pun senang gila. bila first time buat menjadi, mak terus request buat 60biji untuk hari raya haji. nak bagi atok, nak bagi atok lagi satu, nak bagi jiran, nak makan sendiri, nak bagi staff mak kat wad yang kene kerja time raya haji..
lepastu, lusanya buat 80 biji pulak untuk jamuan hari raya kat taman ni. oh, kalau berniaga bagus jugak. masyuk la modal semula kan.. tak pe takpe.. ni awal2 ni promosi, lepastu share resipi. kalau korang buat tak jadi, boleh la order je.. hahahah...
oh, sebelum balik KJ, dah wasiatkan resipi kat mak sebab dia ada karnival usahawan jururawat. selalunya trademark makanan mak mesti custard pudding atau maruku. tu memang hot item la orang nak..sekarang mak dah ada idea lagi satu, apam mekar. mak kata larisssss... mak nak jual trifle pudding, tapi tak sempat nak buat..
dah, sekarang masa untuk mewariskan resipi kat orang lain pulak. dapat resipi pun kat internet kan, buat ape nak kedekut.
230g gula castor (gula pasir pun boleyyy)
2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
250g tepung gandum
1 cawan aiskrim soda (suhu bilik)
½ cawan choc rice (optional)
1. Pukul telur, gula dan ovelette hingga kembang
2. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda
3. Masukkan esen vanilla dan choc rice
4. Kukus 7-10 minit
kukus tutup dengan kain dulu ye takut nanti wap tu jatuh kat kuih dah tak jadik dah... rajin2 la hulur kat jiran sebelah kot2 boleh jadik calon menantu.. hahhaha
buat meniaga pun untung sangat ni... Selamat Mencuba!