Assalam and have a good day!
pheww dah lama gila tak update blog sebab mostly update dekat facebook dengan instagram je.. tapi harini macam semangat sikit lak nak share new experience *okay jakunnn*
Haritu page Philips Home Living Malaysia ada buat contest suruh submit resepi tanpa gunakan minyak. so kita pun saje2 la up 4 resepi (max up to 4 recipes je) yang kita pernah masak.. So takde la mengharap sangat nak menang pun.. By the way, mission tahun ni memang nak join contest sebba teruja tengok 2 orang facebook friends ni selaluuuuu je update dia menang itu ini tau. So, joining contest can be a passive income jugak kan?
Seingat kita la kan, pernah menang 3 contest je sebeum ni. SUbmit artikel untuk editor dekat majalah Eh! dapat set barang ZA. Lepastu dapat hamper Johnson's and paling besar sekali time tu ialah Nike Cronorgraph Watch sebab call hitz.fm nak teka lagu. Masa sekolah dulu memang rajin sangat dengar radio. *okay takde sape nak dengar cerita kau arina*
Haritu dapat call dari Philips n i am one of the 10 who is shortlisted untuk Philips Ultimate Cook-Off Competition. Hoi mesti la teruja gila kannn tapi cuak la jugak takut kena masak resepi yang submit aritu. Oh, kalau nak tau resepi yag buat kita masuk final ialah Roti Berlapis Daging Keju. Tu first time buat sendiri. Pernah rasa sekali je masa cousin buat. Alhamdulillah.
Dengan excitednya packing barang itu ini, so competition berlangsung pada 28th June 2014 (Saturday) di AEON BIG Subang Jaya. Quite nervous jugak sebab tak pernah masak depan orang ramai apatah lagi masuk pertandingan memasak!!! Each of us will pair with a blogger!! Dan saya telah dapat blogger melastik bintang as partner. Cuak gak kena masak dengan strangers, kot dia tak suka aku ke kang.. kena ada chemistry yang penting
Main ingredient kitorang hendaklah berasaskan ikan. Dan dapat sesi pagi. yeayyy. sesi pagi ada aura lagi. ecehhh
Kitorang diberi bauce rm50 dari AEON Big untuk beli groceries. Hurm, mula2 nak masak dorry fish. Tapi dorry fish frozen, Mana sempat nak defrost oiii. Nak beli salmon takut x cukup duit lak. So aku suggest masak pais ikan pari. Ikan pari tak payah nak siang2 dah.. sonang.. N rasa nak buat kerabu epal as hiasan. Sebab letak english salad macam tak sesuai kan..
Kitorang diberi masa 20 minit unruk shopping n 45 minit untuk masak.. huuhhu. sudah tentu la gabra time tu takut tak cukup masa. Before tu staff philips bagi chance usha2 rack groceries, apa barang nak beli..
memandangkan kita tak tau rasa pais camne, so kita laysafe namakan dia pari bakar je
inilah sous chef yang berdedikasi, chef MB. sangat banyak membantu ringankan kerja. hoi kalau buat sorang2 mesti tak siap aku masak
menu kita memang paling lame lah.. lauk kampung je weh. segan okay.. menu orang lauk semua vogue de vasss giteww. memandangkan menu yang tak berapa kreatif, maka dapat lah Philips Pressure Cooker. Thank you Philips. Bagus jugak sebab rumah takde pressure cooker lagi
Oh, sebelum contest dah usha2 dah kat internet resepi guna airfryer. sebab dah agak dah airfryer mesti ada sebab hadiah pertama sampai ketiga semua ada airfryer. Recommended sangat la airfryer ni. Senang keje. Tak messy. Jimat masa. Cepat masak dannn jimat duit tak payah beli minyak masak!! Maka dengan itu aku kena beli sendiri sebab tak menang. sobsss sobsss
Ni salah satu aksi kitorang. Nak tengok banyak lagi, hang pi usha kat page Philips Home Living Malaysia okay. tak pun pi instagram dan search #PhilipsMYAirFryer
nah video yang dirakam penuh kasih sayang oleh sang suami
kalau nak dengar ape komen juri, sila lah play okay
sesi pengadilan adalah sesi paling endebarkan sebabnya kita tak rasa langsung pun yang kita masak...
dan last sekali gambar suami tercinta, my big supporter yang of course la excited jugak... hahhah
alhamdulillah, seronok sangat dapat join contest ni sebab dapat ramai kawan and diorang semua memang happening. excited lah. pengalaman sangat. lepas ni takkan jemu nak masuk contest. inshaAllah ada rezeki kita menang.. kan??
okay ni resepi pari bakar saya nak share
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 -6 kepingan ikan pari, cuci bersih dan ketepikan
1 genggam daun selasih (optional)
5-6 helai daun kunyit (untuk alas)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar santan pekat
2 camca besar penuh cili kisar
Daun pisang secukupnya - sy guna aluminium foil
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan2 tumbuk halus dengan santan, cili kisar, jus limau kasturi dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata. Masukkan ikan pari tadi dan gaul rata2. Perap sekejap dalam 15 minit.
Sementara itu sediakan aluminium foil. Alas dengan sehelai daun kunyit. Kemudian letak kepingan ikan pari yang diperap tadi, letak juga rempah2nya. Tabur sedikit daun selasih, kemudian bungkus elok2 dan semat dengan pencungkil gigi. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
Kemudian panggang hingga masak, kurang lebih 25 minit. Hidangkan panas bersama nasi atau boleh makan macam tu sahaja. Kalau tak cukup masam, perah lagi jus limau kasturi.
chef marina advise, kalau tutup rapat aluminum foil dia jadi kukus. so bukak sikit. bila dah half way cook, tanggalkan aluminium foil n bakar lagi.
ni pulak resepi kerabu epal
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 biji lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.
okay... salam ramadhan mubarakh
xoxo,
Arina!! Bestnye dapat join contest tu.. pasni bleh la join masterchef :)
ReplyDeleteahhhaaaa masterchef la sangat.. kebetulan je ni tikahh
DeleteBest dpt join contest event..tp masak memasak saya tak mau..utk family je bolehla. Jom join lg contest!
ReplyDeleteTu la best jugak.. Nak2 bila dpt hadiah. Hehe. Awak rajin join contest gak ke? Saya baru je start ketagih. Lol
Delete