Monday, October 6, 2014

Cupcake / Kek Oren untuk Aidiladha (Orange Cupcake)

selamat hari raya aidiladha semua


kita nak share resepi kek oren yang sedap bagi saya. actually saya bukanlah peminat kek oren pun. tapi mak request buat sebab atok saya suka kek oren. Dulu saya ada pernah try jugak tapi hasilnya tak berapa digemari sebab tekstur peroi. mungkin sebab guna minyak jagung.

yang versi ni moist moist aje.. tak terabur bila makan :P





Resepi Cupcake / Kek Oren

250g butter ----- (saya ganti marjerin)
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum ----- boleh ganti dengan self raising flour tapi tak perlu tambah baking powder
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren sunquick
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuatnya:


  1. pukul butter dan gula menggunakan mixer.
  2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
  4. masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
  5. masukkan susu segar dan kaup lagi. masukkan pewarna dan gaul
  6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam cup atau loyang
  7. bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.

masa membakar memang sangat lama. saya guna oven kecik mak saya, memang saya set 180C. alhamdulillah menjadi. masa masak dia naik tinggi betul. lepas dah masak dia turun semula. so saya suggest awak letak 3/4 of the cup.


 tekstur kek yang moist dengan taburan snowy dari gula aising


tapi kali ni saya rajin sikit nak buat buttercream frosting. dulu saya pernah buat tapi ada guna telur. tapi yang ni saya cari resepi yang simple nak buat icing. tak perlu bahan yang mahal.



Basic buttercream icing

140g/5oz butter, softened
280g/10oz icing sugar
1-2 tbsp milk
few drops food colouring ---- optional


  1. Beat the butter in a large bowl until soft. Add half of the icing sugar and beat until smooth.
  2. Add the remaining icing sugar and one tablespoon of the milk and beat the mixture until creamy and smooth. Beat in the milk, if necessary, to loosen the mixture.
  3. Stir in the food colouring until well combined.


alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. untuk cupcake saya dapat buat sehingga 18 cups. selamat mencuba okay!!



1 comment:

  1. HI. Saw your post regarding your Philip air fryer bought from Setia Marketing. I need the contact detail for Setia Marketing because I need to ask them about a product in Lazada. Can you kindly provide to me? please email me at towsuan@live.com ..Thank you.

    ReplyDelete

Kindly spill your heart out at here (',')