This is my first travel ke luar Malaysia.. sedih kan? Dah beso panjang baru nak ada passport. Itupun atas sponsor mak mertua. hihi.. Kitorang bawak duit shopping je.. Thank you mak!! Okay, trip ni kitorang guna travel agency, POTO Travel & Tours. Ni trip ke 4 mak mertua saya dengan POTO. Mungkin bagus kot sebab masa trip ni ada yang kali kelima join POTO jugak..
Day 1
Flight kitorang pukul 6.30 petang dengan menaiki Vietnam Airlines dan sampai hotel masa tu pukul 10 malam. Perjalanan dari Noi Bai Airport ke hotel amik masa 45 minit jugak.. Sebenarnya takde la jauh pun. Dalam 25km. Tapi sebab sini semua orang drive slow kan...
Okay, Ni tempat kami tido bermalam di Nam Ngu Hotel di Hanoi. Kami dapat 2 single bed. Okay la biliknya.. Saya tak expect hotel kat lorong2 macam chow kit ada hotel yang selesa. Cuma hotel ni katil dia macam keras sikit, and pintu dia ada regang sikit. huhu macam x secure je rasa..
Day 2
Kami bermalam satu malam je kat sini. Esok pagi kami check out untuk bermalam di Halong Bay satu malam. Tapi kami bawak luggage untuk satu malam je.. The rest tinggal kat hotel sebab the next day kami akan check in hotel yang sama. Since ni international hotel, so macam biasa la no halal food. Kami breakfast makan roti and telur rebus je dekat cafe masa tu.. Ingatkan half-boiled egg, bila ketuk2 keras semacam, hard-boiled rupanya. So letak sikit butter and lenyek2 jadi la egg sandwich.. Hihi.. Dan makan buah-buahan je la untuk alas perut sampai tengahari.Cerita di Halong Bay dekat next post ye.. Tungguuuuu
Day 3
Dari Halong Bay kami balik semula ke Hanoi city. Dari harbour pukul 1. On the way to Hanoi kami singgah di factory mcm gallery Jewellery camtu la.. Nama dia Viet Hoa Jewellery. Erm.. dekat sini kami drop by untuk solat. Sini takde R&R macam Malaysia.. highway nya pun bukan lah macam highway PLUS kita ye.. Macam jalan biasa je sebenarnye.. dekat sini takde ape sangat yang menarik bagi saya yang bukan penggemar akesesori bling bling ni.. sini ada ruby, pearl, ape tah lagi.. saya tak ingat.. Company ni akan bukak lagi satu outlet di Malysia kat MidValley. Tapi nama dia lain... Anak tokei tu kata la...
Kami sampai Hanoi pukul 5 lebih camtu. Jalan a little bit sesak sebab orang baru balik kerja kan... Jangan la tido masa dalam perjalanan. Rugi.. perjalanan kita dihidang dengan sawah padi terbentang luas.. Ada banyak itik, kerbau, lembu and petani-petani dengan topi mcm tudung saji tu.. (Okay, saya je yang jakun :P ) Style rumah sini semuanya tinggi-tinggi sebab cukai dia ikut lebar tanah tak silap saya. So rumah dia tak lebar dan meninggi. Jarang la tengok rumah setingkat. And semuanya rumah batu. Takde rumah kayu pun. So maybe petani semua duduk rumah batu walaupun ini negara miskin.
sini ada banyak sangat itik |
orang sini rajin tai-chi. ini di park tengah2 city of hanoi |
Sesampai je dekat Hanoi, kami rehat dekat hotel sejam and turun dinner. Kami dinner di D'Lions Restaurant dekat atas Cosiana Hotel. Best sangat makan dekat sini. It's Halal and menyediakan makanan Malaysia and Singapore. Memang sedap lahh.. Lepas dinner kami balik tido.. Malam memang membuta je la aktiviti kitorang
Day 4
Lepas breakfast, pukul 8 kami naik bas untuk berjalan sekitar Hanoi city. First tempat kami pergi Ho Chi Minh Mausoleum. Dalam memorial ni ada mayat President Ho Chi Minh yang masih kekal dalam bekas gelas. Tapi kami kurang bernasib baik sebab Ho Chi Minh Mausoleum ditutup setiap tahun pada September hingga Oktober untuk maintenance. Tapi tahun ni diorang tutup sampai Disember sebab ada renovation works. So kami tak dapat la masuk tengok body Ho Chi Minh. Just kalan dekat luar2 je.. Kalau nak tau pasal tempat ni silalah google ye.. Panjang sangat karangan ni kalau saya nak cerita dari apa yang tourist guide kami explain.
berlatarbelakangkan Ho Chi Minh Mausoleum |
oh ini Kedutaan Malaysia di Vietnam |
our tourist guide, Mr Sang |
Lepas tu kami pergi ke Presidential Palace yang dipanggil jugak White House of Vietnam di sebelah memorial ni je. Jalan kaki je. Tapi amik gambar dari jauh je.. dalam tu ada Presiden sekarang yang nama dia sama mcm tourist guide kitorang. Sang. hehhe. Lepastu kami ke rumah lama Ho Chi Minh in Presidential Palace Area. Cantik.. macam taman..
Presidential Palace |
Yang tu rumah President Ho Chi Minh and tempat dia bekerja. dia memang seorang yang humble and love children. |
Ni pulak tempat dia kerja |
Ni laluan President Ho Chi Minh used to walk and do morning exercices. ia dikelilingi dengan pokok mangga. Best kan.. tenanggg je. |
Buddha (or Cypress) tree's roots along Uncle Ho Fishpond.. Tengok tu akar dia menjalar ke atas macam buddhist monk. That's why they called this Buddha tree. hehe |
Seterusnya kami ke Hoa Lo Prison. Tapi sekarang ni penjara ni remain main block je.. Blok lain dah roboh n buat hotel.. Most gambar ada dalam phone husband sebab phone saya dah battery flat.
Lepas tu kami lunch di RedHouse Nhado. Memang sedap makanan dia.. Banyak sangat lauk diorang bagi. Bagus jugak pergi dengan travel agency ni.. Makanan diorang order sampai 6 lauk. Ada la lauk vietnamese style.. tapi maaf la x sempat snap gambar sebab kebuloqq sangat. Restoran ni halal ye.
Halal Restaurant in Hanoi |
Lepas lunch, perut kenyang. Kami singgah di the only mosque in Hanoi city, Hang Luoc Mosque atau Masjid Al-Noor. Kalau nak tau location sila lah google ye.. Jalan dengan travel agency ni memang tak amik selok belok jalan dengan location langsung. Maklumlahhh ada drebar... kita makan, turun, shopping, tengok2, ada tourist guide explain. best jugak.. hehhe
pintu ni selalunya berkunci. So kena masuk dekat pintu kecil belah kiri |
Ada halal food juga di pintu kecil ni |
Lepas solat kami jalan-jalan di sekitar Hanoi Old Quarter on 36 Streets dengan menaiki electric car. Seronok.. Baru lah kami nampak kedai2 yang teratur. Kalau tak sebelum ni kedai dia scattered dalam row tu.. Dekat sini ada satu lorong semua kedaiiii jual baju kanak-kanak. Lorong lain jual coffee. Lorong lagi satu jual DIY stuff macam dari stainless steel. Lorong lain jual tembaga.. Teratur sangat la.. Trafik dekat sini jangan cakap la.. i was amazed sebab x jumpa accident walupun banyakkkk sangat motor macam semut tapi diorang semua slow je drive. Tak macam KL macam pelesit semuanya (termasuklah saya)
Masa ni hari Sabtu. So macam kat Malasyia, ramai orang buat wedding hari Sabtu. So masa jalan-jalan dekat town ada la jumpa ramai pengantin uat outdoor photoshoot. Cantik2 diorang.. n meriah sangat.
Bank Negara |
Ini pulak French street sebab banyak building masa French bina
Dah tawaf satu town, kami stop by untuk beli souvenir selama 2 jam. Lepastu pukul 4 kami tengok Water Puppet. Dekat sini tak banyak kedai jual souvenir. Ada la dalam 8 kedai. N kena pandai bargain lah.. Saya banyak beli kat satu kedai ni.. Sorry lupa snap gambar. Kedai dia buruk. and jual barang di akat luar je.. Nampak macam x banyak barang especially wooden craft. Tapi harga di amurah gila compare kedai yang lain. Kami memang borong banyak dekat sini. Cuma saya tak beli tshirt and fridge magnet sebab berharap dekat Dong Xuan akan jumpa lagi.. Bookmark dia murah, 10pcs 10,000 VND. Key chain pun murah. Beg dia satu rm10 je. Dah la cantik. Kalau kat Malaysia mcam Melaka, Penang atau mana-mana tourist attraction tak dapat harga murah macam tu hoiii
Lepastu saya minta Mr Sang cari kedai untuk saya beli coffee. Don't forget to buy their coffee. Sebab vietnam coffee is very famous dan diorang exporter coffee jugak. Ada satu kedai ni dekat deretan kedai beg terselit kedai kopi yang kecil. Mr Sang recommend kedai kopi ni sebab boleh try before beli. Tapi saya tak try pun. Saya tak tau pun ada coffee yang ada alcohol sehingga diberitahu oleh salah sorang group kami. Rupanya diorang ada jugak yang letak alcohol. So hati-hati la ye.. I asked Mr Sang coffee yang x da alcohol, and budak kedai tu syorkan 2 kopi ni sahaja yang takde alkohol. So, kalau nak beli kopi, hati2. Baca pack dia. Sebab coffee diorang brew with alcohol. So i choose Special dan Legendee coffee.
Selesai shopping, kami ke Thang Long Water Puppet selama sejam. Show ni dalam bahasa vietnam, so tengok show je la untuk faham jalan cerita dia.. Kalau dapat faham jalan cerita sebenar mesti lagi seronok. Dengan lagu puitis dia.. seronok la. tapi macam husband saya, dah penat, and tak faham, dia tidooo je dalam tu. hahah..
Harga tiket saya tak tau sebab dah include semua dalam itinerary kan..
Lepas je show kami dinner di tempat yang sama semalam.. Kami drop by sekejap dekat hotel letak hasil borong and terus ke restoran D'Lions. Macam biasa aktiviti malam kitorang ialah rehat n tidur.
Day 5
Akhirnya tiba hari terakhir kat sini dan hari ni baru pergi largest market in Hanoi, Dong Xuan Market. Yeayyyy... Saya dah expect takde ape sangat fabrik dekat sini sebab Ho Chi Minh city lagi shopping heaven and most Malysian yang jual kain cotton kat KL tu borong dari Saigon. Cho Dong Xuan ni macam Pasar Besar Siti Khadijah dalam dia.. Tapi benda yang dia jual tak banyak la souvenirs. Saya sempat la rembat plain Vietnam Silk dan Kain Cotton bercorak untuk buat baju melayu husband. Kain dia x cantik kat sini. Almost all fabric adalah kain untuk diorang buat blouse. Macam kain jersey, kain lace jersey yang selalu macam korean style punya blouse tu..
Saya dah macam risau tak dapat jumpa tshirt untuk souvenir adik saya. Finally saya jumpa jugak kedai souvenir. Dia tersorok kat row belakang. X banyak kedai jual souvenir dekat sini. Ada dalam 4-5 kedai je.. Mujur la saya dah beli beg kat Old Quarter semalam sebab beg yang saya beli tu takde jual kat Dong Xuan. Tshirt dia semua corak yang sama macam saya jumpa semalam. Dan kualiti kain tshirt sangat teruk. Tak sedap langsung. Mula-mula dia offer rm11. Saya cakap semalam saya boleh dapat RM7 di Old Quarter. So last-last dia bagi jugak.. hehhe.. lepas tu fridge magnet dia cantik n murah.. last-last semua orang saya provoke gi kedai dia. Tapi memang murah pun kedai amoi ni.. kraf kayu pun murah gila woi.. Sebab time tu dah nak balik Malaysia saya pun habiskan duit kat kedai dia je.. Dulang dengan painting 3 set 200,000 VND je tau.. Box untuk letak brooch pun dalam 70,000 VND. macam tempurung tu boleh dapat 30,000 VND. Murah la.. rambang mata dibuatnya. Kedai dia pun kecik je.. saya recommend kedai ni
Ini lah kedai yang saya borong tu |
Dekat sini ada jual barang2 rempah masakan macam kayu manis, bunga cengkih. Udang kering pun cantik2 berkilat. Tapi kami tak beli sebab Mr Sang pun x sure sangat takut diorang ada letak oil.
Lepas shopping kami lunch lagi di RedHouse, solat and ke airport sebab flight pukul 3.40pm
Saya recommend sangat Mr Sang ni yang dari HA Travel. Bagus la dia ni. Mr Sang advise, kalau nak naik taxi, ambil teksi yang ada tulis Taxi Group. they are trusted taxi. ni yang dia advised a.. sebab ada taxi jahat yang kalau diorang honking masa drive, laju gila meter dia naik
Saya mesti rindu Hanoi lagi especially Halong Bay
xoxox
Play Casinos With the Best Casino Games - Sjeon
ReplyDeleteYou'll love playing at a casino without spending 인스타셀럽 money. In 바카라사이트추천 the gambling world, the choice is 브라 벗기 yours. Here 강친닷컴 are the best 승인 전화 없는 사이트 casino games that you can play at