perjalanan dari Hanoi ke Halong Bay ialah 4 jam! Ya 4 jam sebab mereka drive 80km/j je. Saya rasa slow lagi kot. Sebenarnya takde la jauh mana.
Melalui highway yang saya tak rasa macam highway kat Malaysia pun. hihi.. Banyak sawah padi sebab Vietnam ialah pengeluar padi kedua terbesar di dunia.
On the way to Halong Bay kami singgah di galeri iaitu Hong Ngoc. Dalam ni boleh shopping juga.
Saya tertarik di bahagian kanan pintu masuk terdapat sekumpulan locals sedang buat sulaman guna benang sutera. MashaAllah cantik dan halus sangat.
Yeayyy dah sampai Harbour. Kita perlu menaiki boat untuk ke Halong Bay
Kami berhenti di tengah2 dan naik cruise. Oh ya, kami bermalam satu malam di cruise. Cruise yang kami naik ialah V'Spirit Classic. Kami naik cruise, and ke dining room untuk check in. Tapi kami lunch dulu. Bestnya makan dengan angin Halong Bay.
sebenarnya banyak lagi menu. Makanan dia sedap2. |
ini cabin kitorang. Selesa |
Lepas makan, kita rehat sekejap dan petang tu dalam 4pm kita ada aktiviti cave walking. Sebelum tu lepak2 atas deck sementara tunggu orang lain. Oh ya pergi gua kena naik small boat semula
itu dia Sung Sot Cave untuk kita daki. wachaaa |
dalam cave ni dah ada trail. so takde la mencabar sangat macam buat cave walking di Jerantut dulu. Itu memang thrill and seronok gila |
ada cerita di sebalik tiang gua ni. saya pun tak ingat apa.. Naga datang kot |
siling gua macam desert kan?? |
dah habis gua kita lalu tunnel cave pula.. ada 2 option sama ada nak kayak sendiri atau sitting on the rowing boat sahaja. tapi i chose to kayaking. Mula-mula nak kayak dengan kakak ipar, tapi tak ada yang guide, takut la.. Mak mertua pun macam tak bagi je.. Lepastu saya tengok kak ida cari gang nak kayak. Saya pun apa lagi.. jpin la.. Confident sikit sebab dia pernah kayak. Jauh juga kami kayak. penat wooo
berkayak sekitar Tunnel Cave dan Luon Cave. Kami cross lalu terowong tu sebab dekat sana ada gua yang berpenghunikan monyet monyet liar |
Selesai kayak kami naik bot semula and ke cruise untuk hi-tea.
pemandangan dari atas deck masa cruise bawak jalan2 around the halong bay |
Bangun pagi dengan laut terbentang
Pagi tu around 6am takde air pulak.. so datangla boat dengan tangki air.. hihi |
aktiviti pagi with tai-chi. Saya tengok cruise lain pun ada aktiviti ni jugak |
ini lah cafe |
Pukul 9.30 am kami check out. Check out di cruise memang awal sebab orang yang sama masak and kemas bilik. So diorang perlukan masa untuk masak lunch lagi.. Penat kan?
Lepas check out kami ada cooking demonstration.. Aala.. tak da la cooking sangat pun.. Haha
Kami buat vietnamese spring roll, lepas tu makan sendiri :P
Oh ini batu berbentuk 2 ayam sedang bergaduh. |
Vietnamese Spring Roll |
rindu sangat Halong Bay. InshaAllah akan datang lagi
xoxox
Menariknya halong bay ni
ReplyDeleteMenariknya halong bay ni
ReplyDeletecantiknya halong bay! teringin nak pergi hanoi jugak! ♥♥♥ nice post!
ReplyDeleteyess rasa nak pergi lagi..
DeleteSalam sis,mcm maner nk dpt kn package nk kapal tue,klw kite kL ker hanoi xbrmlm kd hanoi kee,mintak tolong sis bgi info nk pi ha long bay,
ReplyDeletesorry, kami ambil travel package untuk whole trip to hanoi dari malaysia. so tak dapat nak membantu soalan awak. huhu sorry ya
Delete