Tuesday, March 6, 2012

Bun Pandan

oh, semalamnya buat Pau Kaya, hari ni try buat roti pulak. semangat ada yis banyak kat rumah ni.. nak buat pizza, belum sampai seru lagi..  siap prepare asam pedas ikan tenggiri untuk lunch je, terus uli doh. perghh... doh kali ni agak degil kalau nak compare dengan doh pau semalam. mungkin sebab derhaka kat resipi tak guna tepung roti. malas lah nak drive kereta beli tepung roti semata2. tapi roti ni tetap gebu jugak..

oh, masa nak uli tu, asyik melekat je kat tangan. ada lah dalam 30 minit dah dok uli.. last2 pasrah je la biarkan doh tu dalam keadaan buruk. lepas dah siap perap selama sejam, i bahagikan doh.. still melekat kat tangan.. ""aish.. macam mana nak letak inti ni... nak gentel jadik bulat pun tak boleh.. confirm tak jadi ni.."

tapi sebab degil, still keluarkan bijan dan kaya dari dalam fridge. hasil dari pengalaman buat pau semalam, saya betul2 keluarkan kaya bila nak gentel, supaya kay atak cair.. sekali tengok, eh, boleh gentel lah pulak doh ni.. cantik je kena uli. terus semangat letak inti semua.. tercapai jugak hasrat nak buat bun ada inti..

sekali bila nak bakar, inti meleleh jugak.. :(( padahal dah uli elok je doh.. doh roti kali ni ;agi cantik dari doh pau semalam. tak tau macam mana boleh bocor. alih2 je ada lubang dekat doh, kaya mengalir macam air terjun ..

hurm, cubalah resipi ni. mesti menjadi punya..



BUN PANDAN
Sumber : kak ita

Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
140 ml air suam/ atau susu segar
1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner (ita letak bread improver)
sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
(kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)


  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sekali, sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.
oh, resipi water roux boleh tengok kat sini. tapi dalam resipi tu dapat 4 sudu besar, since nak buat bun guna 2 tbsp je, so, bahagikan 2 lah resipi tu eh.. 




tengok tu.. kaya banjir lagi.. :((

cook with love,

No comments:

Post a Comment

Kindly spill your heart out at here (',')