Wednesday, March 12, 2014

Online shopping dengan tesco

Vavavoommmm...

Wah agak lama menyepikan diri. Sebenarnya dah lama nak share few things dalam blog ni. Tapi asyik tak menyempatttt je.

Okay sejak januari aritu, dah jarang membakar lemak sambil shopping.. Pasai apa... Pasai dah boleh beli barang dapur online je.. Wah berjoget joget lah lemak kat muffin top dan paha

Sebenarnya dah lama tesco perkenalkan online shopping website ni.. Since i member clubcard, so selalu la dapat evoucher. Tapi buat tak herannn je dengan voucher tu. Tak terfikir pun nak try. Sehinggalah suatu hari stok barang dapur dah habos dan malassss gila nak keluar gi tesco. Lalu si suami pun berkata "apa kata awak try tesco online?"

Hurm.. Seronok gak kan.. Maka si suami lebih gembira bila isteri setuju dan dia pun tak perlu tunggu kita shopping berjam jam. Ye! Shopping barang dapur pun mengambil at least 2 jam di store walaupun dah buat list yang berhemah. Tapi bila nampak benda lain tu hati meruntun jiwa lah.. Mula berdiri tercongok depan rak fikir "should i buy? Shouldn't i?"

Oh, memang suka pi tesco sebab dia selalu bg voucher. Tu je pun.. Dan tu je yang dekat dengan rumah. Tapi memang suka sangat lah gi tesco sejak dulu masa skolah lagi

Memandangkan pengalaman pertama beli online, so takde la beli fresh item sebab perasaan takut still ada lagi. So sayur ayam tu kena lah pegi kedai. Takut mencuba.. Huhu

Bila first delivery barang yang diterima sangat memuaskan hati, so next shopping try beli segala bagak sayur dan ayam. Sayur yang diorang hantars segar2. Ayam i beli by parts sebab whole chicken tu diorang x potong kot. Bawang merah yang timbang pun semua okay. Lagi la suka nak try lepas ni. Sebab kalau pegi tesco mesti kadang2 tinggal bawang yang buruk2. Lepastu kena cangkuk tertonggek tonggek pilih bawang paling cantik. Penat koy. Kadang2 kecewa, terpaksa beli yang dah pek. Lagi haru penah pek pon dah x cantik. Kentang pun bersihhhh je. Suka sangat

Pada pembelian seterusnya ada jugak dapat pengalaman dpt bawang n kentang x cantik.. So, menyesal puji lebih2. Haha.. So sebenarnya it depends pada staff yang pilihkan barang kita tu kot. So far ok la..

Kalau item yang beli ti takde, diorang ganti yang lain.. Tapi kalau x nak barang yang diorang recommend boleh je reject. Atau barang yang sampai condition x elok, boleh pulang semula. Sebab payment is cash on delivery

Sini ada step dia..

Pergi http://eshop.tesco.com.my

Dan booking slot awal2. Tapi dalam masa sejam je kot.. Kalau lepas sejam, kena book slot semula



Pilih barang yang nak dibeli



Checkout n Confirm your order


Buat payment. Kalau ada evoucher, masukkan kod. Mcm i dpt rm20 voucher sebab isi survey aritu. Rasanya korang x boleh guna kot kod ni sebab kena log in guna email masa i submit survey. Hehe



Tesco akan senaraikan order for confirmation


So tadaaa dah siap. Boleh change, edit atau cancel order jugak..

dapat tracking history bila kita shopping



Ye shopping every week sebab fridge 2 pintu je.. X muat buat stok banyak2

So apa yang best online shopping di tesco ni ialah:


  1. Tak payah susah payah tukar baju yang elok untuk keluar rumah. 
  2. Tak payah susah susah redah traffic jammed atau hadap traffic light yang banyak
  3. Tak perlu cari parking
  4. Tak perlu angkat barang berat2. Nak nak macam kita rumah kena naika tangga, kalau beli x ingat dunia. Dah sampai rumah seksa senget senget badan angkat barang
  5. U tend to spend more bila shopping offline. Sebab kalau online u boleh sort item by price. So tak perlu lah time depan rak tu terfikir fikir nak beli mana satu yang bagus
  6. U can control your expenses. Sebab nya kat tepi screen ada tulis berapa dah total price u spend. So boleh la bajet kan..
  7. Boleh kurangkan perasaan membeli barang yang x perlu. 
  8. Boleh tambah atau kurangkan order sehari sebelum barang anda sampai. So sempat la lagi cek apa yang tak cukup kat dapur tu. 
  9. Bagi yang ada anak kecik atau pregnant, nah.. Baguss sebab xda la anak merengek nak jajan atau permainan. Yang pregnant duduk rumah tunggu abang tesco sampai je
  10. Boleh bayar guna kredit kad atau debit card. Tapi yang tak best tak boleh guna american express. Haihh.. Tapi aritu berpengalaman line wireless reader diorang problem, so esok tu baru diorang datang amik payment. So berlaku kejujuran di situ.
  11. Barang yang kita pernah beli akan automatic masuk dekat tab favouite. So kalau nak shopping lagi, just masuk favourite je untuk pilih most frequent item u bought. x payah pening pening
Hurm.. Banyak betul kebaikan. Tapi mak kita cakap, "makin gemukkkk la orang orang kl".  Tapi ok ape sebab kl kan jammed je

Oh, penang dgn jb pun dah ada online shopping ni tau. Apa lagi, jom simpan lemak!



2 comments:

  1. wah..ini sangat membantu para suri rumah..
    kat selayang ni cik hani shopping kat NSK jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes u should try. saya dah jadi pengguna tegar yang malas keluar :)

      Delete

Kindly spill your heart out at here (',')