sesungguhnya labelling ni perlu untuk suami saya bila saya takde kat rumah. tak de lah susah dia nak cari barang kan. bukak satu2 tupperware. end up ada tupperware tak tutup rapat. nampak macam tadika atau 5s di kilang bila buat labelling ni. tapi kalau buat labelling cantik2, takde la tadika sangat.. hihihi
label untuk teh, kopi, milo, gula, susu tepung. ermm kiranya ni bahagian drinks lah. belakang container tu ada letak kordial, biskut, nutella. label inggeris? hurm, ni ambik template dari martha stewart je.. kita print mana yang berkenaan je lah.. print atas glossy sticker paper. tadaaa
ini pulak tepung dan keturunannya. saya jenis tak suka bukak tepung lepastu ikat, sebab messy nanti berabuk2 kitchen top. so, semua letak dalam bekas. actually, mak yang ajar buat camni. tapi bila dah bukak tepung dari packaging, mana lah nak ingat tepung ape kan. dah la semua lebih kurang sama je.. maka, kena lah label. kang nak buat jemput-jemput, terguna tepung pulut pulak... hahhha
mana yang martha stewart takde label tu, contohnya caster sugar, saya design lah sendiri...
untuk gula merah tu tak buat lagi sticker label dia.. hehehe..
oh bahagian belakang2 tu, kira pantry area lah. cheh. ada pasta, maggie, agar-agar, lasagna sheet. beras basmathi, ketupat segera (standby), bihun, semua yang masih dalam packaging. clip je. tak letak dalam container pun. sebab benda camtu cepat habis.
yang tiga atas tu pulak, labellinng pada kabinet dapur masak. hurm, dah melendut dah kayu tu. sebabnya, dulu bahagian atas letak yang berat macam bawang, kentang semua tu. dah jadi tak cantik. tak terfikir pun benda tu berat. huhu...
oh, kalau tak label rempah macam tu, hoiii mana lah aku kenal. haha.. lain la macam kayu manis, bunga cengkih tu. kalau resepi ada jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, ha. kalau tak label, tak ke menjajoooo carik telek satu2 kat plastik. takpun, kena bukak wikipedia, cari gambar jintan manis macam mana, jintan putih macam mana..
so, cara ni sangat berguna untuk label rempah. spice label saya buat sendiri je. semuanya recycle dari bekas door gift kenduri kawin. saya suka betul pergi kenduri kawin dapat bekas camni. sangat berguna. doorgift lain tak moh. hahhaha... jangan kecik hati naaaa
labelling ni di buat pada yang berkenaan sahaja..
okay tu je saya nak kongsi..
if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!
xoxo,
labelling memang sangat membantu..senang nak cari barang
ReplyDeletememang especially rempah2. lagipun senang laki or anak nak cari barang sdiri kat dapur. tak yah nak bukak or bau satu2
Delete