Monday, December 10, 2012

Tempah kad kahwin

yeayyy kita dah tempah kad kahwin.. alhamdulillah.. and i can't wait for the outcome.. actually kad ni design sendiri, and hantar printing je.. sebab ape sebab ni je la yang kita mampu DIY. tapi still hantar kat kedai. and one more thing, kad-kad yang kat market kadang2 tak memenuhi citarasa.. because i want a simple card, with big size, tapi sekeping je. macam poskad. tapi yang dekat website2 ni semua, saiz poskad dia ciputt sangat..


so, kita design buat saiz a5. biar senang orang nak baca senang nak tengok map yang besar. map pun design sendiri sebab kita boleh estimate jarak jalan tu.. kalau sesat jugak tak tau la.. sobs sobs...



okay, kita hantar printing dekat Iwstudio.biz. kenapa kita hantar printing dekat dia? sebab banyak2 quotation yang kita mintak kat company lain, this company give the cheapest price! mashaAllah.. semoga Allah memberkati perniagaan encik.. yang lain semua above the budget. mula2 macam upset lah macam redha je nak order kad kahwin yang ada dekat kedai, tapi sebab dapat harga murah, maka kita terus order dengan dia...



inshaAllah everything going well. since design semua dah siap, dia tinggal edit2 sizing je, so inshAllah dalam masa seminggu dah siap. cepat kan? sangat cepat... tak pelah, boleh bagi mak dengan abah awal. so diorang boleh distribute setiap kali pergi kenduri kahwin.. 



for those yang nak order kad kahwin atau hantar design, boleh contact  Iwstudio.biz. orangnye pun baik.. semua kad yang dia design cantik2 and quite murah compare dengan few company yang kita dah survey before this. 



u can contact rauf at 012-374 4100, email iwstudio.biz@gmail.com atau pegi website dia terus kat sini. kalau tengok kat website macam tak update sangat. 



so, hurry up and go to iwstudio.biz.


teaser . yang ni print sendiri je sebab nak tunjuk output dekat rauf tu


xoxox

Kursus Pra-Perkahwinan

kita dah join pre-marriage course masa 22 and 23 September. what can i summarized from the course is, it was really fun. don't judge that kuliah agama is so boring eh.. tapi yang ni tak macam kuliah sangat pun. more on knowledge sharing. oh tak perlu risau kalau takut ngantuk. sebab korang takkan sempat ngantuk punya.. every second dari first lecture sampai la hari last tu asyik gelakkk je... okay tapi kita bosan masa last lecture dari ustazah tu sebab a little bit boring.. sorry ustazah..

oh, kursus tu dekat masjid at-taqwa, ttdi. sila lah pergi beramai2 sebab ianya sangat seronok dan anda pasti takkan menyesal.. ngeee...


yuran rm80. foods are provided. boleh call number dalam gambar tu


xoxox

Wednesday, November 14, 2012

Wordless wednesday

orang banyak cakap mana boleh wordless. semalam kita dah beli kain nikah... eksaited nokssss!!! dah la murah cantekk pulak tu... eh kenapa macam masuk lif tekan sendiri je ni.. puiii



tak dapat designer dengan rizalman pun takpe, janji boleh feeling2 rizalman gituuuu.. tau pilih warna nude ek..


konon.. konon je lah kan

dulu kan kita ada la berangan nak buat blog macam bride-to-be yang lain kan.. kononnnn je lah.. sebab ye brown sugar adalah seorang yang tinggi hangat-hangat tahi ayam dia.. orang lain tinggi cita-cita, dia tinggi lain. so harapannnnn janjimuuu... tak payah la nak buat bride-to-be- blog since kita ni sangat pemalas...

ecehh lepas tunang eksaited nak buat itu ini.. sekali terkubur layu di tasik madu semuanya.. cis! selang dua bulan eksaited datang semula.. lepas tu biar gituuu je.. sehingga lah harini...


so harini kita macam eksaited lah sikit kan nak cerita pasal preparation kita.. ada la few preparation dah siap.. tu pun orang kata kita talmbat buat preparaion.. lambat ke?? kita rasa macam awal je.. lekkk luuu.. sap kok luuu... tapi kita start dah gelabah bila masuk bulan october aritu... baru la terhegeh-hegeh.. selamat la few months ago dah mintak quotation by certain vendors via e-mail je.. since dah shortlisted mana yang layak (read: menepati bajet) kita zasss je terus gi kedai diorang kan



Wedding Checklist 3 months ++ to the day


Date
- Nikah & Bride's Reception : Done (same day with solemnization's date. sonang...)
- Groom's Reception (Bertandang) : Done
 
Kursus Kahwin & Legal Documents
- Kursus Kahwin : Done (Masjid at-Taqwa TTDI. best gilaaaa)
- Legal Docs (HIV Test, Borang Nikah and Tok Kadi's Thingy):Pending.  
    HIV test buat 22hb ni!
 
Theme
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Venue
- Nikah & Bride's Reception : Done (buat kat rumah)
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Make Up Artist (MUA)
- Nikah & Bride's Reception : Done. Deposit paid (Andaman Kesuma, Muar)
- Groom's Reception (Bertandang) : Done (guna kawan kita jeee, Fatimah)
 
Pelamin & Decoration
- Nikah & Bride's Reception : Pelamin yang sama je by Andaman Kesuma, Muar jugak
- Groom's Reception (Bertandang) : tak perlu sebab makan berdamai je


Canopy
- Bride's Reception : Done (kawan abah, Haji Bidin. merangkap bapak sedara tokei Andaman Kesuma)
- Groom's Reception (Bertandang) : no need sebab buat kat dewan


Catering
- Bride's Reception : Done (rewang. makan berdamai je guna catering by Rbecca Wedding Gallery)
- Groom's Reception (Bertandang) : Considered Done. settle by Hisham's family.


Official Photographer (OP)
- Nikah & Bride's Reception : Done. Deposit paid (Azreen Omar from Candidsyndrome. cum ex-schoolmate)
- Groom's Reception (Bertandang) : Considered Done. Hisham's friend
 
Wedding Dress and Accessories
- Nikah : Done.
- Bride's Reception : Done. sekaligus pakej dengan Andaman Kesuma
- Groom's Reception (Bertandang) : Baju Hisham je yang dah, kita belum T__T. Okay part accecories tu baru terpikir. duhh


Wedding Shoes
Pending. nak tunggu christmas sale kat sogo!


Wedding Favors
- Bride's Reception : Partially Done
- Groom's Reception : Considered Done. settle by Hisham's family.


Invitation Cards
- Bride's Reception : Pending. Next month ah baru buat
-Groom's Reception : Pending. Next month ah baru buat


Hantaran & Decorations
- For her : 5 dulangs. Done
- For him : 7 dulangs. Done
- Hantaran Decorations : Pending.
 
Handbouquet
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Entertainment
- Nikah (PA System) : Pending
- Bride's Reception (PA System/Silat/Kompang/Penari/Live Band) : Pending. to discuss
- Groom's Reception (Bertandang) : settle by Hisham's family.
 
Wedding Stationery
- Guest Book (Design/Ideas) : Pending (tak sure nak buat ke tak)
- Road Signage (Design) : Pending
- Table Centrepiece : Pending. cawan transparent mak banyak, tinggal nak beli artificial daisy je
- Thank You Tag : come in package of doorgift jar
- Banner/Bunting : Pending


Family, Bridesmaid & Bestman Outfit
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : settle by Hisham's family.






eh terus selambak kau update... ape kes?? ingat ada orang nak baca? ala kita tulis ni as my self reminder je.. bai!

time passed by...

woooshhhh wooshhh woooshhhh

.
.
.

wahhh aktiviti membuang sawang sungguh giat dijalankan.. last post was on may..  alah bukan ada sape pun nak baca goblog blog ni.. syok sendiri sudeyyy

oh masa mencemburui kita... there are lotsssssa things happened  after 6 months ago.. but i'm not remember that much. because i have short term memory lost. too old to have that syndrome uh. i am now in a new workplace.. akhirnya dapat jugak kerja lain after i try to run from previous company...

ye la kau nak resign kau kena lah ada kerja baru yang akan menerima kau dengan pintu yang terbuka. dah gila nak resign takde keje.. anak orang kaya je boleh buat macam tu.. kalau tak, tahan je lah.. a word that i can say is ALHAMDULILLAH...

i don't expect much. because after 1 year the result is as reserved candidate, i was hopeless. tapi tuppp tiba-tiba abah cakap dapat offer letter. wah, boleh pulak takde perasaan time tu.. tiba-tiba rasa sayang nak tinggalkan tempat keje lama... tapi berambus je lah kau dari situ arina.. diorang tak sayang kau pun.. puiii...


.
.
.
.
.

lap lap ketiak berlengasss lepas buang sawang. ok bye!

Tuesday, March 6, 2012

Bun Pandan

oh, semalamnya buat Pau Kaya, hari ni try buat roti pulak. semangat ada yis banyak kat rumah ni.. nak buat pizza, belum sampai seru lagi..  siap prepare asam pedas ikan tenggiri untuk lunch je, terus uli doh. perghh... doh kali ni agak degil kalau nak compare dengan doh pau semalam. mungkin sebab derhaka kat resipi tak guna tepung roti. malas lah nak drive kereta beli tepung roti semata2. tapi roti ni tetap gebu jugak..

oh, masa nak uli tu, asyik melekat je kat tangan. ada lah dalam 30 minit dah dok uli.. last2 pasrah je la biarkan doh tu dalam keadaan buruk. lepas dah siap perap selama sejam, i bahagikan doh.. still melekat kat tangan.. ""aish.. macam mana nak letak inti ni... nak gentel jadik bulat pun tak boleh.. confirm tak jadi ni.."

tapi sebab degil, still keluarkan bijan dan kaya dari dalam fridge. hasil dari pengalaman buat pau semalam, saya betul2 keluarkan kaya bila nak gentel, supaya kay atak cair.. sekali tengok, eh, boleh gentel lah pulak doh ni.. cantik je kena uli. terus semangat letak inti semua.. tercapai jugak hasrat nak buat bun ada inti..

sekali bila nak bakar, inti meleleh jugak.. :(( padahal dah uli elok je doh.. doh roti kali ni ;agi cantik dari doh pau semalam. tak tau macam mana boleh bocor. alih2 je ada lubang dekat doh, kaya mengalir macam air terjun ..

hurm, cubalah resipi ni. mesti menjadi punya..



BUN PANDAN
Sumber : kak ita

Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
140 ml air suam/ atau susu segar
1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner (ita letak bread improver)
sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
(kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)


  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sekali, sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.
oh, resipi water roux boleh tengok kat sini. tapi dalam resipi tu dapat 4 sudu besar, since nak buat bun guna 2 tbsp je, so, bahagikan 2 lah resipi tu eh.. 




tengok tu.. kaya banjir lagi.. :((

cook with love,

Pau gebu (Water Roux)

okay, tiba2 rajin pulak nak buat pau kan.. kalau balik rumah semangat memasak dia lain sikit... hurm, dekat kedai je tadi asyik tersasul je.. saya tanya nyonya tu, "pau yeo's mana?", sebenarnya nak cakap "kaya yeo's mana". .patut la nyonya tu mcm blur.. mak pun blur..

lepastu, nyonya tanya "yang ni je ke..." saya cakap, "eh tak.. mak ada ambik yis tadi.. ha tu.. (tunjuk kat minyak sapi)". sengal gila, nak cakap minyak sapi, pegi sebut yis. mak kata dah mengigau nak buat pau punya pasal.. buat malu je.. T__T



okay, nah amik resipi ni...


lepas ni kena belajar nak bagi letak inti betul2 dekat tengah dan nak simpul bahagian atas supaya pau cantik :)

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya

500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

( bahan yang digunakan semua yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.


2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

saya bahagikan setiap doh dalam 40g, dapat lah 20 biji pau yang gebu gebas :))


kejap je, 8 minit dah masak dah pau... 

abaikan lah kaya yang bersememeh tu.. saya guna kaya yeo's je.. sebab kaya tu rasa dia lemak berkrim.. susah pulak nak bentukkan pau ni rupanya sebab inti dia cair.. lepas ni kena lah belajar lagi. nak try dengan inti kelapa dengan chicken curry lah.. 


Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

pau ni tetap gebu sampai ke malam. walaupun bila dah malam, kulit luar dia dah jadi keras sikit, tapi dalam dia still lembut. macam mana eh nak dapat kulit pau yang lembut macam tisu macam jual kat kedai tu? selamat mencuba!


cook with love,