Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

SALE!! Electrolux Kitchen Machine EKM4700S (1 unit only)

Hi,

I am letting go my new baby.

I love this product. Love it so much. But i have my Bosch Kitchen machine and my Philips Food processor. Dengan hati yang berat saya nak menjual dengan harga yang murah

Imagine the possibilities from cakes, meringues, mousses, to pizza dough, sausages or even your very own minced burgers! The Electrolux Assistent stand mixer has been designed to offer all the versatility you need to inspire you in the kitchen.

RRP: RM 2,899.00 (WM)
My Selling price: RM 2,300.00 (Price can be negotiated)

Delivery and payment method: Cash on Delivery at JKR HQ, Bank Negara, Segambut, Publika, Mont Kiara, Hartamas or any mutually agreed location around KL.





2 years warranty by electrolux

Including 2 years warranty and user manual

Meat grinder, Food salad processor & Slicer Knife 




Product Description:
Body : Die cast Aluminum
Power :1000W Volt, Freq : 220 - 240V ~50Hz
Colour : Silver
Dimension : 610 X 286 X 443 mm
Weight : 13.25kg
Speed : 10 Speed
Warranty Period : 2 Years

Accessories included:
4.8L and additional 2.9L stainless steel bowl
Flat beater
Whisk
Dough hook
Pouring shield
Meat grinder
Food salad processor & Slicer Knife

Details of product, visit this link --> http://www.electrolux.com.my/Products1/Small-appliances/Mixers/EKM4700S/

You can watch the usage of accessories at here starting from 2:05 https://youtu.be/KUymH3Yqujg

This is new item. I only open this box to check all of the particular items. If you are rally interested, kindly whatsapp me at 0196695062

On 2014 i won kitchen machine too and i was sold within a week. Alhamdulillah.

Friday, February 5, 2016

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

Hi,

Lama gila tak bukak blog. Sebab malas. Cukup lah commit dengan facebook dan instagram je.

Bulan ini, blog nurinkhairi  menganjurkan sebuah giveaway untuk semua pembaca dan anda berpeluang memenangi penginapan 3H2M di Swiss Garden Resort Kuantan atau Lumut, Perak!

Cara-cara untuk menyertai giveaway ni sangat lah senang:

1. Follow blog nurinkhairi ni
2. Post entry dengan tajuk:

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

     (a) Wajib sertakan gambar giveaway macam kat bawah ni dan backlink pada post nurin ni
     (b) Untuk pembaca yang takde blog, boleh skip step ni

3. Lepastu, jawab satu soalan





Senang kan?

Ha apa lagi, jom cuba nasib mana tau ada rezeki Februari dan Jumaat yang mulia ni. SIla ke http://nurinkhairi.blogspot.my/2016/02/giveaway-nurinkhairi-x-shaklee-collagen.html untuk join okay!

All the best!

Friday, December 12, 2014

New Kenwood Kitchen Machine Chef Classic KM336 for sale

Salam n hi all,

Alhamdulillah i was one of the weekly winner in f&n nutrisoy contest and entitled to bring this new baby at thome on last wednesday.

But a sad story that i have to sell this gadget because i already have my bosch kitchen machine. Also won from contest last september. Thanks to Allah.

So, here are some snippets of the kitchen machine. If you are looking one, go grab this. 

Kenwood Kitchen Machine Chef Classic KM336

Items include:
1 plastic blender
1 stainless steel bowl
1 dough hook
1 K-beater
1 whisk
1 recipe suggestion
1 spatula
1 splashguard

Wattage: 800W
Warranty Period: 1 Year
Warranty Type: Local Manufacturer Warranty

Preference: Cash on Delivery (Klang Valley area)

Price: RM 1 200

This is new item. I only open this box to check all of the particular items. If you are rally interested, kindly whatsapp me at 0196695062
















Monday, September 29, 2014

Her World Best Home Contest 2014

Hi all,

lama betul bersawang blog ni.. gila punya malas nak update. banyak cerita nak share tapi haihhh penyakit M.

okay okay, nak bagi tau yang aritu kita join Finale of Her World Best Home Contest. Alhamdulillah. bukak website Her World aritu, saje submit recipe macam syarat dia bagi tu. kita try la submit semua category except category Hot & Spicy sebab memang takde idea nak buat recipe ape. untuk makluman semua resepi ambil dari google dan olah je. tak pernah try pun.. hahh

 


 Alhamdulillah rezeki menyebelahi diri yang takde la terer masak punnn untuk masuk final. Ini 2nd time join contest memasak. rasa happy sangat. kena memasak resepi yang kita menang tu. resepi category stir fries saya terpilih. maka saya kena la masak menu tu. a day before baru try memasak. haihh terrmasin. terlebih kicap. ye la, tak pernah mask pun lauk tu. so berharap esoknya dapat buat yang terbaik.

maka hari yang ditunggu-tunggu, event berlangsung dekat Zebra Square pada 20 September 2014. wahh ada Nampak chef anis nabilah. chef pujaan juga. mesti dia one of the judges. and daphne iking as emcee. ada lagi 4 org judges masa  tu.


tak sangka dapat jumpa contestants massa Philips ultimate cook off aritu. hehhe. lagi la deborr seab yang menang 3rd prize aritu join sam untuk contest kali ni.


sebab resepi ni sangat mudah maka cepat lah saya memasak kan. tapi tapiii bila dah siapkan plating risau pulak makanan saya sejuk. ok lepas ni dah tau, kalau masuk contest memasak make sure the dish is still warm. makan panas2 lebih berselera kan...

saya join suka2 tak berhajat nak menang sangat pun. semua orang ingredient dia banyak n wahh kevavoom. so memang tak confident akan menang punya lah. resipi ni memang sempoi sangat n semua orang boleh buat.


line of judges
 
Alhamdulillah rezeki menyebelahi diri ini apablia makanan dapat menambat hati juri. actually pertandingan ni tak sengit sangat sebab pihak lawan yang category sama ialah sorang je.. tapi event kali ni relax sikit lah compare dengan dulu. lesson learned kan..

line of contestants
 
line of category winners
 

hadiah yang Berjaya di bawa pulang. yippieee

masterchef at homein action

sempat bergambar dengan chef pujaan. dah la cantik. pandai memasak. memang respectlah!!

okay boleh masuk buku servis and update HRMIS lah lepas ni.. lolll


untuk menu yang category winners yang lain, kena la tunggu Her World December issue nanti ye. lepas ni kita cuba nasib lagi okay. saje suka-suka.



xoxo,

Monday, June 30, 2014

Philips Ultimate Cook-Off Competition. Yoohooo


Assalam and have a good day!


pheww dah lama gila tak update blog sebab mostly update dekat facebook dengan instagram je.. tapi harini macam semangat sikit lak nak share new experience *okay jakunnn*


Haritu page Philips Home Living Malaysia ada buat contest suruh submit resepi tanpa gunakan minyak. so kita pun saje2 la up 4 resepi (max up to 4 recipes je) yang kita pernah masak.. So takde la mengharap sangat nak menang pun.. By the way, mission tahun ni memang nak join contest sebba teruja tengok 2 orang facebook friends ni selaluuuuu je update dia menang itu ini tau. So, joining contest can be a passive income jugak kan?

Seingat kita la kan, pernah menang 3 contest je sebeum ni. SUbmit artikel untuk editor dekat majalah Eh! dapat set barang ZA. Lepastu dapat hamper Johnson's and paling besar sekali time tu ialah Nike Cronorgraph Watch sebab call hitz.fm nak teka lagu. Masa sekolah dulu memang rajin sangat dengar radio. *okay takde sape nak dengar cerita kau arina*


Haritu dapat call dari Philips n i am one of the 10 who is shortlisted untuk Philips Ultimate Cook-Off Competition. Hoi mesti la teruja gila kannn tapi cuak la jugak takut kena masak resepi yang submit aritu. Oh, kalau nak tau resepi yag buat kita masuk final ialah Roti Berlapis Daging Keju. Tu first time buat sendiri. Pernah rasa sekali je masa cousin buat. Alhamdulillah.


Dengan excitednya packing barang itu ini, so competition berlangsung pada 28th June 2014 (Saturday) di AEON BIG Subang Jaya. Quite nervous jugak sebab tak pernah masak depan orang ramai apatah lagi masuk pertandingan memasak!!! Each of us will pair with a blogger!! Dan saya telah dapat blogger melastik bintang as partner. Cuak gak kena masak dengan strangers, kot dia tak suka aku ke kang.. kena ada chemistry yang penting




Main ingredient kitorang hendaklah berasaskan ikan. Dan dapat sesi pagi. yeayyy. sesi pagi ada aura lagi. ecehhh


Kitorang diberi bauce rm50 dari AEON Big untuk beli groceries. Hurm, mula2 nak masak dorry fish. Tapi dorry fish frozen, Mana sempat nak defrost oiii. Nak beli salmon takut x cukup duit lak. So aku suggest masak pais ikan pari. Ikan pari tak payah nak siang2 dah.. sonang.. N rasa nak buat kerabu epal as hiasan. Sebab letak english salad macam tak sesuai kan..

Kitorang diberi masa 20 minit unruk shopping n 45 minit untuk masak.. huuhhu. sudah tentu la gabra time tu takut tak cukup masa. Before tu staff philips bagi chance usha2 rack groceries, apa barang nak beli..


memandangkan kita tak tau rasa pais camne, so kita laysafe namakan dia pari bakar je



inilah sous chef yang berdedikasi, chef MB. sangat banyak membantu ringankan kerja. hoi kalau buat sorang2 mesti tak siap aku masak

menu kita memang paling lame lah.. lauk kampung je weh. segan okay.. menu orang lauk semua vogue de vasss giteww. memandangkan menu yang tak berapa kreatif, maka dapat lah Philips Pressure Cooker. Thank you Philips. Bagus jugak sebab rumah takde pressure cooker lagi


Oh, sebelum contest dah usha2 dah kat internet resepi guna airfryer. sebab dah agak dah airfryer mesti ada sebab hadiah pertama sampai ketiga semua ada airfryer. Recommended sangat la airfryer ni. Senang keje. Tak messy. Jimat masa. Cepat masak dannn jimat duit tak payah beli minyak masak!! Maka dengan itu aku kena beli sendiri sebab tak menang. sobsss sobsss


Ni salah satu aksi kitorang. Nak tengok banyak lagi, hang pi usha kat page Philips Home Living Malaysia okay. tak pun pi instagram dan search #PhilipsMYAirFryer




nah video yang dirakam penuh kasih sayang oleh sang suami




kalau nak dengar ape komen juri, sila lah play okay

sesi pengadilan adalah sesi paling endebarkan sebabnya kita tak rasa langsung pun yang kita masak...


dan last sekali gambar suami tercinta, my big supporter yang of course la excited jugak... hahhah


alhamdulillah, seronok sangat dapat join contest ni sebab dapat ramai kawan and diorang semua memang happening. excited lah. pengalaman sangat. lepas ni takkan jemu nak masuk contest. inshaAllah ada rezeki kita menang.. kan??

okay ni resepi pari bakar saya nak share

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 -6 kepingan ikan pari, cuci bersih dan ketepikan
1 genggam daun selasih (optional)
5-6 helai daun kunyit (untuk alas)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar santan pekat
2 camca besar penuh cili kisar
Daun pisang secukupnya - sy guna aluminium foil

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai 
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan2 tumbuk halus dengan santan, cili kisar, jus limau kasturi dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata. Masukkan ikan pari tadi dan gaul rata2. Perap sekejap dalam 15 minit.

Sementara itu sediakan aluminium foil. Alas dengan sehelai daun kunyit. Kemudian letak kepingan ikan pari yang diperap tadi, letak juga rempah2nya. Tabur sedikit daun selasih, kemudian bungkus elok2 dan semat dengan pencungkil gigi. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.

Kemudian panggang hingga masak, kurang lebih 25 minit. Hidangkan panas bersama nasi atau boleh makan macam tu sahaja. Kalau tak cukup masam, perah lagi jus limau kasturi.

chef marina advise, kalau tutup rapat aluminum foil dia jadi kukus. so bukak sikit. bila dah half way cook, tanggalkan aluminium foil n bakar lagi.

ni pulak resepi kerabu epal

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 biji lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.



okay... salam ramadhan mubarakh


xoxo,