Showing posts with label mimithecat. Show all posts
Showing posts with label mimithecat. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Bad Review Cat Boarding in Petsmore


Tadi baru lepas cerita keseronokan boarding di Kitten Cottage. Ada kisah kenapa saya boarding situ. Alkisahnya first time saya nak boarding cat ni.. Kebetulan masa tu masuk Petsmore di Festival City Mall. Rupanya member cardholders dapat free boarding 2 night every year. Apa lagi, kebetulan nak ke JB masa tu, saya pun try la kat sini.. Kalau ikutkan harga boarding di sini ialah rm36.10.. ada seposen ye. tak faham aku..

Tempat boarding ada 2 je. Satu di Wangsa Melawati and lagi satu saya tak ingat.. hehehe

Maka tiba la hari boarding.. Mujur saya standby bawak toys Mimi takut dia boring. Dekat Kitten Cottage saya tak bawak pape sebab sana dah sedia selimut, toys, scratcher n play time. Hurm, masa survey aritu tak banyak anjing. Masa check in banyak pulak anjing. semuanya bising2. Saya risau la Mimi stress

kain tu mujur la ada dalam carrier Mimi. Kalau tak dia provide jamban je okay!!

bila nak pick up Mimi tu saya syukur Mimi still ada. Yang paling saya marah, masa nak pick up dia boleh tanya saya mana satu Mimi.. rasa nak tampo je kat situ.. hoiii kalau macam tu siap2 boleh mengaku kucing dia tau tak.. dah la dengan takde label nama Mimi.. Time ni saya bawa wet food sebab Mimi memilih makanan lagi. Say atanya dia makanan Mimi habis everyday atau tak pun dia tak reti jawab. Nampak sangat tak observe pet kat situ. Geram betul saya

Insiden kedua bila kami nak balik raya Haji. Kali ni suami pulak jadi member. heehhe.. walaupun menyampah dah, saya tetap hantar. Pasrah... Kali ni pulak, saya tak dapat ambil Mimi on time. Pagi tu saya call, kalau nak extend satu malam lagi boleh tak. dia kata fully booked dah.. so saya terpaksa la balik jugak before kedai tutup

Malang nasib saya bila jam teruk gila raya Haji aritu. Memang tak sempat sampai KL la before 10pm. Terpaksa call semula lagi, and kali ni dia kata boleh je extend. Hampeh betulll. Menyirap je rasa tau. Maka kena la tambah rm36.10 tu...

Bila esoknya husband saya pick up, dia boleh tanya lagi Mimi yang mana walhal kat situ semua anjing. Bengong betul..

Dah la servis check in lembab gila.. Sangat lembab walau banyak staf. Lepastu tak cek pun kucing kau dah vaksin ke belum. Tak hadap pun buku Medical Mimi tu..

haihhh kesimpulan di sini hantar meow kat sini bila free je.. hahhaha.


Review Boarding di Kitten Cottage

Hurm, 5 hari nak meninggalkan adik kesayangan saya si Mimi yang sangat comel. Kali ni saya hantar boarding di Kitten Cottage di TTDI. Reason saya letak sini adalah tempat yang lebih selesa, ada playtime, ada scratching post dan lebih berbaloi and yang penting hanya untuk si manja meow sahaja. Kerana semua ciri-ciri yang disbut tadi takde di tempat boarding yang lama iaitu Petsmore.

Dari rumah nak ke TTDI takde la jauh sangat. Harga boarding di sini rm35 per night. Okay la tu. Janji Mimi gembo tak tension

Kedatangan disambut oleh tuan tanah kedaung bernama Alvin

Saya dah booking tempat ni sebulan sebelum tu takut penuh. Bagusnya kat sini dia cek medical book Mimi. Bila latest vaccine. Bila latest deflea. Bagus la...


Ni kawasan kedai. Best n cosy kan.. Terasa nak jadi kucing

Banyak jugak barang yang dijual





Kedai ni buka dari 11 pagi dan tutup pada 7 petang. Maka saya kena extend mimi berholiday di sini lebih satu malam sebab flight saya sampai KL pukul 7.45 malam. Hamboii seronok mimi. Rasanya lebih 7 hari boarding baru ada diskaun 5% kot



Ni pintu nak menghala ke pet hotel. Ada 2 layer pintu. Bagusla.. selamat sikit. At least bila ada meow terlepas masuk pintu lagi satu, pintu lagi satu still tertutup.



Untuk mimi kakak sewakan condo. Condo je la. Mimi sekor je pun. Selesa kan?

Ini Mimi gembo mengenang nasib bila kena holiday kat hotel

Ini pulak 2 ekor penjaga kawasan. Hehe. X la, meow tu owner dia request main kat luar



Banyak la kawan Mimi kat sini

Mimi mula hissing bila nampak meow lain kat luar. Dia kan indoor cat, main dengan kitorang je la

Tempat baru kena sniff dulu.. Ada bau meow lain..

Sini disediakan scratching post. Takde la meow stress

Jiran sebelah Mimi

Kitten Cottage guna Crystal Sand untu cat litter mereka. Plus diasingkan tempat tido dan tempat yak yak




time to say bye bye with Mimi. Kakak nampak confident sikit.

Bila pick up Mimi aritu, respond guardian kat situ cakap Mimi lincah. Tak gaduh dengan meow lain. Tapi hissing. Hissing tu biasa la.. Yang penting Mimi mengada. Pagi2 dah menempel kat pintu condo merayu bawak keluar

Mana tak nye, kat rumah dia x duduk dalam cage and freedom. Pagi2 pun kejut kitorang meow meow luar bilik

Saya recommend sangat boarding dekat sini. Masa kakak pick up mimi, Mimi tido dalam cat litter box. Bertuah adik kakak!! Guardian terus spray badan Mimi bagi wangi and tak payah mandi bila balik rumah.. yeayyy

untuk details kitten cottage boleh pergi facebook dia ok atau blog mereka


okay, bye kakak kakak, Mimi pergi dulu.. xoxox