Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Online shopping experience with Lazada

Salaam readers,

I'm not online shoppers freak, but I do like online shopping. Previously I have blogged about my online shopping with Tesco and parkson. and it was a good experience and I am pelanggan tegar tesco online shop. Takde la tegar sampai every week spend rm400 beli barang dapur.. Haihhh


Sejak pertama kali masak guna airfryer, memang gelisah bila balik rumah. Rasa mcm "ahhh bestnya kalau ada airfryer". Hisham oun teruja dengan airfryer. Macam dah bagi green light suruh beli je.. Huhu


Entah macam mana ari sabtu aritu hati meronta2 nak beli.. Usha instagram yang jual barang dari UK, harga dia paling murah rm630 macam tu. Tapi cam biasa la ETA mesti 2-3 bulan lagi.. Siap announce kat social media mintak tolong kawan2 recommend insta atau shoppers dari UK atau malaysia yang ada jual philips airfryer. Sekali kawan i cakap lazada jual RM849 je... Bezala rm200 dengan harga dari UK kan.. Tapi, ni beli paling koman 5 hari dah boleh dapat. Plus husband pun suruh beli kat lazada je...


Okay, sebelum tu google jugak service lazada ni. Basically yang bad experience with lazada ni around tahun 2012 macam tu masa lazada baru muncul. Memang banyak complaints. Bila tengok latest review around 2013 dan 2014, ramai puji service diorang ni. So, saya tak la risau sangat


Tips nak shopping di lazada ialah usha harga barang yang hendak beli. Maksudnya, macam saya nak beli airfryer, saya searching dalam search box n keluarlah airfyer dengan pelbagai harga. Kenapa ada banyak harga? Sebab ada banyak seller yang iklankan kat situ. And periksa jugak what the seller offers

Lagi satu, macam saya, bila type airfryer akan keluar listing macam bawah ni..



my target is to go for analog airfryer (squared with purple line). so, nampak dia sama harga kan? tapi satu with local warranty dan satu lagi dia bagi international warranty. both ni dari seller yang berlainan. kalau tengok harga asal pun different each other kan..

Kalau saya taip air fryer (with spacing), ada 2 results macam gambar bawah ni..




Harga dia? Beza sangat2. Maka berhati2 lah jika membeli dan jadilah pengguna yang bijak berhemah macam saya.. Ehhh...


Saya amik dari seller Setia marketing sebab dia offer 2 years local warranty as advised by my husband.


Sebelum ni i dah sign up lazada, tapi tak ingat password. So, saya sign up lagi sekali dan saya dapat rm10 voucher. Yang bestnya sebab time tu jugak boleh guna voucher tu. So harga airfryer saya dah kurang rm10. Helloo rm10 tu meaningful okay untuk rakyat marhaen macam aku ni


Lazada offer free shipping seluruh Malaysia tapi dengan syarat. Shipping fee akan dikenakan jika...

  • East Malaysia - RM 25 shipping fees for orders below RM 80
  • West Malaysia - RM 15 shipping fees for orders below RM 75
  • Klang Valley - RM 15 shipping fees for orders below RM 70

So seronok kannn.. Hari sabtu saya order, hari sabtu tu jugak lazada bagi email confirmation dan hari selasa barang dah sampai!!! Seronok sangat. So sangat efisyen la service diorang ni (tak boleh puji lebih2. lol)



and my philips airfyer arrived in my office safe and sound. 


Saya pilih option payment by cash on delivery. Sebab takut la bayar awal nanti barang tak dapat ke.. Barang rosak ke.. Sebab first time kan.. When you choose to pay by COD, nanti orang courier akan call before deliver barang. Dia call bagitau amaun yang kita perlu bayar. Macam saya, courier call cakap barang saya rm849. Eh mana discount dari voucher pergi? Dekat receipt lazada cakap rm839. So diorang advise call lazada sebabnya walau apapun, kita kena bayar harga yg tertulis pada receipt courier. Sebab diorang bukan orang lazada.. Lepas dapat confirmation dari lazada, diorang suruh saya bayar rm849 dan nanti lazada akan refund rm10 tu. Okayy


Lazada jugak bagi voucher RM 40 when purchasing over RM 250. Tapi voucher ni akan dapat upon payment done lah...


ada pros and cons beli dari lazada ni.. yang tak bestnya kita kena cek sendiri barang tu elok ke tak and anything kena call lazada. sebab mamat courier tak tau apa2 pasal barang yang kita beli. dia hantar barang je.. so, make sure u know how to use that stuff lah..


tesco online pun ada offer delivery untuk electrical appliance jugak, tapi i tak try lagi..


okay, tu je sharing harini. harap2 kalau korang try service lazada ni have a happy and good experience lah kan.. boleh la shopping lagi

anything regarding philips product untuk specialty cookware u all boleh cari di sini --> http://www.lazada.com.my/shop-speciality-cookware/philips/ atau terus ke page lazada untuk shopping lagi banyak untuk raya --> http://www.lazada.com.my/


US ada amazon, Malaysia ada lazada!

xoxox,

Wednesday, July 2, 2014

Online Shopping dengan Parkson

ermm kita memang kaki online shopping.. terjebak online shopping parkson baru sekali ni je la.. sebab masa tu ada promotion untuk maybankard. apa lagi.. kita pun beli la.. actually nak cari hadiah kahwin kawan..

rupaya takde delivery charges!! best gilaaaa. faham tak best gila bila takde delivery charges tu camne?? hanya orang yang memahami je faham.. sebab tak payah naik kereta, tak payah cari parking, tak payah queue kat cashier counter, tak payah bawak barang berat.. dan tak payah lenguh kaki




any postage memang akan hantar kat rumah in-law sebab rumah sendiri mana la ada orang time weekdays. ayah mertua pun terkejut sebab depa hantar guna lori!!! hahahha.. lepastu kotak besar gabak siot.. padahal beli barang kecikkkk je. saya beli baking dish ada 2

sebab fragile, maka di abalut la banyak2.. bubble wrap memang banyak lah.. lepastu dalam tu ada kotak lagiuntuk wrap betul2 saiz baking dish tu...

alhamdulillah semuanya elok.. seronok sangat sebab prmotion dapat half price. murah weh

sekarang tak sabar lagi nak dapat sms dari maybank untuk announce maybankard offer untuk parkson. valid jugak bayar via credit card under maybank tau..


happy shopping!!!


xoxox,

Wednesday, March 12, 2014

Online shopping dengan tesco

Vavavoommmm...

Wah agak lama menyepikan diri. Sebenarnya dah lama nak share few things dalam blog ni. Tapi asyik tak menyempatttt je.

Okay sejak januari aritu, dah jarang membakar lemak sambil shopping.. Pasai apa... Pasai dah boleh beli barang dapur online je.. Wah berjoget joget lah lemak kat muffin top dan paha

Sebenarnya dah lama tesco perkenalkan online shopping website ni.. Since i member clubcard, so selalu la dapat evoucher. Tapi buat tak herannn je dengan voucher tu. Tak terfikir pun nak try. Sehinggalah suatu hari stok barang dapur dah habos dan malassss gila nak keluar gi tesco. Lalu si suami pun berkata "apa kata awak try tesco online?"

Hurm.. Seronok gak kan.. Maka si suami lebih gembira bila isteri setuju dan dia pun tak perlu tunggu kita shopping berjam jam. Ye! Shopping barang dapur pun mengambil at least 2 jam di store walaupun dah buat list yang berhemah. Tapi bila nampak benda lain tu hati meruntun jiwa lah.. Mula berdiri tercongok depan rak fikir "should i buy? Shouldn't i?"

Oh, memang suka pi tesco sebab dia selalu bg voucher. Tu je pun.. Dan tu je yang dekat dengan rumah. Tapi memang suka sangat lah gi tesco sejak dulu masa skolah lagi

Memandangkan pengalaman pertama beli online, so takde la beli fresh item sebab perasaan takut still ada lagi. So sayur ayam tu kena lah pegi kedai. Takut mencuba.. Huhu

Bila first delivery barang yang diterima sangat memuaskan hati, so next shopping try beli segala bagak sayur dan ayam. Sayur yang diorang hantars segar2. Ayam i beli by parts sebab whole chicken tu diorang x potong kot. Bawang merah yang timbang pun semua okay. Lagi la suka nak try lepas ni. Sebab kalau pegi tesco mesti kadang2 tinggal bawang yang buruk2. Lepastu kena cangkuk tertonggek tonggek pilih bawang paling cantik. Penat koy. Kadang2 kecewa, terpaksa beli yang dah pek. Lagi haru penah pek pon dah x cantik. Kentang pun bersihhhh je. Suka sangat

Pada pembelian seterusnya ada jugak dapat pengalaman dpt bawang n kentang x cantik.. So, menyesal puji lebih2. Haha.. So sebenarnya it depends pada staff yang pilihkan barang kita tu kot. So far ok la..

Kalau item yang beli ti takde, diorang ganti yang lain.. Tapi kalau x nak barang yang diorang recommend boleh je reject. Atau barang yang sampai condition x elok, boleh pulang semula. Sebab payment is cash on delivery

Sini ada step dia..

Pergi http://eshop.tesco.com.my

Dan booking slot awal2. Tapi dalam masa sejam je kot.. Kalau lepas sejam, kena book slot semula



Pilih barang yang nak dibeli



Checkout n Confirm your order


Buat payment. Kalau ada evoucher, masukkan kod. Mcm i dpt rm20 voucher sebab isi survey aritu. Rasanya korang x boleh guna kot kod ni sebab kena log in guna email masa i submit survey. Hehe



Tesco akan senaraikan order for confirmation


So tadaaa dah siap. Boleh change, edit atau cancel order jugak..

dapat tracking history bila kita shopping



Ye shopping every week sebab fridge 2 pintu je.. X muat buat stok banyak2

So apa yang best online shopping di tesco ni ialah:


  1. Tak payah susah payah tukar baju yang elok untuk keluar rumah. 
  2. Tak payah susah susah redah traffic jammed atau hadap traffic light yang banyak
  3. Tak perlu cari parking
  4. Tak perlu angkat barang berat2. Nak nak macam kita rumah kena naika tangga, kalau beli x ingat dunia. Dah sampai rumah seksa senget senget badan angkat barang
  5. U tend to spend more bila shopping offline. Sebab kalau online u boleh sort item by price. So tak perlu lah time depan rak tu terfikir fikir nak beli mana satu yang bagus
  6. U can control your expenses. Sebab nya kat tepi screen ada tulis berapa dah total price u spend. So boleh la bajet kan..
  7. Boleh kurangkan perasaan membeli barang yang x perlu. 
  8. Boleh tambah atau kurangkan order sehari sebelum barang anda sampai. So sempat la lagi cek apa yang tak cukup kat dapur tu. 
  9. Bagi yang ada anak kecik atau pregnant, nah.. Baguss sebab xda la anak merengek nak jajan atau permainan. Yang pregnant duduk rumah tunggu abang tesco sampai je
  10. Boleh bayar guna kredit kad atau debit card. Tapi yang tak best tak boleh guna american express. Haihh.. Tapi aritu berpengalaman line wireless reader diorang problem, so esok tu baru diorang datang amik payment. So berlaku kejujuran di situ.
  11. Barang yang kita pernah beli akan automatic masuk dekat tab favouite. So kalau nak shopping lagi, just masuk favourite je untuk pilih most frequent item u bought. x payah pening pening
Hurm.. Banyak betul kebaikan. Tapi mak kita cakap, "makin gemukkkk la orang orang kl".  Tapi ok ape sebab kl kan jammed je

Oh, penang dgn jb pun dah ada online shopping ni tau. Apa lagi, jom simpan lemak!