Showing posts with label organizing. Show all posts
Showing posts with label organizing. Show all posts

Friday, November 8, 2013

fully utilized the kitchen top

haritu electric oven rosak, bila dah repair, i'm thinking to change the position.




sebelum ni oven tu, saya letak kat sebelah thermos. memandangkan kat sudut tu space tak guna dengan bernas, so saya alihkan. maka, jadi la oven letak kat tengah2 bucu tu (i dont how what does it call). faham ke? hahaah

so, saya ada la space untuk letak pinggan ke ape ke sebelah cerek sekarang.. saya jenis tak suka sangat letak banyak barang atas kitchen top. fruit juicer tu pun tak tau nak campak mana. memandangkan ianya kerap digunakan in a week compare dengan blender, periuk nasi, blender atau toaster, so saya letak la dia kat situ. mana kitchen aid yang jarang guna tu, semua letak dalam cabinet. takde la berhabuk camtu je..


stop . drop . roll !!



ini view dari cooking area (cum laundry area). dalam kata lain, bahagian luar lah!. heheheh

oh, gambar diambil time pinggan mangkuk dalam dish drainer dah kering. bukan nak gambo macam showroom, tapi ini memang keadaan rutin. dish drainer tu penuh time lepas masak je. actually nak tukar dish drainer lain, tapi sebab yang ni masih elok lagi, beli since masa bujang, so guna je la.. cuci mata je tengok dish drainer kat supermarket atau ikea, ssf atau mana2 kedai. huhu...


if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxo,

label for kitchen-hold and spices

sesungguhnya labelling ni perlu untuk suami saya bila saya takde kat rumah. tak de lah susah dia nak cari barang kan. bukak satu2 tupperware. end up ada tupperware tak tutup rapat. nampak macam tadika atau 5s di kilang bila buat labelling ni. tapi kalau buat labelling cantik2, takde la tadika sangat.. hihihi


label untuk teh, kopi, milo, gula, susu tepung. ermm kiranya ni bahagian drinks lah. belakang container tu ada letak kordial, biskut, nutella. label inggeris? hurm, ni ambik template dari martha stewart je.. kita print mana yang berkenaan je lah.. print atas glossy sticker paper. tadaaa




ini pulak tepung dan keturunannya. saya jenis tak suka bukak tepung lepastu ikat, sebab messy nanti berabuk2 kitchen top. so, semua letak dalam bekas. actually, mak yang ajar buat camni. tapi bila dah bukak tepung dari packaging, mana lah nak ingat tepung ape kan. dah la semua lebih kurang sama je.. maka, kena lah label. kang nak buat jemput-jemput, terguna tepung pulut pulak... hahhha

mana yang martha stewart takde label tu, contohnya caster sugar, saya design lah sendiri...

untuk gula merah tu tak buat lagi sticker label dia.. hehehe..

oh bahagian belakang2 tu, kira pantry area lah. cheh. ada pasta, maggie, agar-agar, lasagna sheet. beras basmathi, ketupat segera (standby), bihun, semua yang masih dalam packaging. clip je. tak letak dalam container pun. sebab benda camtu cepat habis.





yang tiga atas tu pulak, labellinng pada kabinet dapur masak. hurm, dah melendut dah kayu tu. sebabnya, dulu bahagian atas letak yang berat macam bawang, kentang semua tu. dah jadi tak cantik. tak terfikir pun benda tu berat. huhu...

oh, kalau tak label rempah macam tu, hoiii mana lah aku kenal. haha.. lain la macam kayu manis, bunga cengkih tu. kalau resepi ada jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, ha. kalau tak label, tak ke menjajoooo carik telek satu2 kat plastik. takpun, kena bukak wikipedia, cari gambar jintan manis macam mana, jintan putih macam mana..

so, cara ni sangat berguna untuk label rempah. spice label saya buat sendiri je. semuanya recycle dari bekas door gift kenduri kawin. saya suka betul pergi kenduri kawin dapat bekas camni. sangat berguna. doorgift lain tak moh. hahhaha... jangan kecik hati naaaa

labelling ni di buat pada yang berkenaan sahaja..

okay tu je saya nak kongsi..

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxo,

ruang simpan penyapu dan mop

tight space need me to use the space wisely. maka, perlu lah menggunakan cara ini..


belakang pintu, yang jauh dari pandangan mata. penyangkuk tanpa paku. tak perlu ketuk bagai. hihi.. selalu guna mop je... wiper, dengan penyapu tu guna sebab masa baru pindah je, nak bersihkan rumah..

by the way, penyodok takde kat sini. hurm, tips saya, sila lah spend duit lebih sikit beli penyodok yang boleh lipat dan jimat space. kalau tak jadik macam penyodok saya, mencacatkan pandangan... huhuhu


tertonggok situ sorang2. kan sakit mata kalau pandang tu.. haihhh

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!


xoxo,