Monday, April 28, 2014

Second hand furniture for sale

Salaam..

Previous post ada mengadu nak beli sofa baru tapi nak tunggu lunyai. But thanks to fiza sebab bagi cadangan untuk jual mana yang tak guna since barang barang tu elok. Good idea. Tak terfikir pun. And i was proposed that idea to my husband and yeayyy he agree.

I just post the same advertisement in mudah just now. I got 4 items to let go. Our sofa, tv cabinet and bed.


TV Cabinet
RM 200 (nego)
 Condition : 9/10
 All Still In Good And Perfect Condition
 
 Reason for selling: upgrading to another cabinet
 Tips: Do not use wet cloth for cleaning

SOLD

L Shape Sofa
RM 250 (nego)
 Material: Fabric and PVC
 Condition : 9/10
 All Still In Good And Perfect Condition
 
 Reason for selling: upgrading to another sofa

SOLD


Only serious buyer needed. Self pick-up in kuarters jalan duta (delivery services not provided).



All items baru je setahun guna. Tu la.. Beli asal boleh nak hidup je masa tu kan.. Alhamdulillah so far all items are still in good condition. Kami beli sofa and tv cabinet di kedai perabot biasa2 saje di alam damai.

inshaAllah if item sold, will look forward to buy the new one. Ini semua gara-gara cuci mata dekat ikea dengan macy lah ni, rasa nak beli sofa dan tv cabinet baru. huuhuhuh

if you interested, whatsapp me at 0196695062 or drop your words at the comment box. kalau ada kawan2 yang baru nak hidup and cari furniture, sila sila lah bagitau ye..

tq




Friday, April 18, 2014

limited space in one-bedroom apartment

hurm gigih... gigih nak up post jugak. ni semua gara-gara cabaran mac april susun atur sioca.

actually i don't have a tips macam mana nak keep family area sentiasa organised. sebabnya takde tetamu pun nak datang rumah. so rumah always keep maintained. lol

okay i lived in one bedroom apartment a.k.a studio. so, the space is very limited.

here is some snapshot of my family area. actually a living room too. so, anybody came to our house will be a family lah kalau panggil family area. hehhh

since it is also combine with dining area, and tight space, so tak dapat la i melaram dengan some sort bookshelf as a border ke apa sebab lagi buat tempat nampak sempit. dining set nak yang 6 chair jugak sebab senang family datang. so this is not really cozy of my house. tapi okay la.. baru nak hidup kan :P

oh kami menunggu masa supaya sofa rabak. nak beli sofa baru. awal2 hidup dulu main beli yang murah je...


hurm carca merba kan rumah. x tahu la nak deco camne. can u give me any idea.. selalu nak buat ala-ala Scandinavian deco gitewww tapi x jadik pon. sobs sobsss



ignore kotak bawah meja bulat tu


oh.. satu tv, n satu monitor untuk husband main game. so takde la adegan berebut channel tv. padahal tv ni guna bila lipat kain je dengan time makan. masa lain lebih prefer belek internet via ipad je..

rasa nak attached tv dekat dinding. tapi nanti mesti nampak wayar berselirat jatuh ke bawah sebab plag kat bawah... x nak la buat plug lain bahagian atas. any tips to share??


okay dah itu sahaja mahu kongsi. actually my house is always neat. not exactly really neat la.. ada jugak habuk2. paling worse pun jika ada timbunan baju tak lipat. biasa la duduk berdua je dengan suami.


do share any tips, ideas or comment for this post yang ermmmm tak la semenggah mana pun

tq!

penaja entri cabaran kali ni ialah  www.rehanswardrobe.blogspot.com dan www.akubukanpenulistegar.blogspot.com

Wednesday, March 12, 2014

Online shopping dengan tesco

Vavavoommmm...

Wah agak lama menyepikan diri. Sebenarnya dah lama nak share few things dalam blog ni. Tapi asyik tak menyempatttt je.

Okay sejak januari aritu, dah jarang membakar lemak sambil shopping.. Pasai apa... Pasai dah boleh beli barang dapur online je.. Wah berjoget joget lah lemak kat muffin top dan paha

Sebenarnya dah lama tesco perkenalkan online shopping website ni.. Since i member clubcard, so selalu la dapat evoucher. Tapi buat tak herannn je dengan voucher tu. Tak terfikir pun nak try. Sehinggalah suatu hari stok barang dapur dah habos dan malassss gila nak keluar gi tesco. Lalu si suami pun berkata "apa kata awak try tesco online?"

Hurm.. Seronok gak kan.. Maka si suami lebih gembira bila isteri setuju dan dia pun tak perlu tunggu kita shopping berjam jam. Ye! Shopping barang dapur pun mengambil at least 2 jam di store walaupun dah buat list yang berhemah. Tapi bila nampak benda lain tu hati meruntun jiwa lah.. Mula berdiri tercongok depan rak fikir "should i buy? Shouldn't i?"

Oh, memang suka pi tesco sebab dia selalu bg voucher. Tu je pun.. Dan tu je yang dekat dengan rumah. Tapi memang suka sangat lah gi tesco sejak dulu masa skolah lagi

Memandangkan pengalaman pertama beli online, so takde la beli fresh item sebab perasaan takut still ada lagi. So sayur ayam tu kena lah pegi kedai. Takut mencuba.. Huhu

Bila first delivery barang yang diterima sangat memuaskan hati, so next shopping try beli segala bagak sayur dan ayam. Sayur yang diorang hantars segar2. Ayam i beli by parts sebab whole chicken tu diorang x potong kot. Bawang merah yang timbang pun semua okay. Lagi la suka nak try lepas ni. Sebab kalau pegi tesco mesti kadang2 tinggal bawang yang buruk2. Lepastu kena cangkuk tertonggek tonggek pilih bawang paling cantik. Penat koy. Kadang2 kecewa, terpaksa beli yang dah pek. Lagi haru penah pek pon dah x cantik. Kentang pun bersihhhh je. Suka sangat

Pada pembelian seterusnya ada jugak dapat pengalaman dpt bawang n kentang x cantik.. So, menyesal puji lebih2. Haha.. So sebenarnya it depends pada staff yang pilihkan barang kita tu kot. So far ok la..

Kalau item yang beli ti takde, diorang ganti yang lain.. Tapi kalau x nak barang yang diorang recommend boleh je reject. Atau barang yang sampai condition x elok, boleh pulang semula. Sebab payment is cash on delivery

Sini ada step dia..

Pergi http://eshop.tesco.com.my

Dan booking slot awal2. Tapi dalam masa sejam je kot.. Kalau lepas sejam, kena book slot semula



Pilih barang yang nak dibeli



Checkout n Confirm your order


Buat payment. Kalau ada evoucher, masukkan kod. Mcm i dpt rm20 voucher sebab isi survey aritu. Rasanya korang x boleh guna kot kod ni sebab kena log in guna email masa i submit survey. Hehe



Tesco akan senaraikan order for confirmation


So tadaaa dah siap. Boleh change, edit atau cancel order jugak..

dapat tracking history bila kita shopping



Ye shopping every week sebab fridge 2 pintu je.. X muat buat stok banyak2

So apa yang best online shopping di tesco ni ialah:


  1. Tak payah susah payah tukar baju yang elok untuk keluar rumah. 
  2. Tak payah susah susah redah traffic jammed atau hadap traffic light yang banyak
  3. Tak perlu cari parking
  4. Tak perlu angkat barang berat2. Nak nak macam kita rumah kena naika tangga, kalau beli x ingat dunia. Dah sampai rumah seksa senget senget badan angkat barang
  5. U tend to spend more bila shopping offline. Sebab kalau online u boleh sort item by price. So tak perlu lah time depan rak tu terfikir fikir nak beli mana satu yang bagus
  6. U can control your expenses. Sebab nya kat tepi screen ada tulis berapa dah total price u spend. So boleh la bajet kan..
  7. Boleh kurangkan perasaan membeli barang yang x perlu. 
  8. Boleh tambah atau kurangkan order sehari sebelum barang anda sampai. So sempat la lagi cek apa yang tak cukup kat dapur tu. 
  9. Bagi yang ada anak kecik atau pregnant, nah.. Baguss sebab xda la anak merengek nak jajan atau permainan. Yang pregnant duduk rumah tunggu abang tesco sampai je
  10. Boleh bayar guna kredit kad atau debit card. Tapi yang tak best tak boleh guna american express. Haihh.. Tapi aritu berpengalaman line wireless reader diorang problem, so esok tu baru diorang datang amik payment. So berlaku kejujuran di situ.
  11. Barang yang kita pernah beli akan automatic masuk dekat tab favouite. So kalau nak shopping lagi, just masuk favourite je untuk pilih most frequent item u bought. x payah pening pening
Hurm.. Banyak betul kebaikan. Tapi mak kita cakap, "makin gemukkkk la orang orang kl".  Tapi ok ape sebab kl kan jammed je

Oh, penang dgn jb pun dah ada online shopping ni tau. Apa lagi, jom simpan lemak!



Friday, November 8, 2013

how to manage weekly menu for family?


oh sebelum ni saya jot down weekly menu dalam phone je..

sebenranya nak cari chalkboard with magnet. tapi tak jumpa pulak. jumpa magnetic whiteboard ni dekat daiso. selalunya orang akan tulis stok dapur yang nak dibeli. tapi groceries list saya simpan dalam checklist dekat phone je. senang bila nak shopping, cross je mana yang dah beli. plus, suami tak ambil tahu sangat pun apa yang dah habis. hehehe..

siapa yang pening tak tahu nak masak apa setiap hari, boleh jot down macam ni. maybe awak ada idea and deco yang lagi menarik. nanti share la ye... 

kebaikan buat macam ni, takde lah timbul dialog "arghhh boringnyee tak tau nak masak ape.."

so, suami pun takde la tanya "sayang, esok kita makan ape??"

kalau buat macam ni, okay suami dah tau.. plus, kita boleh beli groceries especially sayur yang mudah layu. bila buat macam ni, save duit, takde la sayur terutamanya, layu dan terbuang macam tu je.. and tak perlu nak gi kedai banyak kali...

and boleh siap2 marinate ayam atau daging bila korang perlu




jimat masa dan takde lah sakit otak kan?? oh, serabut sungguh fridge ni. hurm :((


if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!



xoxo,

ruang makan (dining area)


dulu meja makan macam ni



memang nak letak table runner je..

tapi rasa macam dull sangat sebab kusyen kerusi tu sama warna dengan warna meja. so im thinking to have a tablecloth. lagi pun, sayang kat meja, sebab dah ada calar2 sikit. sentimental okay.. walaupun tak lah mahal..


ya, macam tadika. hurm, confuse dengan identiti sebenarnya. sebenarnya nak yang putih plain, tapi kadang2 tengok fabric ikea yang meriah2 cantik pulak buat alas meja. bila buat kat meja sendiri, haih buruk pulak rasa.. arghh lantak lah. sedih betul dengan diri sendiri sebab tak reti hias rumah

saya nak table cloth yang boleh nampak elegant. hurm.. ape-ape je lah.. alas meja ni plastik tau material dia. so, akalu tertumpah ke ape, lap je. tak payah la basuh... coaster dengan place mat tu tergoda dengan design dia. maka carca merba lah dining area ni. sedih lagi.. do u have any idea?? oh semua barang adalah dari kaison. kecuali set meja makan la...

hehehhe

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxo,

fully utilized the kitchen top

haritu electric oven rosak, bila dah repair, i'm thinking to change the position.




sebelum ni oven tu, saya letak kat sebelah thermos. memandangkan kat sudut tu space tak guna dengan bernas, so saya alihkan. maka, jadi la oven letak kat tengah2 bucu tu (i dont how what does it call). faham ke? hahaah

so, saya ada la space untuk letak pinggan ke ape ke sebelah cerek sekarang.. saya jenis tak suka sangat letak banyak barang atas kitchen top. fruit juicer tu pun tak tau nak campak mana. memandangkan ianya kerap digunakan in a week compare dengan blender, periuk nasi, blender atau toaster, so saya letak la dia kat situ. mana kitchen aid yang jarang guna tu, semua letak dalam cabinet. takde la berhabuk camtu je..


stop . drop . roll !!



ini view dari cooking area (cum laundry area). dalam kata lain, bahagian luar lah!. heheheh

oh, gambar diambil time pinggan mangkuk dalam dish drainer dah kering. bukan nak gambo macam showroom, tapi ini memang keadaan rutin. dish drainer tu penuh time lepas masak je. actually nak tukar dish drainer lain, tapi sebab yang ni masih elok lagi, beli since masa bujang, so guna je la.. cuci mata je tengok dish drainer kat supermarket atau ikea, ssf atau mana2 kedai. huhu...


if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxo,

label for kitchen-hold and spices

sesungguhnya labelling ni perlu untuk suami saya bila saya takde kat rumah. tak de lah susah dia nak cari barang kan. bukak satu2 tupperware. end up ada tupperware tak tutup rapat. nampak macam tadika atau 5s di kilang bila buat labelling ni. tapi kalau buat labelling cantik2, takde la tadika sangat.. hihihi


label untuk teh, kopi, milo, gula, susu tepung. ermm kiranya ni bahagian drinks lah. belakang container tu ada letak kordial, biskut, nutella. label inggeris? hurm, ni ambik template dari martha stewart je.. kita print mana yang berkenaan je lah.. print atas glossy sticker paper. tadaaa




ini pulak tepung dan keturunannya. saya jenis tak suka bukak tepung lepastu ikat, sebab messy nanti berabuk2 kitchen top. so, semua letak dalam bekas. actually, mak yang ajar buat camni. tapi bila dah bukak tepung dari packaging, mana lah nak ingat tepung ape kan. dah la semua lebih kurang sama je.. maka, kena lah label. kang nak buat jemput-jemput, terguna tepung pulut pulak... hahhha

mana yang martha stewart takde label tu, contohnya caster sugar, saya design lah sendiri...

untuk gula merah tu tak buat lagi sticker label dia.. hehehe..

oh bahagian belakang2 tu, kira pantry area lah. cheh. ada pasta, maggie, agar-agar, lasagna sheet. beras basmathi, ketupat segera (standby), bihun, semua yang masih dalam packaging. clip je. tak letak dalam container pun. sebab benda camtu cepat habis.





yang tiga atas tu pulak, labellinng pada kabinet dapur masak. hurm, dah melendut dah kayu tu. sebabnya, dulu bahagian atas letak yang berat macam bawang, kentang semua tu. dah jadi tak cantik. tak terfikir pun benda tu berat. huhu...

oh, kalau tak label rempah macam tu, hoiii mana lah aku kenal. haha.. lain la macam kayu manis, bunga cengkih tu. kalau resepi ada jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, ha. kalau tak label, tak ke menjajoooo carik telek satu2 kat plastik. takpun, kena bukak wikipedia, cari gambar jintan manis macam mana, jintan putih macam mana..

so, cara ni sangat berguna untuk label rempah. spice label saya buat sendiri je. semuanya recycle dari bekas door gift kenduri kawin. saya suka betul pergi kenduri kawin dapat bekas camni. sangat berguna. doorgift lain tak moh. hahhaha... jangan kecik hati naaaa

labelling ni di buat pada yang berkenaan sahaja..

okay tu je saya nak kongsi..

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxo,