Tuesday, March 6, 2012

Bun Pandan

oh, semalamnya buat Pau Kaya, hari ni try buat roti pulak. semangat ada yis banyak kat rumah ni.. nak buat pizza, belum sampai seru lagi..  siap prepare asam pedas ikan tenggiri untuk lunch je, terus uli doh. perghh... doh kali ni agak degil kalau nak compare dengan doh pau semalam. mungkin sebab derhaka kat resipi tak guna tepung roti. malas lah nak drive kereta beli tepung roti semata2. tapi roti ni tetap gebu jugak..

oh, masa nak uli tu, asyik melekat je kat tangan. ada lah dalam 30 minit dah dok uli.. last2 pasrah je la biarkan doh tu dalam keadaan buruk. lepas dah siap perap selama sejam, i bahagikan doh.. still melekat kat tangan.. ""aish.. macam mana nak letak inti ni... nak gentel jadik bulat pun tak boleh.. confirm tak jadi ni.."

tapi sebab degil, still keluarkan bijan dan kaya dari dalam fridge. hasil dari pengalaman buat pau semalam, saya betul2 keluarkan kaya bila nak gentel, supaya kay atak cair.. sekali tengok, eh, boleh gentel lah pulak doh ni.. cantik je kena uli. terus semangat letak inti semua.. tercapai jugak hasrat nak buat bun ada inti..

sekali bila nak bakar, inti meleleh jugak.. :(( padahal dah uli elok je doh.. doh roti kali ni ;agi cantik dari doh pau semalam. tak tau macam mana boleh bocor. alih2 je ada lubang dekat doh, kaya mengalir macam air terjun ..

hurm, cubalah resipi ni. mesti menjadi punya..



BUN PANDAN
Sumber : kak ita

Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
140 ml air suam/ atau susu segar
1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner (ita letak bread improver)
sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
(kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)


  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sekali, sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.
oh, resipi water roux boleh tengok kat sini. tapi dalam resipi tu dapat 4 sudu besar, since nak buat bun guna 2 tbsp je, so, bahagikan 2 lah resipi tu eh.. 




tengok tu.. kaya banjir lagi.. :((

cook with love,

Pau gebu (Water Roux)

okay, tiba2 rajin pulak nak buat pau kan.. kalau balik rumah semangat memasak dia lain sikit... hurm, dekat kedai je tadi asyik tersasul je.. saya tanya nyonya tu, "pau yeo's mana?", sebenarnya nak cakap "kaya yeo's mana". .patut la nyonya tu mcm blur.. mak pun blur..

lepastu, nyonya tanya "yang ni je ke..." saya cakap, "eh tak.. mak ada ambik yis tadi.. ha tu.. (tunjuk kat minyak sapi)". sengal gila, nak cakap minyak sapi, pegi sebut yis. mak kata dah mengigau nak buat pau punya pasal.. buat malu je.. T__T



okay, nah amik resipi ni...


lepas ni kena belajar nak bagi letak inti betul2 dekat tengah dan nak simpul bahagian atas supaya pau cantik :)

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya

500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

( bahan yang digunakan semua yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.


2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

saya bahagikan setiap doh dalam 40g, dapat lah 20 biji pau yang gebu gebas :))


kejap je, 8 minit dah masak dah pau... 

abaikan lah kaya yang bersememeh tu.. saya guna kaya yeo's je.. sebab kaya tu rasa dia lemak berkrim.. susah pulak nak bentukkan pau ni rupanya sebab inti dia cair.. lepas ni kena lah belajar lagi. nak try dengan inti kelapa dengan chicken curry lah.. 


Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

pau ni tetap gebu sampai ke malam. walaupun bila dah malam, kulit luar dia dah jadi keras sikit, tapi dalam dia still lembut. macam mana eh nak dapat kulit pau yang lembut macam tisu macam jual kat kedai tu? selamat mencuba!


cook with love,

Wednesday, February 15, 2012

the deal is seal

5th February 2012 is just a date. but a special date for me. because the deal is seal. ouh, i'm officially booked to a man that i really love for the rest of my life. inshaAllah...


meet the hug-gable teddy bear, Mr. H.. loolololol... after 1 year we met, then we promised to get marry next year (inshaAllah). we still getting to know each other. still learning and studying about us :)) thanks Allah finally i met someone that can guide me. the one that i really looking for after 26 years ago. this first and last boyfriend i ever had


alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun ada berlaku tragedi ala-ala bridezilla. oh sungguh keji perangai ni.. 



di hari kejadian.. masa tu tak rasa apa2 pun. nervous tak, sedih pun tak.. bila flashback tengok gambar2 ni semula, baru rasa sedih. sedih la, semua orang dalam gambar ni doakan hubungan kita. kita kena pegang semua doa orang yang doakan kita masa ni.. sob sob.. 


no dais because i don't want it. i just need minimize decoration for my bedroom. that's all. why need to waste so much money to rent a dais for few hours that can cost almost rm1000? 


this is one of my favourite wedding favors in the goodie bag. yeah, got 5 stuffs inside it. but my dream is a cookie jar and a colourfull button cookies inside it. button cookies is a nostalgic cookies *wink wink* everybody will love that buttonaires.. 


hantaran from me to him. 7 berbalas 9. my cousin only snap 4 close up photos of the hantaran :( i hope more pictures coming in from other photographer because i'm really wanna see it on camera. 

this is the most fussy thing in the engagement preparation. i don't want such a dulang tembaga, or bakul anyaman or kotak and whatsoever. because i knew it will end up dusty. what such a waste. hence, i decide to have a white plate that bought from the ssf. it was made from a glass. and really need to handle with care. 

memang ada tragedi pun my lil' cousin terlanggar dengan kaki lalu stand dia pecah. memang dah pfffttt... terus pukul budak tu lalu dia nangis. kah kah kah. puas hati aku. nasib la tak pecah teruk, the stand break separately from the body, so it still can glued it up with gum pistol yang ajaib..


this is hantaran for me. i got telekung, kain, buah, choc moist cake, 3 set of towels, cincin yang wajib ada (wink!) dan penghulu segala hantaran; sirih junjung!



mak orang kuat. juga abah. even though got some drama about this engagement day, but then everything is going fine. that is all lessons for me. without them, i was nothing in this world.. 






actually banyak shot2 yang terlepas yang saya nak... this is some of the masterpiece..

dan last sekali aksi kami yang gedik2.. kakakak..


we are engaged! love is sweet, given or returned ~ ~ may this relationship lasts till the end. till death do us apart


p/s: ari sabtu birthday saya, tak sabar nak celebrate as a fiance! never celebrate as a girlfriend too. tapi tahun depan still tak sempat celebrate as a wife :(


with love,

Sunday, November 20, 2011

Puding Karamel Lapis Special

oh oh semangat. this is my first time experiment on caramel. cheh! loser gileeee... and i really love it sebab caramel dia tak banyak, so takda la muak sangat. and.. i love the combination colour too. this recipe taken from here. buat satu casserole, tapi tak puas makan sebab saya bawak balik satu polistren, anip bawak satu, hazim bawak satu, n tinggal satu bahagian untuk mak abah hadi kat rumah. lepas ni kena buat lagi sebab nak bagi dear boyfie..




PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL

casserole saiz 22cm x 22cm. Guna loyang pun boleh... 

Bahan utk puding karamel:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco (saya tak guna pun)

Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas

Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

chocolate rice secukupnya

Utk membuat gula hangus:
Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.

Utk membuat puding karamel:
Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
Bahagi dua adunan.
Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis.
Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.

Utk membuat puding buih:
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam.
Bila adunan agar2 dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti)
Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.
Sejukkan kembali dalam peti ais.
Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..



cook with love,

Thursday, November 10, 2011

Messy Lasagna

everybody knew how to prepare lasagna, Garfield's favourite food. it is simple as ABC or 123. heheh. the red sauce can be prepared as what you do for bolognese spaghetti. Atas sifat tamak, saya buat 6 layers of lasagna... wahahahah.. sangat lah mendemokkan..



Lasagna

red sauce
minced beef
tomatoes (diced)
puree tomato
carrot, mix vege, capsicum
holland onion


  1. saute onion till golden and add in minced beef
  2. stir till fry, put in puree tomato and other stuff.
white sauce
butter
fresh milk
all-purpose flour

  1. heat the butter, put flour and stir
  2. add some milk till the sauce is thicken.
method:
  1. grease your pan, or casserole depends on things that you used :)
  2. put lasagna sheet at bottom layer.
  3. and layer it with red sauce, white sauce and grated cheese.
  4. at the top layer, put the red sauce and cover it with cheese
make sure you boil the lasagna sheet first. oh, it is cheesy yet yummy.... slurrrrpppp


cook with love,

Shepherd's Pie a.k.a Cottage Pie

i am in mood of cooking and baking when i go back to my hometown. too much things to be experimented in the kitchen. (just to impress my mom!) tehehhe....

actually, i really wanna try bake cottage pie and prepare lasagna just after finished the 80 pcs apam mekar. but my mom said, "tooo much food in the house" hence wee have raya feast just around the corner. then, i wait patiently to try my first attempt cottage pie.

just right after Subh prayer, i jumped from bed and do some preparation.. by the way, i don't have proper measurement when come into cooking



Shepherd's Pie a.k.a Cottage Pie

400g minced beef
holland onion (diced)
1 tbsp all-purpose flour
salt and pepper and paprika (optional, depends on your taste)
butter or oil for fried
mix vege, capsicum, celery, carrot (optional)


  1. saute onion, put in minced beef
  2. when beef start cooked, put flour and stir (to make it as gravy, not really dry)
  3. pour your favourite vege, salt, and pepper

mashed potato
7 pcs potatoes (boiled till soft)
butter
fresh milk
salt and pepper

  1. mashed the potatoes
  2. pour in butter and some milk
  3. add in salt and pepper
method:
  1. pour in the beef filling at the bottom of container
  2. sprinkle grated cheese (optional)
  3. cover the top with mashed potato. you can use icing beg to pipe in the potatoes or make some pattern using fork
  4. sprinkle again with grated cheese to get golden pie
  5. bake at 180C for 40 minutes (depends on oven you use)

cook with love,

Apam Mekar

hello readers (macam lah ada kan...)

okay, sekarang sibuk je buat apam mekar. bukan sebab suka makan, sebab mak yang selalu request. hence buat dia pun senang gila. bila first time buat menjadi, mak terus request buat 60biji untuk hari raya haji. nak bagi atok, nak bagi atok lagi satu, nak bagi jiran, nak makan sendiri, nak bagi staff mak kat wad yang kene kerja time raya haji..

lepastu, lusanya buat 80 biji pulak untuk jamuan hari raya kat taman ni. oh, kalau berniaga bagus jugak. masyuk la modal semula kan.. tak pe takpe.. ni awal2 ni promosi, lepastu share resipi. kalau korang buat tak jadi, boleh la order je.. hahahah...

oh, sebelum balik KJ, dah wasiatkan resipi kat mak sebab dia ada karnival usahawan jururawat. selalunya trademark makanan mak mesti custard pudding atau maruku. tu memang hot item la orang nak..sekarang mak dah ada idea lagi satu, apam mekar. mak kata larisssss... mak nak jual trifle pudding, tapi tak sempat nak buat..

dah, sekarang masa untuk mewariskan resipi kat orang lain pulak. dapat resipi pun kat internet kan, buat ape nak kedekut.
Apam Mekar
Sumber: Kak Zue Semanis Gula

(dapat 20 biji)

230g gula castor (gula pasir pun boleyyy)
2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
250g tepung gandum
1 cawan aiskrim soda (suhu bilik)
½ cawan choc rice (optional)

1. Pukul telur, gula dan ovelette hingga kembang
2. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda
3. Masukkan esen vanilla dan choc rice
4. Kukus 7-10 minit

kukus tutup dengan kain dulu ye takut nanti wap tu jatuh kat kuih dah tak jadik dah... rajin2 la hulur kat jiran sebelah kot2 boleh jadik calon menantu.. hahhaha



buat meniaga pun untung sangat ni... Selamat Mencuba!


cook with love,