Friday, May 17, 2013

grilled herb dory fish

okay arini post resipi yang pernah dieksperimennn sahaja.. hahha... ni last entry untuk harini

haritu teringin nak try buat grilled herb dory fish untuk dinner. sebab senang bangetttt... bila gi giant, wahhh murah rupanya dory fish ni.. ada 3 fillet yang besar, rm9 sahaja!!! kalau makan dekat manhattan fish market, harga untuk satu main dish pon tak lepas makkkk

lepas ni boleh la rajin try buat fish n chip pulak. the other half cakap, lepas ni beli dory fish je sebab murah. haihh dah la ikan ni fragile. lemah lembutttt je bila nak dikerjakan.

so ini lah dia menu dinner yang lalu. pon sonang... chips tu kita bakar dulu sementara tunggu ikan marinate. brocolli dgn carrot rebus je kejap. malas nak stim



bahan untuk marinate ikan:
garlic        -minced. lagi banyak lagi sodappp
mixed herb powder
ground parsley 
black pepper
garam sikit
mayonis

cara-cara:
  1. lumur semua dekat ikan dan marinate kejap..
  2. lepas tu boleh la bakar for about 20 mins in 180C oven.

tadaaa dah siap. lepas ni tak payah pegi manhattan fish market. chetttt
 
xoxox,

bubur lambuk

kalau ikut selera, malam tadi plan nak masak spaghetti black pepper chicken untuk breakfast+lunch. oh saya hari2 masak breakfast untuk 4 kali makan sebab untuk tapau bekal ke ofis sekali

memandangkan takde stok capsicum n mushroom, so potpone je lah nak buat spaghetti black pepper chicken. petang tu the other half dah request nak bubur untuk esok pagi.. last2 bubur jugak kita

sebelum tidur google resipi nak buat bubur lambuk sebab teringin. lalu jumpa kat blog cik mat gebu gebas. resipi dia jadik pilihan sebab paling mudah. dan kebetulan semua bahan dah sedia ada di dapur. tak sia2 gi kedai petang semalam beli daun sup, daun bawang dan serai.

kita buat 2 pot nasi. so kita gandakan dua untuk resipi nih. tapi untuk sukatan air tu, main hentam je sebab periuk tak beso mana. tinggalkan space untuk letak santan n tambah air je

sebab tak muat, maka lepas letak santan, tambah sikit air je.. so my bubur lambuk a little bit thicky. hihihi..

alhamdulillah it turns out well. as what i expect. yeayy lulus!! cuma kena cair sikit. ingatkan nak guna rice cooker tefal, tapi takut bila buat porridge dalam tu, jadi lambat pulak. ni pun sejam dah siap!! senang an relaksss je buat dia..

BAHAN-BAHANNYA :-
2 cawan beras siam, cuci dan toskan
air
dada ayam
minced beef
1 kotak kecil santan
1 helai daun pandan, simpul
2 batang serai, diketuk
2 sudu besar penuh rempah kurma (Adabi)
1 kiub ayam
1 sup bunjut Adabi
carrot -diced
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*kisar halus)
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sedikit serbuk lada hitam...

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, minced beef dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur. Tambah carrot, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. 
  3. Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..

Oh, mak tadi cakap letak rempah kari. okay lepas ni try guna rempah kari




xoxoxo

mushroom soup






sekarang dah jadi isteri kena masak je.. dulu pun masak, tapi ikut mood. so sekarang u have no choice, kena masak. bukan rasa terpaksa, sebab biarla the other half makan dari air tangan wife dia sendiri. walaupun taklah sesedap mana...

the other half dah pesan awal2, duduk rumah sendiri, masak dinner simple2 aje.. so harini nak try buat mushroom soup and garlic bread. sebab dah boring tak tau nak masak ape. actually berduyun resipi menunggu untuk dieksperimen. mihmihmihhh

okay buat garlic bread guna roti gardenia aje.. sebab mala nak cari french loaf atau whatsoever loaf atau bread

kita sapu butter, tabur minced garlic, letak black pepper sikit and tabur parsley. tabur parsley tu saje nak bagi cantik je.. hahah

lepastu kita toast roti kejap dalam oven

okayh resipi mushroom soup nih kita dapat dari sini



semua resipi diambil secara bulat2 bersegi2 berbucu2. mihmihmih *okay, tak kelako*

Bahan2:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) ~ saya guna cendawan shitakae kering. banyak ikut suka
garam
1 cawan tepung gandum

Cara2:
  1. Potong ayam kecil2, masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
  2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan. 
  3. Masukkan mushroom.
  4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa dan garam.
  5. Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.
oh resipi ni boleh sampai 6 orang makan ye. so lepas ni saya kena guna half je dari resipi. kan dah 2 hari kena makan benda nih. huuuhuhuh

rasa dia best. sama macam mushroom sup pizza hut tu. dulu masak duduk kolej, satu sem, setiap malam makan campbell mushroom soup dengan freanch loaf. lepas duduk rumah sewa, dah tak leh telan dah campbell mushroom soup tu.. uhuhuh

yeayy lepas nih boleh buat lagi


xoxox

Wednesday, May 15, 2013

hello love nest!!

assalamualaikum.

i knew nobody read this blog. this is just for my personal diary. not really personal because it has been public.

okay we just moved to our home.tapi bukanlah rumah sendiri sebab kuarters kerajaan kan.. sobss sobs



mih mih mihhh... L-shape sofa je.. TV xda lagi. takpe la, kitorang pun bukan jenis tengok tv. tapi kena beli gak untuk tetamu nak datang nanti. loll


ni pulak dapur. oh masa ni baru lepas basuh pinggan, maka banyak lah pinggan atas cabinet time tu. excuse on it. huhuhuh. lepastu nak gakk tangkap gambar kann



ni pulak tempat kita bersilat di dapur main masak-masak untuk hisham tersayang... sebenarnya ni tempat sidai baju. kira laundry area lah.. 

tapi since takde tempat sesuai letak dapur gas dalam rumah tu, so kita korbankan tempat ni..

maka sidai lah baju di ruang tamu.. ala bukan ada tetamu datang pun. tetamu datang kita alih la kat luar. tak pun letak kat dapur sebab ada space sikit

kita dah apply untuk kuarters kelas D tapi kena Q panjangggg.. so kita duduk la sini dulu sementara beli rumah sendiri

oh since dah duduk rumah sendiri, automatically senang bangun pagi untuk prepare breakfast semua. tak malas2 macam dulu lagi. kenapa ek? mungkin booster dapat dapur sendiri kot..

weehooo.

tak perlu redah traffic jam ke ofis. 15 minit je dah sampai

okay tata


Tuesday, April 2, 2013

rezeki... alhamdulillah

let us say alhamdulillah.



bukan sebab saya mengandung!!!

salah satu sebab kenapa disuruh kahwin ialah, boleh mendatangkan rezeki.

at this moment duduk rumah in law. tiba2 tup tup awal bulan 3 dapat call dari Bahagian Pengurusan Hartanah yang kita dapat kuarters jalan duta. yeayy!! eksaitednyeeee...

walaupun dapat unit studio, takpo lahhhh.. by the way, studio ni bukan cam studio kat oversea atau hotel tu.. dia apartment 1 bilik. okay la. baru2 nak hidup ni kan.. duduk berdua okay lagi.. sat lagi kita apply la yang besar..

semua bising pasai pa awal kita dapat. sebab kalau ikut gred memang im not in list lagi yawww sebab sekarang turn masuk orang yang apply tahun 2008

atas nasihat kawan, dia saje je suruh tanya unit studio. takde reply respons apa2 sinceseptember, alih2 je dapat. alhamdulillah.. tu la namanya rezeki kawin.. agaknye kot.. rezeki camni jangan tolak...

okay, barang2 hadiah semua dah lengkap. cuma kena beli katil, 2 seater sofa, cabinet tv, dapur masak, peti ais, mesin basuh dan cake mixer!... ya saya tak dapat hadiah cake mixer, lesung batu, lampu tidur, sudu garf, pisau misau, langsir. dah tu semua beli sendiri!!! hahahhah.. takpe, ada la alasan nak beli barang rumah pilihan sendiri..

hadiah kamu semua amattttt berguna! thanks lovelies!!

bilik tidur

 toilet

laundry area
 
living room + dining room
 


and my favourite area!  i just love the kitchen!! sebab fully furnish with cabinet


disebabkan takde tempat yang sesuai untuk letak dapur masak, maka kena lah masak di laundry area. oh, tak cantik la rumah bila hall ada ampai baju. sob sob


tak sabar nak kemas rumah this saturday. ari kelmarin balik dari muar angkut semua hadiah dan dah letak kat rumah nih. yeay!! dan semangat jugak beli langsir aritu.. weeee

okay, rumah i dekat dengan publika okayh...

A: ko duduk mana sekarang?
X: kat studio.. area dutamas..

wahhh propaganda macam orang kaya! lollll. nganjeng orang... eh mana ada menganjing. mengucing je!


 xoxox,

just got hitched!





takde la baru pun. dah sebulan. dan last post ialah januari! wahhh dah lama betul terperam. oh. kawen sangat seronok. seronok wehhhh dah halal.. boleh pegang hisham, peluk hisham. semua pon boleyyyy.. okay gatal!!

oh, tak ingat la ada drama rama ke tak. rasanya tak jadik bridezilla kot. kalau ada pun, hampir lupa..

okay ni gambar yang baru dapat dari photographer. nak tengok lebey2, gi visit page azreen omar eh


 official photographer azreen omar


baju nikah yang disayangi. design cilok dari kerjakahwin. guest book sendiri buekk



 pelamin, hiasan tangga, hiasan meja beradab, baju resepsi, make up dari andaman kesuma



 tok kadi hensem macam secret agent!!!


 team rewang yang muhibbah dari taman tanjung gading. taman kita la. nak diorang, kena la duduk sini! ehhhh


 boleh sengih2 main2 gurau senda dengan tok kadi
 tu diaaa sekali kena hentak!!! eh, dua kali.. ngeeeee













 bukti bos kita datang! tq so much haji!!!


 kek yang cantik dan sedap dari kak yati. pelamin dia pon cantekk gilo. tapi takde rezeki, tak dapat la amik dia.. uhuhuh
 outdoor kat depan kilang ST. tempat tak cantek, tapi sebab azreen yang terer, maka cantek la gambo sayaaaa






 terima kasih semua pada yang sudi datang!!!! alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar





Tuesday, January 22, 2013

japanese stitch binding

if u read my blog (okay perasan.. u have no readers at all), i have posted about my wedding guestbook at this post.. i only done on the first stage which is wrapping the hardcover... and it takes almost a month to take a mood to stitch the book. and today, i'm done on it alhamdulillah. tapi tak lah sekemas mana..

i bought benang kait brand minlon aritu. and jarum jahit kain, tapi lubang dia a little bit besar. bila nak jahit, oh myyy benang itu berbulu and susahnye laaaa nak masuk cucuk jarum aih.. i was frustrated.. about few weeks lah jugak terperamm je buku tu..

last weekend i went to daiso and bought this!!!


cotton lace yarn dan jarum pelabagi saiz. rm5 each. tak tau lah murah ke tak.. tapi semangat dah datang.. come here semangat...

maka harini i pun stitch lah as a therapy sebab mood tiba2 tak berapa baik.. hoh sampai jarum patah dibuatnye.. why?? because i didnt use proper tools.. kalau ade tools macam dalam video ni mesti tak lah susah sangat sampai jarum patah. it's quite hard sebab i tak guna jarum yang betul maybe. dan tenaga kudrat yang lemah.. ecehhh

lain kali jangan jahit memalam buta, jarum pun patah. lol


after few tries maka terhasillah wedding guestbook yang 100% DIY.. yeeehaaa.. tapi kat belakang buku tu stitch dah serabut sebab proceed stitching dengan jarum yang tinggal separuh. guna jarum baru pun patah jugak...

and here is the outcome!!!!




buku pun boleh dibuka dengan senang jika menggunakan teknik yang betul masa cover the book. and alhamdulillah... lepas ni cari barang untuk hias dulang hantaran pulak.. hoi!! lagi sebulan je hoiii

oh, haritu i tengok saffiyya tv9. little syam really inspired me.. handmade books dia semua cantik2.. and the bind it by stitching. awesome huh.. im looking for book binding workshop from her lepas kahwin nanti mungkin.. hehhe.. nampak menarik..



daaaa... xoxox