Monday, December 31, 2012

material for reception dress

already bought fabric untuk dress masa recption hisham nanti. and say yeayyyy!!! it's baby blue.






i bought 1m border lace dekat bunga reben. rm18 jewwww.. murah gilos.. dah la i jumpa border lace yang exactly sama masa beli kat jakel. bunga reben lagi murah. rm37+ je. i bought in jakel rm50. tapi sometimes, jakel punya lace dia lagi kemas yang rm50. but u kena gi bunga reben gak..


i found the same border lace yang i beli untuk bridesmaid. masa cari dekat bunga reben jalan tar takde yang berkenan. tapi bunga reben dekat sebelah semua house tu lagi cantik2 la..  so, plan your budget wisely.. teheehhe

bila hantar dekat tailor, tak jadi guna border lace macam ni sebab i plan to use pada lengan dengan potongan serong dari pinggang ke bawah  lebih kurang macam dia ni punya.. so, auntie tailor suggest untuk guna 3d flower. good idea lah jugak tu.. hope the dress jadi as what i imagine. because i really trust my tailor..

i hantar semua baju; baju nikah, baju reception hisham, baju mak dekat tailor kat muar. kat aked mara. nama dia tailor ah khim. dari duluuu sampai sekarang. sebab her workmanship yang kemas. and selalu dapat as what my expectation did. alhamdulillah find a good tailor. kedai dia kedai buruk je.. fitting room pun macam store.. hehehe


bunga serong lebih kurang macam ni, tapi start from atas pinggang

but the flowy macam ni sebab depan belakang ada potong macam bentuk ni -->   ^



tunjuk je dekat tailor dia tau la nak jahit macam tu. tq so much tailor ah khim!!!


xoxo,

submission of borang kebenaran nikah

Yeay!! Dah settle. Actually partially settle. Beria-ia je suruh Hisham buat awal kan.. last-last kita yang lambat...

Aritu kita cuti panjang la masa krismas. Amik la satu hari AL sebab nak settle kan benda alah ni.. Suruh abah teman.. Pagi-pagi baru bangun baru terhegeh-hegeh nak tengok dokumen yang print dari encr. Selama ni print je, tak baca pun.. Oh ada checklist borang lagi disediakan. Tapi orang pemalas cenni mana nak tengok. sebab kononnya lam lagi nak gi pejabat agama. Sekali.. kauuu! Kena ada surat akuan bujang! Ingatkan lelaki KL je yang kena buat. Aritu masa  kursus kawin cakap macam tu. hahhh dah gelabah... Call jabatan agama, kata ketua kampung pun boleh.. Lega.. Datang rumah ketua kampung, dia pulak takde.. Abah kata surat tu kemudian pun takpe. Kita tak percaya. Tapi abah konfiden. Okay fine..

Dah la kena beli borang. Orang dalam phone kata, borang tu kita je yang isi.. orang lain tak kena isi.. so takde lah cuak pun.. SInce i duduk tanjung agas, dah masuk daerah Ledang sekarang ni, so urusan kena gi Tangkak. Jauhhhh... menyusahkan betul. Sampai sana, orang tu kata kena complete baru boleh interview. Oh, orang Johor kan kena interview masa hantar borang. i lupa benda tu, so i prepared nothing. Nothing!! Bodek2, dapat gak interview time tu, tapi surat akuan bujang tu, abah boleh hantarkan kat pejabat agama..

yeayyy nak kawin dengan hisham. nasib boleh tulis rumi T__T


okay what did they ask on the interview? basic je.. tapi sebab kau nervous maka kau tak dapat jawab. Memalukan sungguh. Hurm, haruslah dia tanya soalan2 lain sebab dah banyak soalan bocor. diorang tanya i...

  1. Sirah Nabi Muhammad. Siapa isteri dia? Siapa mak dia? Siapa ayah dia? etc
  2. Niat solat 5 waktu
  3. Bacaan doa iftitah
  4. Rukun solat
  5. Cara tayammum
  6. Anggota wajib wuduk
  7. Tanggungjawab suami kepada isteri..
Basic je kan? ni bukan soalan bocor. just to give some ideas that you need to know. Banyak je yang gagap2. But at least you realize that you are actually still not prepared to get married along to build ummah. Sebab nanti dah ada anak, so kita kena ajar anak kita pulak.. So kita always kena enhance banyakkk ilmu agama yang kita almost forgot masa belajar dulu.. Which lupa nak applied in our daily life.. Islam is sooo purrfect kan?





jeng jeng jeng... LULUS!! boleh kawinnn


moral of the story: complete kan semua borang yang nak submit. tapi borang yang beli tu, still kena sign by saksi jugak. gila tipu orang tu kata boleh isi sendir T__T


good luck!


xoxox,

hiv test: Klinik Kesihatan Tanglin

I forgot to tell about my HIV test process. It was a fast and smooth process. orang tengah excited betul betul lagi 3 bulan dah siap. 22 November aritu buat. I was set an appointment 1 month before that. Biasalah kay hell, kena appointment awal, sebulan baru dapat tempat. Nevermind, it's okay since we are not too rushing.

I buat dekat Klinik Kesihatan Tanglin. Why there? Sebab dekat dengan office. 5 minit je. Maybe boleh time slip je.. Mula-mula Hisham decide to do by his own, tapi buat je la sama-sama terus. senang.. Tak lama pun buat tu, kejap je.. and you get the result on the spot. sebab dia just guna strip je. Tak perlu masuk lab bagai ke ape... and tak ramai orang pun.. tapi takes almost 1 hour jugak lah.. hahha...


Oh before that, u kan kena dapatkan borang dari Pejabat Agama. And i was lucky, alhamdulillah. For perantin yang dari Johor, sekarang jabatan agama tengah buat e-NCR (e-nikah Cerai & Rujuk). Oh bukan nikah, cerai atau rujuk secara online je.. itu mazhab ayah pin. this one you can get the form via online. Semuanya berada di hujung jari..

Masa i call tu untuk tanya pasal borang2 nih, diorang tengah testing benda ni la.. So she suggest I to use via online je. Sangat senang, sign up, tapi make sure bakal suami pun kena sign up. Tapi yang leceh sikit, kena call diorang untuk aktifkan akaun, and then you fill in teh forms, dan taraaaa... boleh print. Tapi leceh sikit nak print ni sebab dia tak berapa user friendly lagi, maka kadang-kadang nak back tak jumpa dah item yang nak print tu. Dah kena fill the form balik, eventhough tak banyak sangat, tapi still sakit hati.. hahhah...

This application senang sebab macam siapa yang kerja luar Johor, tak perlu balik kampung semata-mata dapatkan benda alah ni kan... So, you can get the borang HIV from there.. senang je kan??

Kalau nak maklumat lanjut call la jabatan agama..


all the best!!


xoxoxo,

Wedding Checklist 2 months to the day

woooo.. lagi 2 bulan. eh tak, 1 bulan 23 hari. nak gekkk tuh

what's done and what's not? 

 
Date

- Nikah & Bride's Reception : Done (same day with solemnization's date. sonang...)

- Groom's Reception (Bertandang) : Done



Kursus Kahwin & Legal Documents

- Kursus Kahwin : Done

- Legal Docs (HIV Test, Borang Nikah and Tok Kadi's Thingy):Done 



Theme

- Nikah : Done

- Bride's Reception : Done

- Groom's Reception (Bertandang) : Done

Venue

- Nikah & Bride's Reception : Done (buat kat rumah)

- Groom's Reception (Bertandang) : Done



Make Up Artist (MUA)

- Nikah & Bride's Reception : Done. Deposit paid (Andaman Kesuma, Muar)

- Groom's Reception (Bertandang) : Done (kawan kita punya kawan)



Pelamin & Decoration

- Nikah & Bride's Reception : Done Pelamin yang sama je by Andaman Kesuma, Muar jugak

- Groom's Reception (Bertandang) : tak perlu sebab makan berdamai je



Canopy

- Bride's Reception : Done (kawan abah, Haji Bidin. merangkap bapak sedara tokei Andaman Kesuma)

- Groom's Reception (Bertandang) : no need sebab buat kat dewan

Catering

- Bride's Reception : Done (rewang. makan berdamai je guna catering by Rbecca Wedding Gallery)

- Groom's Reception (Bertandang) : Done. 


Official Photographer (OP)

- Nikah & Bride's Reception : Done. Deposit paid (Azreen Omar from Candidsyndrome. cum ex-schoolmate)

- Groom's Reception (Bertandang) : Done. Hisham's friend



Wedding Dress and Accessories

- Nikah : Done.

- Bride's Reception : Done. sekaligus pakej dengan Andaman Kesuma

- Groom's Reception (Bertandang) : Done.

Wedding Shoes

Done. guna mak andam je. tapi Hisham's side still not on my mind

Wedding Favors

- Bride's Reception : Partially Done

- Groom's Reception : Considered Done. settle by Hisham's family.

Invitation Cards

- Bride's Reception : Done. Esok collect! Super yeayyy!

-Groom's Reception : Done. Baru siap draft!

Hantaran & Decorations

- For her : 5 dulangs. Done

- For him : 7 dulangs. Done

- Hantaran Decorations : Hias sendiri



Handbouquet

- Nikah : Done

- Bride's Reception : Done

- Groom's Reception (Bertandang) : Done

Entertainment

- Nikah (PA System) : Under abah

- Bride's Reception (PA System/Silat/Kompang/Penari/Live Band) : Under abah

- Groom's Reception (Bertandang) : settle by Hisham's family.



Wedding Stationery

- Guest Book (Design/Ideas) : Done.

- Road Signage (Design) : Done.

- Table Centrepiece : Partially done. nak deco cawan mak je

- Thank You Tag : come in package of doorgift jar

- Banner/Bunting : Not necessary

Family, Bridesmaid & Bestman Outfit

- Nikah : Done

- Bride's Reception : Done

- Groom's Reception (Bertandang) : settle by Hisham's family.


yeayyy... almost done.. tak sabarnyeeeee *gedik dan gatal!!!*


xoxox,

Tuesday, December 25, 2012

doorgift: mini sejadah

godek2 facebook, ada newsfeed dari fast passion kot. she came out with mini sejadah as doorgift. hurm. what a nice idea!!

this is one of the doorgift for family hisham instead of nut in jar, telur pindang n tak tahu lah mak nak letak ape. so google la harga sejadah ni. you can get as low as rm3.50 dari masza. sila google sendiri lah nanti. ada blog tu kata mydin pun murah jugak. dan pasaraya sakan...

maka hari jumaat ari tu, pegi la mydin. mula2 aim kat jalan tar yang pakcik2 jual sejadah tu.. mahaiiiinyeee... jatuh rm10 untuk sehelai sejadah muka. kurang pun dapat rm8 je.. okay reject. maafkan saya pakcik.. saya tanya yang rm3 takde ke? takdokkk...

terus zassss pergi mydin jalan tar. ada!! rm 3.90 je.. beli 10, dapat rm2.50 sehelai. what a good deal.. since kita nak sejadah mini yang takde gambar kaabah (jangan la nampak keji sangat okay), so, design yang kita nak tu tak mencukupi. okay sedih... kak wa bagi idea suruh gi mydin subang jaya sebab situ borong.. okay, balik keje gak terus gi mydin. yoohoooo

balik kerja hujan, usj confirmmmm jam! rumah pun tak jauh nak gi usj. 15 minit je. tengok jalan jam nak gi usj, plus hujan, balik rumah dulu buat guestbook. dah kul 9 baru terhegeh2 nak gi... jam jugak.. T___T. terus jadi 30minit nak sampai mydin.

mula2 macam kecewa sebab tanya sales assisstant dia kata ada lagi kot kat bahagian borong. tiba2 ada akak tu kata "tak tau la ada lagi ke tak.. sebab saya dah borong banyak dah tadi" T__T... alhadulillah ada rezeki walaupun mula2 design yang nak tak cukup. tapi suruh gak bangla tu amik gi store. yeayyy!!! i got it! walaupun tak semua warna brown, ada 30 pcs warna hijau, tapi yang penting semua designnya sama... i got it for rm2.50 sehelai je.. sebab beli more than 10pcs kan..


awak boleh gulung atau buat bentuk kipas atau buat bentuk apa je.. since dia banyak rambu ramba, so, kita lipat square je, dan ikat ribbon. ni kan kerja orang malas... sebab tak sabar, tie in je dengan ribbon peach and brown yang tinggal sikit. esok gi kedai takde plak ribbon peach. hantam je lah.. purple pon boleyyy.. okay bye!!



xoxox,

wedding tree ideas

nak buat sakura tree, tapi macam tak tau nak buat ape dengan ranting ranting tu nanti kan. nanti jadik sawang pulak... so masa google guestbook corner idea jumpa la wedding tree ni.. it saves cost. really saves your penny. what you have to do, find a template dekat google, print, and put it on a frame. oh yeahhh

here i 2 templates yang i save dalam phone. you can find more if you want. atau kalau rajin, boleh lukis sendiri.. kita kan tak reti lukis, so kita print je la.. ngeeee





bila lepas majlis nanti. u can put it on a frame dan gantung dekat dinding. mula2 i want to put it on an easel. tapi easel yang besar mahal lah... bila cari frame yang saiz a3, semua takde stand. kena gantung. maka kita pasrah la beli je saiz a4.



here is the outcome.. yang ada thumbprint tu testing je before print yang betul2 punya... i just bought new stamp pad warna hijau. actually nak cari yang warna warni, tapi sebab tak sabar, nak jugak beli stamp pad ni. esok nya google around, ada je jual kat website yang warna warni tapi mahalnyeeee.. sama harga dengan stamp pad artline ni. dah la cinonet. tapi ada baca satu blog tu dia beli less than rm5 je, ada multicolour. takpe lah, kalau kita jumpa stamp pad yang warna warni nanti kita beli lah kot.. kot je la...


sebab sifat tamak, maka guestbook corner ada guestbook dan wedding tree. so pandai2 lah teatmu nak buat yang mana.. sekali takde guest nak isi pun. canne??? erkkk....

total damage

frame: rm5.90 (bought in kaison)
stamp pad hijau: rm9.20
stamp pad biru: kat rumah dah ada :P

dear guests, don't forget to leave your fingerprint and grow our tree with love yaaaa!!!


xoxoxo,

guestbook idea

sebenarnya sebelum ni tak pernah terfikir nak buat guestbook corner (kononnya). Tapi masa tunang aritu ada beli few stuffs mcm 3-tier plate and stand untuk hantaran, so recycle semula barang2 tu.. I'm looking around quotation untuk buat guestbook, tapi mahalnyeeee...

nak d.i.y, tapi tangan keras tak berseni.. cari kat book shop tak jumpa pulak guestbook yang cantik. dulu ada pernah jumpa kat mph je popular tah. tapi x bli la sebab lama lagi nak kawen..

so i browse google and cari the simplest and easiest guestbook that i can design by myself. maka jumpa design macam ni...


balik office terus semangat cari inlay paper and hard cover. wahhh eksaited gila. inlay dah design siap2 dah sebelum tu. standby la kot mana tau nak buat tiba2 kan.. esok nya hari jumaat, time lunch pergi jalan tar dngan kak wa..sebenarnya nak cari sejadah as doorgift, tapi dah lalu kedai bunga reben, terus masuk cari lace, peach ribbon, dengan crepe paper. alhamdulillah jumpa...


balik je dari office aritu, terusss buat. tak menyempat-nyempat. jarang rajin macam ni weh. maka dengan jari yang kejung keras kematu ni terhasillah guestbook yang tak seberapa (humble nih...)

 boleh la... ada iras sikit tapi kita guna ribbon yang kecik sikit


 the welcome page

total damage: ~ rm 40

peach ribbon : rm3.00
lace: rm1.5 x 0.5m
board: rm 1.40 (a3 size)
inlay paper (160gsm) : rm2.90 for 20pcs
crepe paper: rm1.50 untuk 2 saiz a4 (i bought 2 pcs sebab nak bagi warna naik sikit)
printing: NA

buku ni belum binding lagi.. semalam dah beli jarum dengan benang minlon untuk buat japanese stitch. this video is very useful untuk bind buku tebal macam kita punya.. Japanese Binding in Boards


xoxox

Monday, December 10, 2012

Doorgift jar

doorgift jar dah order.. kita order dengan lurvering. kita kan nak sangat jar macam mayonnaise tu.. sebab masa tunang dah guna round jar macam kat ikea tu.. so, kita pun google around supplier yang jual glass jar nih.. mostly rm1.20+ macam tu.. 

pada suatu hari. jeng jeng jeng.. kita tengah browse through the net google pasal ape tah. yang penting bukan pasal jar ni la.. tiba-tiba bejumpa jodoh dengan page lurvering ni pulak. wahhhh ada promotion glass jar siap sticker and ribbon rm1 sahaja tunaiiii.. murah kan? kita dah tak payah buat apa-apa dah..

n mak agree, terus order dekat dia.. 

and here is the draft of sticker.. i request nak sama gambar macam kad kahwin..


nak request kat akak tu untuk edit minor things


i can't wait to see the final product. hope semuanya berjalan lancar and as what i want.. oh, dalam jar ni akan letak kacang. and lagi satu barang is telur pindang. as for kids, diorang dapat popcorn in cone. tapi belum confirm booking lagi.. inshaAllah will deal end of this month..

semoga dipermudahkan segala urusan dan majlis mendapat barakah. ameen..

xoxox

Tempah kad kahwin

yeayyy kita dah tempah kad kahwin.. alhamdulillah.. and i can't wait for the outcome.. actually kad ni design sendiri, and hantar printing je.. sebab ape sebab ni je la yang kita mampu DIY. tapi still hantar kat kedai. and one more thing, kad-kad yang kat market kadang2 tak memenuhi citarasa.. because i want a simple card, with big size, tapi sekeping je. macam poskad. tapi yang dekat website2 ni semua, saiz poskad dia ciputt sangat..


so, kita design buat saiz a5. biar senang orang nak baca senang nak tengok map yang besar. map pun design sendiri sebab kita boleh estimate jarak jalan tu.. kalau sesat jugak tak tau la.. sobs sobs...



okay, kita hantar printing dekat Iwstudio.biz. kenapa kita hantar printing dekat dia? sebab banyak2 quotation yang kita mintak kat company lain, this company give the cheapest price! mashaAllah.. semoga Allah memberkati perniagaan encik.. yang lain semua above the budget. mula2 macam upset lah macam redha je nak order kad kahwin yang ada dekat kedai, tapi sebab dapat harga murah, maka kita terus order dengan dia...



inshaAllah everything going well. since design semua dah siap, dia tinggal edit2 sizing je, so inshAllah dalam masa seminggu dah siap. cepat kan? sangat cepat... tak pelah, boleh bagi mak dengan abah awal. so diorang boleh distribute setiap kali pergi kenduri kahwin.. 



for those yang nak order kad kahwin atau hantar design, boleh contact  Iwstudio.biz. orangnye pun baik.. semua kad yang dia design cantik2 and quite murah compare dengan few company yang kita dah survey before this. 



u can contact rauf at 012-374 4100, email iwstudio.biz@gmail.com atau pegi website dia terus kat sini. kalau tengok kat website macam tak update sangat. 



so, hurry up and go to iwstudio.biz.


teaser . yang ni print sendiri je sebab nak tunjuk output dekat rauf tu


xoxox

Kursus Pra-Perkahwinan

kita dah join pre-marriage course masa 22 and 23 September. what can i summarized from the course is, it was really fun. don't judge that kuliah agama is so boring eh.. tapi yang ni tak macam kuliah sangat pun. more on knowledge sharing. oh tak perlu risau kalau takut ngantuk. sebab korang takkan sempat ngantuk punya.. every second dari first lecture sampai la hari last tu asyik gelakkk je... okay tapi kita bosan masa last lecture dari ustazah tu sebab a little bit boring.. sorry ustazah..

oh, kursus tu dekat masjid at-taqwa, ttdi. sila lah pergi beramai2 sebab ianya sangat seronok dan anda pasti takkan menyesal.. ngeee...


yuran rm80. foods are provided. boleh call number dalam gambar tu


xoxox

Wednesday, November 14, 2012

Wordless wednesday

orang banyak cakap mana boleh wordless. semalam kita dah beli kain nikah... eksaited nokssss!!! dah la murah cantekk pulak tu... eh kenapa macam masuk lif tekan sendiri je ni.. puiii



tak dapat designer dengan rizalman pun takpe, janji boleh feeling2 rizalman gituuuu.. tau pilih warna nude ek..


konon.. konon je lah kan

dulu kan kita ada la berangan nak buat blog macam bride-to-be yang lain kan.. kononnnn je lah.. sebab ye brown sugar adalah seorang yang tinggi hangat-hangat tahi ayam dia.. orang lain tinggi cita-cita, dia tinggi lain. so harapannnnn janjimuuu... tak payah la nak buat bride-to-be- blog since kita ni sangat pemalas...

ecehh lepas tunang eksaited nak buat itu ini.. sekali terkubur layu di tasik madu semuanya.. cis! selang dua bulan eksaited datang semula.. lepas tu biar gituuu je.. sehingga lah harini...


so harini kita macam eksaited lah sikit kan nak cerita pasal preparation kita.. ada la few preparation dah siap.. tu pun orang kata kita talmbat buat preparaion.. lambat ke?? kita rasa macam awal je.. lekkk luuu.. sap kok luuu... tapi kita start dah gelabah bila masuk bulan october aritu... baru la terhegeh-hegeh.. selamat la few months ago dah mintak quotation by certain vendors via e-mail je.. since dah shortlisted mana yang layak (read: menepati bajet) kita zasss je terus gi kedai diorang kan



Wedding Checklist 3 months ++ to the day


Date
- Nikah & Bride's Reception : Done (same day with solemnization's date. sonang...)
- Groom's Reception (Bertandang) : Done
 
Kursus Kahwin & Legal Documents
- Kursus Kahwin : Done (Masjid at-Taqwa TTDI. best gilaaaa)
- Legal Docs (HIV Test, Borang Nikah and Tok Kadi's Thingy):Pending.  
    HIV test buat 22hb ni!
 
Theme
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Venue
- Nikah & Bride's Reception : Done (buat kat rumah)
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Make Up Artist (MUA)
- Nikah & Bride's Reception : Done. Deposit paid (Andaman Kesuma, Muar)
- Groom's Reception (Bertandang) : Done (guna kawan kita jeee, Fatimah)
 
Pelamin & Decoration
- Nikah & Bride's Reception : Pelamin yang sama je by Andaman Kesuma, Muar jugak
- Groom's Reception (Bertandang) : tak perlu sebab makan berdamai je


Canopy
- Bride's Reception : Done (kawan abah, Haji Bidin. merangkap bapak sedara tokei Andaman Kesuma)
- Groom's Reception (Bertandang) : no need sebab buat kat dewan


Catering
- Bride's Reception : Done (rewang. makan berdamai je guna catering by Rbecca Wedding Gallery)
- Groom's Reception (Bertandang) : Considered Done. settle by Hisham's family.


Official Photographer (OP)
- Nikah & Bride's Reception : Done. Deposit paid (Azreen Omar from Candidsyndrome. cum ex-schoolmate)
- Groom's Reception (Bertandang) : Considered Done. Hisham's friend
 
Wedding Dress and Accessories
- Nikah : Done.
- Bride's Reception : Done. sekaligus pakej dengan Andaman Kesuma
- Groom's Reception (Bertandang) : Baju Hisham je yang dah, kita belum T__T. Okay part accecories tu baru terpikir. duhh


Wedding Shoes
Pending. nak tunggu christmas sale kat sogo!


Wedding Favors
- Bride's Reception : Partially Done
- Groom's Reception : Considered Done. settle by Hisham's family.


Invitation Cards
- Bride's Reception : Pending. Next month ah baru buat
-Groom's Reception : Pending. Next month ah baru buat


Hantaran & Decorations
- For her : 5 dulangs. Done
- For him : 7 dulangs. Done
- Hantaran Decorations : Pending.
 
Handbouquet
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Entertainment
- Nikah (PA System) : Pending
- Bride's Reception (PA System/Silat/Kompang/Penari/Live Band) : Pending. to discuss
- Groom's Reception (Bertandang) : settle by Hisham's family.
 
Wedding Stationery
- Guest Book (Design/Ideas) : Pending (tak sure nak buat ke tak)
- Road Signage (Design) : Pending
- Table Centrepiece : Pending. cawan transparent mak banyak, tinggal nak beli artificial daisy je
- Thank You Tag : come in package of doorgift jar
- Banner/Bunting : Pending


Family, Bridesmaid & Bestman Outfit
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : settle by Hisham's family.






eh terus selambak kau update... ape kes?? ingat ada orang nak baca? ala kita tulis ni as my self reminder je.. bai!

time passed by...

woooshhhh wooshhh woooshhhh

.
.
.

wahhh aktiviti membuang sawang sungguh giat dijalankan.. last post was on may..  alah bukan ada sape pun nak baca goblog blog ni.. syok sendiri sudeyyy

oh masa mencemburui kita... there are lotsssssa things happened  after 6 months ago.. but i'm not remember that much. because i have short term memory lost. too old to have that syndrome uh. i am now in a new workplace.. akhirnya dapat jugak kerja lain after i try to run from previous company...

ye la kau nak resign kau kena lah ada kerja baru yang akan menerima kau dengan pintu yang terbuka. dah gila nak resign takde keje.. anak orang kaya je boleh buat macam tu.. kalau tak, tahan je lah.. a word that i can say is ALHAMDULILLAH...

i don't expect much. because after 1 year the result is as reserved candidate, i was hopeless. tapi tuppp tiba-tiba abah cakap dapat offer letter. wah, boleh pulak takde perasaan time tu.. tiba-tiba rasa sayang nak tinggalkan tempat keje lama... tapi berambus je lah kau dari situ arina.. diorang tak sayang kau pun.. puiii...


.
.
.
.
.

lap lap ketiak berlengasss lepas buang sawang. ok bye!

Tuesday, March 6, 2012

Bun Pandan

oh, semalamnya buat Pau Kaya, hari ni try buat roti pulak. semangat ada yis banyak kat rumah ni.. nak buat pizza, belum sampai seru lagi..  siap prepare asam pedas ikan tenggiri untuk lunch je, terus uli doh. perghh... doh kali ni agak degil kalau nak compare dengan doh pau semalam. mungkin sebab derhaka kat resipi tak guna tepung roti. malas lah nak drive kereta beli tepung roti semata2. tapi roti ni tetap gebu jugak..

oh, masa nak uli tu, asyik melekat je kat tangan. ada lah dalam 30 minit dah dok uli.. last2 pasrah je la biarkan doh tu dalam keadaan buruk. lepas dah siap perap selama sejam, i bahagikan doh.. still melekat kat tangan.. ""aish.. macam mana nak letak inti ni... nak gentel jadik bulat pun tak boleh.. confirm tak jadi ni.."

tapi sebab degil, still keluarkan bijan dan kaya dari dalam fridge. hasil dari pengalaman buat pau semalam, saya betul2 keluarkan kaya bila nak gentel, supaya kay atak cair.. sekali tengok, eh, boleh gentel lah pulak doh ni.. cantik je kena uli. terus semangat letak inti semua.. tercapai jugak hasrat nak buat bun ada inti..

sekali bila nak bakar, inti meleleh jugak.. :(( padahal dah uli elok je doh.. doh roti kali ni ;agi cantik dari doh pau semalam. tak tau macam mana boleh bocor. alih2 je ada lubang dekat doh, kaya mengalir macam air terjun ..

hurm, cubalah resipi ni. mesti menjadi punya..



BUN PANDAN
Sumber : kak ita

Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
140 ml air suam/ atau susu segar
1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner (ita letak bread improver)
sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
(kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)


  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sekali, sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.
oh, resipi water roux boleh tengok kat sini. tapi dalam resipi tu dapat 4 sudu besar, since nak buat bun guna 2 tbsp je, so, bahagikan 2 lah resipi tu eh.. 




tengok tu.. kaya banjir lagi.. :((

cook with love,

Pau gebu (Water Roux)

okay, tiba2 rajin pulak nak buat pau kan.. kalau balik rumah semangat memasak dia lain sikit... hurm, dekat kedai je tadi asyik tersasul je.. saya tanya nyonya tu, "pau yeo's mana?", sebenarnya nak cakap "kaya yeo's mana". .patut la nyonya tu mcm blur.. mak pun blur..

lepastu, nyonya tanya "yang ni je ke..." saya cakap, "eh tak.. mak ada ambik yis tadi.. ha tu.. (tunjuk kat minyak sapi)". sengal gila, nak cakap minyak sapi, pegi sebut yis. mak kata dah mengigau nak buat pau punya pasal.. buat malu je.. T__T



okay, nah amik resipi ni...


lepas ni kena belajar nak bagi letak inti betul2 dekat tengah dan nak simpul bahagian atas supaya pau cantik :)

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya

500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

( bahan yang digunakan semua yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.


2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

saya bahagikan setiap doh dalam 40g, dapat lah 20 biji pau yang gebu gebas :))


kejap je, 8 minit dah masak dah pau... 

abaikan lah kaya yang bersememeh tu.. saya guna kaya yeo's je.. sebab kaya tu rasa dia lemak berkrim.. susah pulak nak bentukkan pau ni rupanya sebab inti dia cair.. lepas ni kena lah belajar lagi. nak try dengan inti kelapa dengan chicken curry lah.. 


Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

pau ni tetap gebu sampai ke malam. walaupun bila dah malam, kulit luar dia dah jadi keras sikit, tapi dalam dia still lembut. macam mana eh nak dapat kulit pau yang lembut macam tisu macam jual kat kedai tu? selamat mencuba!


cook with love,

Wednesday, February 15, 2012

the deal is seal

5th February 2012 is just a date. but a special date for me. because the deal is seal. ouh, i'm officially booked to a man that i really love for the rest of my life. inshaAllah...


meet the hug-gable teddy bear, Mr. H.. loolololol... after 1 year we met, then we promised to get marry next year (inshaAllah). we still getting to know each other. still learning and studying about us :)) thanks Allah finally i met someone that can guide me. the one that i really looking for after 26 years ago. this first and last boyfriend i ever had


alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun ada berlaku tragedi ala-ala bridezilla. oh sungguh keji perangai ni.. 



di hari kejadian.. masa tu tak rasa apa2 pun. nervous tak, sedih pun tak.. bila flashback tengok gambar2 ni semula, baru rasa sedih. sedih la, semua orang dalam gambar ni doakan hubungan kita. kita kena pegang semua doa orang yang doakan kita masa ni.. sob sob.. 


no dais because i don't want it. i just need minimize decoration for my bedroom. that's all. why need to waste so much money to rent a dais for few hours that can cost almost rm1000? 


this is one of my favourite wedding favors in the goodie bag. yeah, got 5 stuffs inside it. but my dream is a cookie jar and a colourfull button cookies inside it. button cookies is a nostalgic cookies *wink wink* everybody will love that buttonaires.. 


hantaran from me to him. 7 berbalas 9. my cousin only snap 4 close up photos of the hantaran :( i hope more pictures coming in from other photographer because i'm really wanna see it on camera. 

this is the most fussy thing in the engagement preparation. i don't want such a dulang tembaga, or bakul anyaman or kotak and whatsoever. because i knew it will end up dusty. what such a waste. hence, i decide to have a white plate that bought from the ssf. it was made from a glass. and really need to handle with care. 

memang ada tragedi pun my lil' cousin terlanggar dengan kaki lalu stand dia pecah. memang dah pfffttt... terus pukul budak tu lalu dia nangis. kah kah kah. puas hati aku. nasib la tak pecah teruk, the stand break separately from the body, so it still can glued it up with gum pistol yang ajaib..


this is hantaran for me. i got telekung, kain, buah, choc moist cake, 3 set of towels, cincin yang wajib ada (wink!) dan penghulu segala hantaran; sirih junjung!



mak orang kuat. juga abah. even though got some drama about this engagement day, but then everything is going fine. that is all lessons for me. without them, i was nothing in this world.. 






actually banyak shot2 yang terlepas yang saya nak... this is some of the masterpiece..

dan last sekali aksi kami yang gedik2.. kakakak..


we are engaged! love is sweet, given or returned ~ ~ may this relationship lasts till the end. till death do us apart


p/s: ari sabtu birthday saya, tak sabar nak celebrate as a fiance! never celebrate as a girlfriend too. tapi tahun depan still tak sempat celebrate as a wife :(


with love,