Friday, November 8, 2013

how to manage weekly menu for family?


oh sebelum ni saya jot down weekly menu dalam phone je..

sebenranya nak cari chalkboard with magnet. tapi tak jumpa pulak. jumpa magnetic whiteboard ni dekat daiso. selalunya orang akan tulis stok dapur yang nak dibeli. tapi groceries list saya simpan dalam checklist dekat phone je. senang bila nak shopping, cross je mana yang dah beli. plus, suami tak ambil tahu sangat pun apa yang dah habis. hehehe..

siapa yang pening tak tahu nak masak apa setiap hari, boleh jot down macam ni. maybe awak ada idea and deco yang lagi menarik. nanti share la ye... 

kebaikan buat macam ni, takde lah timbul dialog "arghhh boringnyee tak tau nak masak ape.."

so, suami pun takde la tanya "sayang, esok kita makan ape??"

kalau buat macam ni, okay suami dah tau.. plus, kita boleh beli groceries especially sayur yang mudah layu. bila buat macam ni, save duit, takde la sayur terutamanya, layu dan terbuang macam tu je.. and tak perlu nak gi kedai banyak kali...

and boleh siap2 marinate ayam atau daging bila korang perlu




jimat masa dan takde lah sakit otak kan?? oh, serabut sungguh fridge ni. hurm :((


if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!



xoxo,

ruang makan (dining area)


dulu meja makan macam ni



memang nak letak table runner je..

tapi rasa macam dull sangat sebab kusyen kerusi tu sama warna dengan warna meja. so im thinking to have a tablecloth. lagi pun, sayang kat meja, sebab dah ada calar2 sikit. sentimental okay.. walaupun tak lah mahal..


ya, macam tadika. hurm, confuse dengan identiti sebenarnya. sebenarnya nak yang putih plain, tapi kadang2 tengok fabric ikea yang meriah2 cantik pulak buat alas meja. bila buat kat meja sendiri, haih buruk pulak rasa.. arghh lantak lah. sedih betul dengan diri sendiri sebab tak reti hias rumah

saya nak table cloth yang boleh nampak elegant. hurm.. ape-ape je lah.. alas meja ni plastik tau material dia. so, akalu tertumpah ke ape, lap je. tak payah la basuh... coaster dengan place mat tu tergoda dengan design dia. maka carca merba lah dining area ni. sedih lagi.. do u have any idea?? oh semua barang adalah dari kaison. kecuali set meja makan la...

hehehhe

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxo,

fully utilized the kitchen top

haritu electric oven rosak, bila dah repair, i'm thinking to change the position.




sebelum ni oven tu, saya letak kat sebelah thermos. memandangkan kat sudut tu space tak guna dengan bernas, so saya alihkan. maka, jadi la oven letak kat tengah2 bucu tu (i dont how what does it call). faham ke? hahaah

so, saya ada la space untuk letak pinggan ke ape ke sebelah cerek sekarang.. saya jenis tak suka sangat letak banyak barang atas kitchen top. fruit juicer tu pun tak tau nak campak mana. memandangkan ianya kerap digunakan in a week compare dengan blender, periuk nasi, blender atau toaster, so saya letak la dia kat situ. mana kitchen aid yang jarang guna tu, semua letak dalam cabinet. takde la berhabuk camtu je..


stop . drop . roll !!



ini view dari cooking area (cum laundry area). dalam kata lain, bahagian luar lah!. heheheh

oh, gambar diambil time pinggan mangkuk dalam dish drainer dah kering. bukan nak gambo macam showroom, tapi ini memang keadaan rutin. dish drainer tu penuh time lepas masak je. actually nak tukar dish drainer lain, tapi sebab yang ni masih elok lagi, beli since masa bujang, so guna je la.. cuci mata je tengok dish drainer kat supermarket atau ikea, ssf atau mana2 kedai. huhu...


if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxo,

label for kitchen-hold and spices

sesungguhnya labelling ni perlu untuk suami saya bila saya takde kat rumah. tak de lah susah dia nak cari barang kan. bukak satu2 tupperware. end up ada tupperware tak tutup rapat. nampak macam tadika atau 5s di kilang bila buat labelling ni. tapi kalau buat labelling cantik2, takde la tadika sangat.. hihihi


label untuk teh, kopi, milo, gula, susu tepung. ermm kiranya ni bahagian drinks lah. belakang container tu ada letak kordial, biskut, nutella. label inggeris? hurm, ni ambik template dari martha stewart je.. kita print mana yang berkenaan je lah.. print atas glossy sticker paper. tadaaa




ini pulak tepung dan keturunannya. saya jenis tak suka bukak tepung lepastu ikat, sebab messy nanti berabuk2 kitchen top. so, semua letak dalam bekas. actually, mak yang ajar buat camni. tapi bila dah bukak tepung dari packaging, mana lah nak ingat tepung ape kan. dah la semua lebih kurang sama je.. maka, kena lah label. kang nak buat jemput-jemput, terguna tepung pulut pulak... hahhha

mana yang martha stewart takde label tu, contohnya caster sugar, saya design lah sendiri...

untuk gula merah tu tak buat lagi sticker label dia.. hehehe..

oh bahagian belakang2 tu, kira pantry area lah. cheh. ada pasta, maggie, agar-agar, lasagna sheet. beras basmathi, ketupat segera (standby), bihun, semua yang masih dalam packaging. clip je. tak letak dalam container pun. sebab benda camtu cepat habis.





yang tiga atas tu pulak, labellinng pada kabinet dapur masak. hurm, dah melendut dah kayu tu. sebabnya, dulu bahagian atas letak yang berat macam bawang, kentang semua tu. dah jadi tak cantik. tak terfikir pun benda tu berat. huhu...

oh, kalau tak label rempah macam tu, hoiii mana lah aku kenal. haha.. lain la macam kayu manis, bunga cengkih tu. kalau resepi ada jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, ha. kalau tak label, tak ke menjajoooo carik telek satu2 kat plastik. takpun, kena bukak wikipedia, cari gambar jintan manis macam mana, jintan putih macam mana..

so, cara ni sangat berguna untuk label rempah. spice label saya buat sendiri je. semuanya recycle dari bekas door gift kenduri kawin. saya suka betul pergi kenduri kawin dapat bekas camni. sangat berguna. doorgift lain tak moh. hahhaha... jangan kecik hati naaaa

labelling ni di buat pada yang berkenaan sahaja..

okay tu je saya nak kongsi..

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxo,

ruang simpan penyapu dan mop

tight space need me to use the space wisely. maka, perlu lah menggunakan cara ini..


belakang pintu, yang jauh dari pandangan mata. penyangkuk tanpa paku. tak perlu ketuk bagai. hihi.. selalu guna mop je... wiper, dengan penyapu tu guna sebab masa baru pindah je, nak bersihkan rumah..

by the way, penyodok takde kat sini. hurm, tips saya, sila lah spend duit lebih sikit beli penyodok yang boleh lipat dan jimat space. kalau tak jadik macam penyodok saya, mencacatkan pandangan... huhuhu


tertonggok situ sorang2. kan sakit mata kalau pandang tu.. haihhh

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!


xoxo,

apa ada bawah sinki?

saya tahu, kebanyakan orang letak detergent and stok barang chemical bawah sink. tapi saya tidak, sebab saya banyak sangat periuk tak tau nak campak mana yang mudah accessible untuk saya memasak. sebab ruang bahagian bawah semuaaaanya dah fully utilized. sobs sobsss

maka, dengan itu, saya telah decide nak letak periuk apa bagai yang besar2 dan tinggi2 bawah sink..




untuk save space, mana yang boleh gantung kita gantung okay! hurm, bila dah amik gambo cenni, nampak masih ada space yang boleh saya utilized kat bahagian kanan atas tu kan... boleh letak rack ke.. takkan la semuanya nak bertindan dengan periuk kan... nanti nak guna susah pulak..

hurm, tapi takde idea lagi nak letak ape kat situ.

kang ada idea kang, bertabah pulak barang dalam rumah ni. haihhh..

oh sebelum ni letak detergent kat bawah ni jugak.. tai dah alih ke wall shelf atas washing machine.



if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!


xoxoxo,

laundry area dan ruang memasak

haih haihhh

eh ape ni awal2 dah mengeluh. okay, as previous post i ada mention yang ruang memasak i sekali dengan ruang mendobi. eceh mendobi la sangatt sebut ruang mesin basuh je tak boleh ke?


abaikan la penyodok sampah dan benda yang tak semenggah di mata. kasihan diri sendiri..

so nanti bila ada rumah sendiri, i will ensure yang kalau ada sejengkal tanah kat bahagian dapur, i takkan extend dapur. i want to have a laundry area. di mana orang malaysia jarang ambil berat pasal ni kan..

memandangkan tempat ni telah digadai untuk memasak juga, maka saya perlu lah bungkus washing machine dengan washing machine cover.

untuk elak berminyak lap banyak kali, serta avoid habuk. huhuhu..


atas washing machine i letak wall shelve sebab nak jimat space. dah takde space dah oiiii... ingatkan nak pasal wall cabinet yang ada jual kat ikea tu. tapi takpe lah.. ongkos enggak ada.. mana yang boleh je la...


bekas sabun tu beli dekat daiso. actually bekas untuk 3kg beras. tapi tak muat nak letak 2.5kg detergent. ye la, isipadu 3kg beras mana sama dengan 2.5kg sabun serbuk. maka ada la ekstra yang perlu digulungkan. so, kan dah tak cantik. hihi...

before ni i letak semua detergent stuff bawah sinki. tapi sebab tak muat dah bawah sinki tu penuh periuk belanga, i letak la kat sini. oleh yang demikian, saya tak dapat la simpan stok buy 2 free 1 ka, buy 3 free 1 ka.. sebab tak cukup tempat

okay, siapa ada masalah macam saya? boleh la kongsi jugak...

atau kalau koang ada cadangan untuk saya improve ruang ni,, just drop your idea.

okay babai

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!

xoxox,

Thursday, October 10, 2013

organize your wardrobe!

hemoh hemohhhh


walaupun cabaran september yang fizah buat dah habis, nak jugak buat entri. walaupun juga entri sebelum ni takde solution


 di sebelah built-in wardrobe adalah chest drawer yang dibeli dulu. before ni dalam ni ialah selain pakaian

okay, ni dah kemas. tapi tak kemas sangat la.. first drawer consists accessories and toiletries


lepas tu ada tudung, shawl. tak tahu nak organize macam mana tudung-tudung tu sebab mereka-mereka lembut, nak susun berdiri menegak agak susah T__T. i just sort them by pashmina, shawl, plain tudung bawal, patterned tudung bawal only

 drawer seterusnya pakaian the other half

and this one is mine. sebenarnya i punya baju sampai 2 layer. hoiiii banyaknye baju. tu belum masuk baju kat rumah mak dan kat rumah mertua. hihihi


oleh yang demikian, wardrobe warna brown tu telah diletakkan cadar, sarung bantal, towel, telekung dan sejadah

yang berbungkus dalam plastik ialah comforter . nak letak bawah katil, tapi haritu the other half tak balik rumah lagi, so sampai harini masih tersadai di sini.


okay bye tu je. takde la kemas mana pun. tapi terurus sikit la nak banding dengan sebelum ni.


Friday, September 13, 2013

how to keep entertainment area tidy and neat?

this is a question. I didn't give you answer.. hehhehe

because I still couldn't find solution and best way yet. I hope u can help me.. :)

I have a console table in our bedroom. which is placed a laptop for my husband. and he will play computer games there. thus, there are lotsss of stuff on the table.

 
 
they look neat, but.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
shame on me :(
 
I just want a best solution how to keep the headphone, game controller, laptop charger in a neat way..
 
please help me :((
 
thank you!





hugs,

bathroom decoration idea


hurm pasal bathroom pun nak cerita. apalah awak ni, brown sugarrr

bilik air adalah sangat plain. mean, having the basic thing... dan pening jugak tak tau nak deco macam mana... sebabnya, tiles toilet dah ada corak :((




I want a very clean and neat area.. tak moh sepah2.. so only basic necessities sahaja diperlukan. mujurlah diri ini tak perlukan too many beauty regimes...

I put 2 frames on the wall. kira macam feature wall lah ni. sebab situ paling sesuai letak frame, sebab tak kena air.

tapi saya rasa still Nampak dull lagi. mungkin perltukar warna hitam untuk frame. what do u think? boleh bagi idea? plus corak tu pun tak menarik.. nak letak wall art yang tulis2, tapi tak jumpa yang menarik hati untuk bathroom

maybe I should change the print on frame too. oh, frame tu beli kat daiso je.. rm5... gambar tu, google dan print. kekekek.... economy saver sungguh!!

please gimme some brilliant idea to deco my bathroom. help me!! before this ada letak plant atas tembok tu, tapi bilik air tak dapat sumber cahaya yang bagus, maka tak tumbuh sihat la pokok tu. tambah pulak asyik bau bahan buangannn je kan. kesian pokok nak bernafas pon susah. maka jadilah pokok hidup segan mati tak mahu.

okay bye



if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!


xoxo,

what's in your kitchen cabinet?

kitchen cabinet sangat perlu dekat dapur. hurm, itu pendapat saya.. sebabnya, kita tengok dekat catalog rumah2 especially western house, sometimes diorang gantung2 je periuk belanga diorang kat dinding, letak all the pantry stuff di open shelves, tapi bila implement sendiri, tidak seindah yang disangka..sebabnya diorang barang diorang semuanyaaa seragam. ye lah, nak masuk majalah kan..

maka dengan itu saya amat memerlukan kitchen cabinet. bila nak cari rumah, im really looking rumah furnished with built-in kitchen cabinet . tapi susahnyaaa nak jumpa. mostly apartment n condo lah.. ataupun rumah 2nd hand. hehehhe


okay, jom kita selongkar apa dalam cabinet dapur... oh, excuse the messiness. sebab, bila I jalan-jalan dekat blog lain, ya Allahhhhhh kemas betul rumah diorang. 5s sungguh. macam masa saya keje kat kilang dulu.. sangat lah 5s nya.. bila tengok muka sendiri kat cermin, hoh.. saya ni bukan la orang yang terlalu organize orangnya... hahhah... macam mana nak berubah niii



 
I prefer to hang the sauce pan, frying pan and wok. selagi ada tempat untuk di paku, selagi tu lah saya gantung. selagibenda tu boleh digantung selagi tu lah saya gantung.. so, it can save more space. ye la, cabinet takde la banyak punnnn T__T
 




 
 
that's inside the cabinet. serabut kan? tapi tak tahu dah nak susun macam mana.. yang penting, barang selalu guna semuanya di bahagian depan supaya senang nak capai.
 
nengok tu wayar cake mixer pun tak terurus. kan saya dah cakap saya tak organized :((




 
 
ini sahaja cara yang mampu diusahakan. sebenranya masih lagi mencari space sebab Tupperware lain sedang berisi kuih raya dan kerepek. so, lepas habis semua makanan tu, kena fikir semula cara susun tempat ni supaya semuanya muat untuk simpan. huhuhu


ini sahaja satu laci untuk letak kitchen utensils. sebab sudu garpu semua saya beli yang ada penyangkut tu.. sebab dah tau takde tempat. sudip senduk semua kawan ada bagi hadiah kawin, set dengan stand sekali. so, tak perlu la longgok dalam drawer.

drawer pun ada 3 je.. so it is very limited..


okay, so where is my kitchen pantry? next post lah...


till then, bye byeee

if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!




xoxo,

our love nest (again)

salaam,

hurm.. kita pernah bagitau rumah kita kuarters jenis studio je.. so I have a very limited space. sebab ada satu bilik je, so I have to find a tips to organize small house in a smart way..

 
ini ruang tamu. sekali dengan ruang makan sebenarnya... layout plan dia memanjang. dulu before pindah berangan nak letak sofa dekat dengan tingkap.. tapi the other half cakap sempit kalau letak meja makan kat entrance.. maka, redha je la.. sebab dah berangan nak letak 2 armchair dekat tingkap dan segala impian yang lain.. tetapi pelamin anganku musnah.. lagipun, I thot nak la meja makan dekat dengan dapur. so, everytime serve makanan, tak perlu la nak ke dining area sampai cross living area kan. takut la tertumpah kuah ke apa... tapi takpe la, tunggu rumah yang akan dating nanti
 

 
ini dining area.. excuse the bekas kuih raya. raya dah habis, cookies tak habis lagi.. tu la tamak sangat nak buat cookies banyak2.. tahun depan buat kuih raya yang sedap je.. huhuhu



dan ini sudah tentulah dapur, bukan taman permainan. luckily dapur siap dengan built-in kitchen cabinet, so takde la isu barang berselerak kat dapur. hehehe... sebab ni bukan rumah sendiri, buat masa ni bersyukur je dengan warna top cabinet, warna pintu cabinet serta warna lantai. :(( kalau ada tempat letak microwave and electric oven, hurm, mesti atas cabinet tu lapanggg je mata.. tapi saya redha sekali lagi.


 
 
 
memandangkan dapur dan living hall sangat open, so saya menggadaikan laundry area untuk menjadi tempat memasak. sebab kalau masak dekat dapur tu, maka berbau la rumah walau macam mana ada kitchen hood yang sedut kuat maha perkasa pun. sebabnya, we are Asian. makanan orang asia khususnya melayu semua tumis2 yang boleh bau sampai selang 3 rumah. so, daripada kena mop lantai dapur sahaja, baiklah saya letak luar je... sedih lagi... tapi sedih sikit je...



kan kita dah cakap tempat masak sekali dengan tempat membasuh baju. so I avoid to cook and do laundry at the same time.. since sini open air, so I have to cover my washing machine untuk avoid habuk. sayang maaaa.

sebelum ni I put all of the detergent bawah sinki, tapi sebab rasa macam dah crowded bawah tu, maka, suruh the other half pasang shelf. dulu before pindah siap la berangan nak lipat baju, iron baju kat situ kan.. tapi itu semua angan-anagn. hohhh




ini je pokok yang ada.. segar sikit mata memandang dapat tengok pokok2 tu..

jangan tanya saya tu pokok apa.. sebab dah beli siap2.. tapi beli siap pun, ada gak yang mati.. hihhihi...

okay, tu je lah buat masa ni nak bercelotehpasal sarang burung kitorang berdua..


if you have something to share and comment about my home deco, sudi-sudi kan lah untuk kongsi okay.. mana tau ada idea yang lebih menarik..



if u like my post or think it is useful, consider hit the +1 button below and share. tq!!




xoxo,