Friday, October 31, 2014

Review Boarding di Kitten Cottage

Hurm, 5 hari nak meninggalkan adik kesayangan saya si Mimi yang sangat comel. Kali ni saya hantar boarding di Kitten Cottage di TTDI. Reason saya letak sini adalah tempat yang lebih selesa, ada playtime, ada scratching post dan lebih berbaloi and yang penting hanya untuk si manja meow sahaja. Kerana semua ciri-ciri yang disbut tadi takde di tempat boarding yang lama iaitu Petsmore.

Dari rumah nak ke TTDI takde la jauh sangat. Harga boarding di sini rm35 per night. Okay la tu. Janji Mimi gembo tak tension

Kedatangan disambut oleh tuan tanah kedaung bernama Alvin

Saya dah booking tempat ni sebulan sebelum tu takut penuh. Bagusnya kat sini dia cek medical book Mimi. Bila latest vaccine. Bila latest deflea. Bagus la...


Ni kawasan kedai. Best n cosy kan.. Terasa nak jadi kucing

Banyak jugak barang yang dijual





Kedai ni buka dari 11 pagi dan tutup pada 7 petang. Maka saya kena extend mimi berholiday di sini lebih satu malam sebab flight saya sampai KL pukul 7.45 malam. Hamboii seronok mimi. Rasanya lebih 7 hari boarding baru ada diskaun 5% kot



Ni pintu nak menghala ke pet hotel. Ada 2 layer pintu. Bagusla.. selamat sikit. At least bila ada meow terlepas masuk pintu lagi satu, pintu lagi satu still tertutup.



Untuk mimi kakak sewakan condo. Condo je la. Mimi sekor je pun. Selesa kan?

Ini Mimi gembo mengenang nasib bila kena holiday kat hotel

Ini pulak 2 ekor penjaga kawasan. Hehe. X la, meow tu owner dia request main kat luar



Banyak la kawan Mimi kat sini

Mimi mula hissing bila nampak meow lain kat luar. Dia kan indoor cat, main dengan kitorang je la

Tempat baru kena sniff dulu.. Ada bau meow lain..

Sini disediakan scratching post. Takde la meow stress

Jiran sebelah Mimi

Kitten Cottage guna Crystal Sand untu cat litter mereka. Plus diasingkan tempat tido dan tempat yak yak




time to say bye bye with Mimi. Kakak nampak confident sikit.

Bila pick up Mimi aritu, respond guardian kat situ cakap Mimi lincah. Tak gaduh dengan meow lain. Tapi hissing. Hissing tu biasa la.. Yang penting Mimi mengada. Pagi2 dah menempel kat pintu condo merayu bawak keluar

Mana tak nye, kat rumah dia x duduk dalam cage and freedom. Pagi2 pun kejut kitorang meow meow luar bilik

Saya recommend sangat boarding dekat sini. Masa kakak pick up mimi, Mimi tido dalam cat litter box. Bertuah adik kakak!! Guardian terus spray badan Mimi bagi wangi and tak payah mandi bila balik rumah.. yeayyy

untuk details kitten cottage boleh pergi facebook dia ok atau blog mereka


okay, bye kakak kakak, Mimi pergi dulu.. xoxox




4 comments:

  1. Replies
    1. kalau dalam gambo ni, benda nya mcm dlm condo mimi yang tergantung tu.. dia mcm dr tali guni. selalu kalau outdoor cat diorg cakar kuku dekat batang pokok je.. tapi indoor kat kena la ada scratching post utk diorg cakar kuku.. kalau x habis barang kat rumah mcm carpet, sofa di cakarnye

      Delete
  2. Hi Mimi, macam mana nak contact Kitten Cottage ni? Dah call, hantar PM & post on facebook and hantar email...tak pernah ada reply. kena pegi sana ke untuk buat booking?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kalau tanya mimi dia tak boleh taip sebab mimi ialah kucing. hihi.. awak try call 012-4048078 atau 03-77222078

      Delete

Kindly spill your heart out at here (',')