Wednesday, July 9, 2014

Online shopping experience with Lazada

Salaam readers,

I'm not online shoppers freak, but I do like online shopping. Previously I have blogged about my online shopping with Tesco and parkson. and it was a good experience and I am pelanggan tegar tesco online shop. Takde la tegar sampai every week spend rm400 beli barang dapur.. Haihhh


Sejak pertama kali masak guna airfryer, memang gelisah bila balik rumah. Rasa mcm "ahhh bestnya kalau ada airfryer". Hisham oun teruja dengan airfryer. Macam dah bagi green light suruh beli je.. Huhu


Entah macam mana ari sabtu aritu hati meronta2 nak beli.. Usha instagram yang jual barang dari UK, harga dia paling murah rm630 macam tu. Tapi cam biasa la ETA mesti 2-3 bulan lagi.. Siap announce kat social media mintak tolong kawan2 recommend insta atau shoppers dari UK atau malaysia yang ada jual philips airfryer. Sekali kawan i cakap lazada jual RM849 je... Bezala rm200 dengan harga dari UK kan.. Tapi, ni beli paling koman 5 hari dah boleh dapat. Plus husband pun suruh beli kat lazada je...


Okay, sebelum tu google jugak service lazada ni. Basically yang bad experience with lazada ni around tahun 2012 macam tu masa lazada baru muncul. Memang banyak complaints. Bila tengok latest review around 2013 dan 2014, ramai puji service diorang ni. So, saya tak la risau sangat


Tips nak shopping di lazada ialah usha harga barang yang hendak beli. Maksudnya, macam saya nak beli airfryer, saya searching dalam search box n keluarlah airfyer dengan pelbagai harga. Kenapa ada banyak harga? Sebab ada banyak seller yang iklankan kat situ. And periksa jugak what the seller offers

Lagi satu, macam saya, bila type airfryer akan keluar listing macam bawah ni..



my target is to go for analog airfryer (squared with purple line). so, nampak dia sama harga kan? tapi satu with local warranty dan satu lagi dia bagi international warranty. both ni dari seller yang berlainan. kalau tengok harga asal pun different each other kan..

Kalau saya taip air fryer (with spacing), ada 2 results macam gambar bawah ni..




Harga dia? Beza sangat2. Maka berhati2 lah jika membeli dan jadilah pengguna yang bijak berhemah macam saya.. Ehhh...


Saya amik dari seller Setia marketing sebab dia offer 2 years local warranty as advised by my husband.


Sebelum ni i dah sign up lazada, tapi tak ingat password. So, saya sign up lagi sekali dan saya dapat rm10 voucher. Yang bestnya sebab time tu jugak boleh guna voucher tu. So harga airfryer saya dah kurang rm10. Helloo rm10 tu meaningful okay untuk rakyat marhaen macam aku ni


Lazada offer free shipping seluruh Malaysia tapi dengan syarat. Shipping fee akan dikenakan jika...

  • East Malaysia - RM 25 shipping fees for orders below RM 80
  • West Malaysia - RM 15 shipping fees for orders below RM 75
  • Klang Valley - RM 15 shipping fees for orders below RM 70

So seronok kannn.. Hari sabtu saya order, hari sabtu tu jugak lazada bagi email confirmation dan hari selasa barang dah sampai!!! Seronok sangat. So sangat efisyen la service diorang ni (tak boleh puji lebih2. lol)



and my philips airfyer arrived in my office safe and sound. 


Saya pilih option payment by cash on delivery. Sebab takut la bayar awal nanti barang tak dapat ke.. Barang rosak ke.. Sebab first time kan.. When you choose to pay by COD, nanti orang courier akan call before deliver barang. Dia call bagitau amaun yang kita perlu bayar. Macam saya, courier call cakap barang saya rm849. Eh mana discount dari voucher pergi? Dekat receipt lazada cakap rm839. So diorang advise call lazada sebabnya walau apapun, kita kena bayar harga yg tertulis pada receipt courier. Sebab diorang bukan orang lazada.. Lepas dapat confirmation dari lazada, diorang suruh saya bayar rm849 dan nanti lazada akan refund rm10 tu. Okayy


Lazada jugak bagi voucher RM 40 when purchasing over RM 250. Tapi voucher ni akan dapat upon payment done lah...


ada pros and cons beli dari lazada ni.. yang tak bestnya kita kena cek sendiri barang tu elok ke tak and anything kena call lazada. sebab mamat courier tak tau apa2 pasal barang yang kita beli. dia hantar barang je.. so, make sure u know how to use that stuff lah..


tesco online pun ada offer delivery untuk electrical appliance jugak, tapi i tak try lagi..


okay, tu je sharing harini. harap2 kalau korang try service lazada ni have a happy and good experience lah kan.. boleh la shopping lagi

anything regarding philips product untuk specialty cookware u all boleh cari di sini --> http://www.lazada.com.my/shop-speciality-cookware/philips/ atau terus ke page lazada untuk shopping lagi banyak untuk raya --> http://www.lazada.com.my/


US ada amazon, Malaysia ada lazada!

xoxox,

Sunday, July 6, 2014

Pulut mangga @ sticky rice with mango @ Khao Niaow Ma Muang

Kita tak penah mkn pulut mangga ni.. Rasanya makan mangga gitu je lagi sedap. Tapi, aritu office nak buat potluck, lepastu colleague ni ckp, "kalau buat pulut mangga sedap ni...". Masalahnya dia suruh kita buat pulut dia bawak mangga. Ewahhh...

Masa rehat tu gi pasar tani beli mangga nak buat jus. Sekarang kan musim mangga. Rm4 je sekilo. Aritu beli kat tesco online, rm2.99 je sekilo. So boleh la makan mangga hari2 time murah camni. Lepastu saje2 la google resipi pulut mangga.. Lorr senang sangat rupanya.. So, kita pun volunteer nak bawak pulut mangga untuk potluck. Risau jugak kalau tak jadi sebab first time masak pukut ni wehhh..





Time ni santan terpekat pulak.. Ye la x penah mkn, so kawan kita recommend suruh cairkan sikit



Nah ni resipi pulut mangga @ sticky rice with mango @ Khao Niaow Ma Muang saya dapat dari sini. Saya guna sukatan yg sama

PULUT MANGGA THAI

Bahan-Bahan :
500 gm beras pulut
750 gm santan
6 tbsp gula
3 tsp gula
5 helai daun pandan
6 tsp tepung jagung
2 tsp tepung beras
garam secukup rasa


Caranya :
Mengukus pulut
Terlebih dahulu panaskan kukusan.
Pulut tidak perlu direndam. Hanya basuh dan toskan sahaja. Isikan beras pulut ke dalam loyang yang sesuai bersama air hanya separas pulut. Letakkan sekali daun pandan atas pulut. Air tidak boleh terlalu banyak bagi mengelakkan pulut menjadi terlalu lembik. Kukus sehingga masak dengan api sederhana. Sesekali periksa untuk lihat samada pulut telah masak sempurna atau belum.

Menyediakan santan untuk digaul bersama pulut
Panaskan santan dalam periuk dengan api kecil. Santan ini hendaklah dikacau selalu sehingga nampak minyak terbit di permukaan. Proses ini memakan masa anggaran 5-10 minit. Masukkan gula dan biarkan gula larut.
Asingkan 450gm, tambahkan dengan 3 tsp gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.

Setelah pulut masak, cepat-cepat masukkan ke dalam satu bekas besar. Ambil santan 450gm tadi, tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam pulut sambil digaul supaya pulut serata bergaul dengan santan. Proses ini perlu dilakukan ketika pulut masih panas-panas. Teruskan menggaul sehingga pulut benar-benar menyerap semua santan. Anda akan lihat pulut menjadi berkilat. Ketepikan.


** Masa masukkan santan ni agak-agak ya, lihat pada tekstur pulut itu. Jika pulut dah cukup dan cantik lembutnya.....stop, jangan tambah lagi santan tapi jika belum boleh habiskan. ( saya tak habiskan semua santan tak nak nanti pulut terlalu lembik.....yang selebihnya tu saya masukkan semula ke dalam lebihan santan dalam periuk ).**

Menyediakan sos santan
Panaskan semula baki santan dalam periuk dengan api perlahan. Tambahkan tepung jagung dan tepung beras untuk memekatkan sos. Masukkan garam secukup rasa dengan 2 tsp lagi gula. Tambahan gula ini optional, jika rasa tak perlu abaikan.

Cara Menghidang
Kupas kulit mangga dan potong ikut suka.
Isikan pulut dalam piring atau mangkuk, siramkan dengan sos santan di atasnya. Sertakan juga dengan potongan mangga.


Sedap jugak pulut mangga ni. Semua orang cakap sedap. Sampai ingat kita orang kelantan. Haha.. Lepas ni boleh la kita try lagi


Okay, selamat mencuba!!



Xoxox

Homemade Donut @ donat gebu

Assalamualaikum n hello!!



Semalam mak buat donut. Hoyeahhh . Mak dapat resepi dari adik ipar mak, mak roha.. Hurm.. Gebu tau donut ni. Resepi pun senang..

Tapi semalam tak sempat tengok mak buat from scratch. Kita sempat gentel2 je bila doh dah naik.. Semenntara otak ni masih berfungsi, kita jot down resepi kat sini

Resepi ni boleh dpt around 60 biji donut okayyy. Almaklumlahh rumah ni ramai tentera.. Kalau kamu semua buat lebih, boleh la bagi jitan tetangga, mak mertua atau kawan2




Resipi donut sedap


1/2kg tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 biji telur ayam
1/2 peket yis direndam dengan sedikit air suam

Uli doh hingga lembut dan tidak melekat. Biarkan doh naik selama sejam

Bila doh dah naik, uli doh kecil2. Bentukkan donat.kitorang takde donut cutter. So, kalau takde donut cutter, cara dia bukan gentel panjang2 lepastu sambungkan jadi cincin ye. Sebab nanti kalau goreng takut ikatan dia terbuka.

Cara bentukkan donut, gentel doh jadi bola, lepas tu, letak tepung pada jari dan cucuk jari pada bahagian tengah doh untuk buat lubang. Lubang tu kasi besar sikit sebab nanti doh dah naik, dia tertutup pulak

Jangan buat besar2 ye sebab lepas bentukkan, biar lagi doh selama 1 jam bagi doh naik lagi dgn lebih gebu. Oh ya, masa gentel letak tepung pada tangan supaya doh tak melekat

Bila doh dah naik, boleh la goreng dengan api yang kecil. Jangan guna api besar.

Donut sedia diangkat dan dihias ikut citarasa anda!!

Selamat mencuba!



Xoxo,

Wednesday, July 2, 2014

Online Shopping dengan Parkson

ermm kita memang kaki online shopping.. terjebak online shopping parkson baru sekali ni je la.. sebab masa tu ada promotion untuk maybankard. apa lagi.. kita pun beli la.. actually nak cari hadiah kahwin kawan..

rupaya takde delivery charges!! best gilaaaa. faham tak best gila bila takde delivery charges tu camne?? hanya orang yang memahami je faham.. sebab tak payah naik kereta, tak payah cari parking, tak payah queue kat cashier counter, tak payah bawak barang berat.. dan tak payah lenguh kaki




any postage memang akan hantar kat rumah in-law sebab rumah sendiri mana la ada orang time weekdays. ayah mertua pun terkejut sebab depa hantar guna lori!!! hahahha.. lepastu kotak besar gabak siot.. padahal beli barang kecikkkk je. saya beli baking dish ada 2

sebab fragile, maka di abalut la banyak2.. bubble wrap memang banyak lah.. lepastu dalam tu ada kotak lagiuntuk wrap betul2 saiz baking dish tu...

alhamdulillah semuanya elok.. seronok sangat sebab prmotion dapat half price. murah weh

sekarang tak sabar lagi nak dapat sms dari maybank untuk announce maybankard offer untuk parkson. valid jugak bayar via credit card under maybank tau..


happy shopping!!!


xoxox,

Dalca (versi Philips Pressure Cooker)

hurmm betapa kemaruknya nak post entri arini.. sebab lama sangat tak blogging.. lepas masuk contest dengan blogger ni, makin semnagat lak nak blogging semula.. tak kisahla takde sape baca.. at least nanti kalau saya nak cari apa2, boleh la cari dalam blog kan...


okay, tolong jangan cakap saya kemaruk baby baru ni jugak... heheh... arini saya buat dalca untuk berbuka.. husband suka sangat dalca.. kalau dia makan roti canai, mesti cicah dalca.. dia tak cicah kari.. saya pulak tak berapa suka.. teringat first time buat dalca masa raya haji tahun lepas.. itupun sebab parents gi haji, so saya kena la bua menu raya.. kalau ada mak time tu, ofkos lah ketupat, kari ayam, kuah lodeh... tapi tak kuasa la nak buat camtu sorang2.. so masa raya haji tu buat nasi beriyani, ayam masak merah dengan dalca.. ermm tapi semua tak sedap T___T tapi bawak gak rumah atok.. lantak lah.. paksa diorang makan.. hehehe

tapi susahnyaa masak dalca aritu guna periuk biasa. lambat gila nak empuk kacang dal tu.. buat dengan pressure cooker, nah!! 30 minit dah siap..



hihi sorry gambar tak senonoh sebab amik gambar lepas berbuka.. tak dan nak snap before makan...

it turns out well n hisham said "marvelous". agak rare la hisham puji melambung sampai bumbung macam tu...

okay, nah resepi. kita amik dari chef marina. chef yang jadi judges masa Philips Ultimate Cook-Off aritu

 Ingredients to blend:~

·      1 large onion
·      2 cloves of garlic
·      1 inch of ginger
·      3 tbsp curry powder

Other ingredients:~

·      ½ cup of dhal
·      ½ cup of split chick peas
·      1 cinnamon stick
·      1 star anise
·      4 cardamom
·      4 cloves
·      1 carrot, cubed
·      2 potatoes, peeled & cubed
·      1 tamarind skin
·      ½ cup of coconut milk
·      1 ½ tsp of salt
·      1 long beans, cut into 1 inch length
·      1 long brinjal, cubed


Method:~

1.   Place all the ingredients except the long beans & brinjal, into the PHILIPS Electric Pressure Cooker.
2.   Press BEANS and then START. Make sure the vent is closed and pointing towards the pressure cooking.
3.   When the Dalcha is ready after 30 minutes, release the pressure by turning the vent to the right most button.
4.   Open the PHILIPS Pressure Cooker lid and put in the long beans and brinjal.
5.   Close back the lid and allow the vegetables to cook for 5 minutes.
6.   Serve with rice or bread.


oh ya, saya tambah 1 1/2 cawan air tadi.. sebab tengok macam sikit je santannya.. saya tambah ayam jugak... dan makan dengan roti telur! siappp


selamat mencuba!!!


xoxox,

Bubur Asyura (versi Philips Pressure Cooker)





ingat lagi kisah saya menang contest memasak Philips Ultimate Cook-Off aritu?

hurm, saya sayanggggg sangat pressure cooker ni.. perasmian telah dilakukan dengan membuat bubur asyura sempena menu iftar ramadhan ketiga. saya recommend sangat lah periuk ni. marvellous. tip top.. tak payah guna minyak nak tumis menumis.. campak semua bahan, tutup, dan tunggu 30 minit, dan siapppp!!!

sesuai sangat untuk wanita berkerjaya yang nak masak untuk iftar for family. cepat, pantas dan tuntas.. ecehhh


untuk resepi boleh refer gambar bawah



srry la saya malas nak type semula resepi ni sebab pressure cooker ni comes with buku resepi juga.. ada lah dalam 8 menu cam tu kot.. jadi la.. at least tau nak masak ape...

Kalau nak tengok video memasak, boleh tengok dekat chef marina punya youtube ni ok..


lepasni saya nak khatamkan semua resepi dalam buku ni.. hehhehe


xoxo,

Carrot Cake SUper Enak









kita nak share carrot cake kita penah buat dulu.. dah lama gila dah.. entah berapa tahun tah... tapi alhadulillah kek ni menjadi dan sedap...

resepi saya ambil dari sini




sorry la buttercream frosting agak sangat hodoh.. first timer.. so maafkan lah ye.. tapi resepi buttercream ni ambil dari kak ita masam manis.. saya tak ingat link dia apa.. tapi resepinya mudah dan sedap. tak manis, light2 gitu.. boleh buat sapu roti jugak..


resepi saya paste je dari link saya bagi tu eh..


2 cawan tepung superfine* - guna tepung gandum cap Sauh
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus - resepi asal 2 cawan (manis sgt bg akak)
2 1/2 cawan parutan lobak merah, - letak 3 cawan
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering - letak 1/4 cawan aje
1 cawan kacang walnut, cincang - dibakar sekejap dlm oven

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.

Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.

Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.

Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.


 thanks!!!

Homemade Caramel Popcorn










 nah!! lepas ni takyah nak garret garret sangat... rumah mariii lagi sodap.. jimat pun jimatttt..




kalau nak resepi, kena layan video ni.. pasalyaa resepi dalam video ni lah... sumpah sedap.. kalau tgv ke ape ke.. memang sodap terbuekk lah.. kalau tak sedap, sila salahkan tangan sendiri.. hikhok...





selamat mencuba!!



 xoxo,